Thursday, September 27, 2012

OKU Ikrar Bantu PR Tawan Putrajaya

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berikrar untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Lontaran ini disuarakan oleh Ketua Penggerak Kempen OKU Bangkit 2012, Mohammad Faizal Che Yusof dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, kempen ini merupakan satu mekanisme bagi mengetengahkan permasalahan OKU agar lebih diberikan perhatian oleh semua pihak.

“Diharapkan parti politik akan peka mengenai OKU dalam menifesto pilihanraya akan datang.

Kita bersedia untuk membantu PR memenangi Putrajaya InsyaAllah,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan perlu memberikan elaun kecacatan kepada OKU secara menyeluruh tanpa mengikut jenis kecacatan dan gaji pekerja OKU.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan tambahan kewangan kepada OKU yang bekerja sehingga mencapai pendapatan RM1,500 sebulan dan RM150 kepada OKU yang tinggal di rumah.

“Pembangunan OKU perlu dibuat secara menyeluruh. Satu portfolio OKU perlu dimartabatkan di peringkat kementerian di persekutuan dan exco di peringkat negerim.

“Kita harapkan dalam Bajet 2013 ada sesuatu untuk OKU,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya akan terus mendokong segala usaha pembangunan kepada golongan OKU di seluruh Malaysia.

Katanya, penubuhan sekateriat ini juga merupakan langkah awal bagi membantu kemenangan PR bagi membangunkan OKU kelak.

“Pihak kami akan mengikhtiarkan sebuah pusat khidmat atau sehenti OKU nasional bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih signifikan kepada OKU termasuk kajian berkaitan OKU, advokasi, perancangan dan perlaksanaan pembangunan.

“Meskipun belum memerintah, kami akan mengikhtiarkan yang terbaik untuk mereka,” katanya. -selangorku

6 comments:
Write comments
  1. OKU ni pun cerdik jugak ye. Sepatutnya org yg sokong UMNO tu dpanggil sebg 'OKU'.

    ReplyDelete
  2. wah..banyaknya janji anwar!! dia mampu buat atau kalentong aja? macam di Selangor @ di Kedah lah.. Penang pun TKM - Mansor dah mula risau kalentongnya pada media ndak jadi..nak mengadap KM lagi.. huhu

    ReplyDelete
  3. Nak trgelak aku nengok TV 3 isu TKM Penang. Dia cuba pasang prangkap tapi prangkap tak masuk. Satu jawapan pedas yg dkeluarkan oleh TKM iaitu..." ini semua dah dekat pilihanraya". Tapi nak menanya lagi wartawan syaitan tu masihjugak tak masuk prangkap. Last sekali TV3 pun tulis tajuk kecil...TKM GAGAL NAFI YG KM SEORANG YG DEGIL. Sampai sekrang dok trgelak lagih dek lucunya TV 3 tu.
    Dia yg cipta isu dan dia yg ulas,itu yg membuatkan aku smpai skrang dok trgelak lucu tu.

    ReplyDelete
  4. Dlm perkara OKU nih aku tengok diaorang yg ikrar nak sokong PR. Syabas kerana tidak trpengaruh atau dpengaruhi. Hanya minda mereka cerdas memikirkan apa yg ada pd UMporno sekarang. Ramai rakyat sudah lari.

    ReplyDelete
  5. BeEnd dah meroyan tahap gaban dah. Tak lama lagi mamposs le ia. Just matter of time.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  6. raja sulu` balik filipin lah! ic pun beli.. tapi jika kau masih oku ndak apa lah. duduklah di malaysia. di sabah ni ramai orang sulu` filipin yg duduk sekitar sempolna, lahad datu & sandakan! sulu` pun bukannya pribumi. huhu

    kau `be end` kan pertuanan bisaya & tagalog di filipin! jangan di sini!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.