Friday, September 21, 2012

PRU13: Sesi Bajet sidang terakhir Parlimen?

Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai Isnin ini dijangka menjadi tumpuan umum, bukan sahaja kerana pembentangan Bajet 2013, tetapi juga bagi membaca tarikh pilihan raya umum ke-13.
  
Spekulasi bahawa ini mesyuarat terakhir kembali hangat setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berseloroh menyatakan sudah teringin mengumumkan pilihan raya ketika melawat Machang, Kelantan awal bulan ini.
  
(Mesyuarat yang bermula Isnin ini merupakan mesyuarat ketiga penggal kelima dan lazimnya Parlimen bersidang sebanyak empat kali pada setiap penggal).
  
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mandat kerajaan yang ada sekarang akan tamat pada 28 April 2013, dan menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Parlimen akan terbubar secara automatik jika Yang di-Pertuan Agong tidak membubarkannya sebelum tarikh itu.
  
"Selepas itu SPR diberi tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum bagi membentuk kerajaan baharu. Perkara sama terpakai untuk dewan undangan negeri kecuali Sarawak," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Mesyuarat kali ini akan berlangsung selama 34 hari hingga 27 November dan pastinya spekulasi pilihan raya umum menjuruskan mata rakyat kepada Bajet 2013 yang akan dibentang Najib Jumaat ini.

Rakyat secara keseluruhan pasti menunggu apakah 'khabar gembira' untuk mereka terutama pada aspek kenaikan harga barang, manakala bagi 1.4 juta penjawat awam pula ternanti-nanti pengumuman penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia.
  
Pada Mei lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan 1 dilapor menjanjikan Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.
  
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee ketika dihubungi Bernama yakin mesyuarat kali ini lebih hangat daripada kebiasaan.
  
Wakil rakyat yang yakin kali ini mesyuarat terakhir sebelum Parlimen bubar, akan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mengemukakan isu masing-masing dan, katanya.     
  
"Speaker akan sentiasa didesak untuk memberi mereka lebih masa berdebat," katanya.
  
Persidangan kali ini juga akan menyaksikan perubahan tempat duduk anggota Dewan Rakyat membabitkan Anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan Anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing.
  
Pada Julai lepas, Lajim mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam Umno dan BN serta menyatakan sokongan kepada pembangkang. Beliau bagaimanapun tidak keluar parti.
  
Susulan itu, kerajaan pusat membatalkan jawatan Lajim selaku Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Bumburing yang merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) pula mengumumkan keluar dari Upko yang merupakan parti komponen BN.   
Berdasarkan carta pada laman sesawang Parlimen, kedua-dua wakil rakyat itu diletakkan berhampiran petak anggota parlimen Bebas.

Kedudukan sebenar kedua-dua wakil rakyat tersebut akan ditentukan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas beliau berpuas hati dengan kedudukan mereka dalam parti yang disertai sebelum ini.

 - Bernama

47 comments:
Write comments
  1. Kalau dah bubar nanti, jgn pula BN/UMNO perasan yg dia masih kerajaan. Jgn guna jentera kerajaan ye utk lawan musuk politik. Tapi realitinya, bkan kata jgn guna jentera kerajaan, mereka siap pergi pukol lagipetugas PAS dmarkas2 PAS ( dah brlaku pun pd PRU ke 12 ).

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  2. Kalau parlimen sudah bubar, kena bersikap neutral la.

    ReplyDelete
  3. BN pasti akan menang pada PRU13 nanti!

    Negeri2 dibawah Parti2 Pembangkang akan jatuh kembali ke tangan BN!!

    Semua ini sudah pasti!!!

    ReplyDelete
  4. satu lagi projek pecacai maika

    ReplyDelete
  5. bajet kali ini memang sah bajet pilhanraya ... mane ade bajet lagi lepas ni ... najib mesti all out punya ... lepas pilahanraya ... kalu bn tumbang pr tanggung beban .. kalu bn menang rakyat tanggung beban dengan pelbagai "KUTIPAN" yang tak masuk akal ... oleh itu rakyat semua ambil iktibar dari sejarah lalu ... setiap kali pilihanraya bn bermurah hati 'menipu rakyat' kononnye "duit itu deme yang punya", diagih untuk kepentingan rakyat ... sebaik sahaja mengusa-i , parlimen, mereka membebankan rakyat dengan pelbagai bebanan yang tak logik dik akal ... kaji lah sejarah pilihanraya .....

    ReplyDelete
  6. Kerajaan bn mungkin ingat ini peluang keemasan mereka utk mendapatkan sokongan rakyat (melalui bajet 2013), maka mereka akan menggunakan peluang ini utk menawarkan apa sj. Klau itulah dlm congak & perkiraan mereka, ahlan wasahlan & dipersilakan. Yg jelasnya, apapun yg ditawarkan, ia langsung x mengubah pemikiran rakyat. Krn mereka telah pun bersepakat, iaitu bersepakat utk menukar kerajaan lepas PRU13. Lagipun, segala tawaraan melalui bajet 2013 ini akan dpt difahami dgn jelas oleh rakyat, bahawa ia x lebih dari gula2 utk membeli sokongan mereka. Setelah mereka (kerajaan) gagal mendapatkan sokongan, kerana rakyat cukup matang menilai mereka setelah 55 thn memerintah. Sayonara bn, begitulah kehendak Yg Maha Berkuasa, begitu jugaklah ia akan berlaku...

    ReplyDelete
  7. bajet pilihanraya kah tidak, yang penting kebajikan rakyat didahulukan..

    ReplyDelete
  8. biarlah rakyat yang akan menilai dan memilih...

    ReplyDelete
  9. kita nantikan bersama kandungan bajet 2013 yang bakal diumumkan oleh najib.

    ReplyDelete
  10. berhubung dengan pru13, kita tunggu saja pengumuman dari najib...kita bersedia saja.

    ReplyDelete
  11. BN akan menang pada pru13 nanti.

    ReplyDelete
  12. jesse dah jadi pecacai dah

    ReplyDelete
  13. orang bagi gule, ambik, bagi kain, ambik, bagi kertas undi, undi PR..:) senang je formula ni..

    ReplyDelete
  14. masa untu tabur gula2.... semoga sidang akan datang, kerusi kerajaan dan kerusi pembangkang bertukar

    ReplyDelete
  15. Kalau tabur gula kali ini, bole ambil tapi janga percaya, bimbang gula itu memakan diri kita nanti sesudah PRU 13..ingat lagi wahai pengundi PRU 11 tahun 2004, kita bagi kemenangan besar pada BN, selepas menang besar apa hadiah istimewa yang Pak Lah beri kepada kita semua? Harga petrol naik melambung dalam tak beberapa hari sahaja, bonus kakitangan awam tidak diberi langsung walau sesen pun pada tahun 2007, subsidi kepada rakyat dikurangkan dan dirangka pelan untuk terus tidak memberi subsidi lagi suatu hari nanti, rakyat ditakutkan pula kononnya hasil bahan petroleum akan habis menjelang 2015 dan banyak lagi, rakyat disuruh naik pengangkutan awam sahaja sedangkan dia nak naik kereta dan kapal terbang sepanjang masa, tuan/puan ingat sendiri..jadi kali ini jika tak mahu undi PR pn yang penting jangan beri kemenangan besar pada BN, menag tipis tak ape, biar lebih kurang sama banyak MP BN dan MP pembangkang di parlimen pun tak ape, asal mereka tidak boleh sewenangya membuat keputusan, ibarat kata orang beri nyawa-nyawa ikan sahaja..

    ReplyDelete
  16. Tunggulah pengumuman Najib nanti 28 Sept..

    ReplyDelete
  17. Tarikh PRU pun akan diumumkan nanti. tidak lama lagi ni.

    ReplyDelete
  18. harap sabah dapat lebih banyak peruntukan.

    ReplyDelete
  19. sabah harus mendapat keutamaan.

    ReplyDelete
  20. Pasti banyak yang dapat dilakukan di Sabah jika peruntukan banyak diberikan.

    ReplyDelete
  21. haji logiut najib; brp banyak allocation utk beli santut roastpork???

    ReplyDelete
  22. Pasti ramai yang mengharapkan bajet 2013 ini adalah yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  23. Pastikan utamakan pembangunan di Negeri yang mundur seperti Sabah.

    ReplyDelete
  24. PM perlu memberikan peruntukkan yang terbaik kepada semua.

    ReplyDelete
  25. Tidak perlulah risau dengan pembangkang yang hanya tahu berkata-kata kosong. Jadi kita harap kerajaan akan memastikan kepentingan rakyat dapat diutamankan.

    ReplyDelete
  26. Jika kita lihat sendiri Datuk Najib seperti cuba memberikan tumpuan pada kawasan pendalaman sekarang ini dalam pembangunan. Apa pun apa yang terbaik pasti akan disokong oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  27. tunggu saja bilakah sebenarnya pilihanraya akan diadakan.

    ReplyDelete
  28. pembentangan bajet memang dinantikan oleh semua orang untuk mengetahui intipatinya.

    ReplyDelete
  29. yang penting, bajet yang diumumkan mampu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

    ReplyDelete
  30. bila tiba masanya pasti pru akan diadakan juga.

    ReplyDelete
  31. harap bajet kali ini akan menjadi yang terbaik berbanding sebelumnya.

    ReplyDelete
  32. harap Sabah mendapat bajet yagn byk.

    ReplyDelete
  33. PRU pasti tak lama lagi.

    ReplyDelete
  34. Semua menumpu perhatian kepada bujet 2013, semoga ia memanfaatkan semua secara keseluruhan.

    ReplyDelete
  35. Bujet banyak tetapi kena urus dengan bijak juga.

    ReplyDelete
  36. Let see how the budget 2013. Hoping its bring positive economy growth.

    ReplyDelete
  37. umumkan saja la cepat2 tarikh pilihanraya sebelum lebih ramai pemimpin yang meroyan..

    ReplyDelete
  38. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman assured the people that the state government would continue to work harder towards achieving equitable development, giving opportunities to everyone to enjoy the fruits of their labour.

    ReplyDelete
  39. Musa said the Government fully understood the needs and wishes of the people and it was therefore compulsory for every Barisan Nasional assemblyman to go to the ground with the support of the civil servants to ensure that the problems and plight faced by the people were heard and resolved.



    ReplyDelete
  40. Despite uncertainties in the global economy, the government will continue its efforts to ensure the state’s economy is managed efficiently, effectively and sustainably through sound policies, programmes and initiatives.

    ReplyDelete
  41. Above all, the BN government has the political will to do what is best when it comes to the state’s development and improving the way of life of the people.

    ReplyDelete


  42. He said in ensuring the success and the achievement of the objectives of the Budget, the strong support of the people was crucial, thus the need for closer collaboration and cooperation among all parties in the effort to prosper the state.

    ReplyDelete

  43. Hence, in fulfilling its promises, as the Malay proverb says, ‘kata mesti dikota’ (pledge must be fulfilled), the State BN government is determined to put in place all necessary plans and strategies so that the people will continue to enjoy progress, prosperity and harmony.

    ReplyDelete

  44. We are mindful that the government is confronted with various challenges and obstacles in carrying out its responsibilities.

    ReplyDelete
  45. Nevertheless, the State BN government believes that the people are matured and capable of making the necessary judgment.

    ReplyDelete
  46. The success that we have achieved and the prosperity that we have enjoyed thus far is the result of our relentless efforts and hard work to ensure Sabah’s continuous economic growth, peace and prosperity for the people regardless of race, religion and culture.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.