Wednesday, September 26, 2012

Bajet 2013 'pemurah', tapi ketepi reformasi ekonomi?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan bajet yang menyenangkan pengundi dengan meletakkan keutamaan memenangi pilihan raya daripada menyentuh hutang negara yang makin membebankan.

Menurut pakar ekonomi, Najib mungkin menangguhkan pembaharuan - untuk meluaskan asas cukai dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber minyak - ketika mengumumkan langkah membantu keluarga miskin yang bergelut untuk menyara hidup.

NONEPendapatan kukuh pada 2012 membolehkan kerajaan bersikap pemurah dalam bajet tahun depan tanpa membimbangkan pasaran kewangan, lapor Reuters.

Bagaimanapun, lapor agensi berita antarabangsa itu lagi, tanda-tanda kemerosotan fiskal akan menambah kebimbangan pelabur ekoran kemerosotan yang konsisten dalam kewangan Malaysia.

Fitch Ratings pada Ogos lalu berkata, kewangan awam Malaysia lemah berbanding kedudukan negara lain sebarisnya dan setanding dengan negara yang mempunyai hutang tinggi seperti Itali dan Israel.

"Jelas sekali ia akan menjadi bajet pilihan raya. Ia akan bersifat pemurah," Irvin Seah, pakar ekonomi di Bank DBS Singapura, dipetik sebagai berkata.

"Pada tahap ini, keperluan pada sokongan politik akan menjadi keutamaan berbanding pertimbangan ekonomi." -MK

18 comments:
Write comments
  1. (kewangan awam Malaysia lemah berbanding kedudukan negara lain sebarisnya dan setanding dengan negara yang mempunyai hutang tinggi seperti Itali dan Israel.) Kan penasihatnya APCO Israel!

    ReplyDelete
  2. Asalkan memberi perkhimatan yang baik kepada rakyat,saya akan undi dia.

    ReplyDelete
  3. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu timbang dulu sebelum pilih mana-mana party politik.

    ReplyDelete
  4. Banyak pihak luar cuba untuk merendah-rendahkan ekonomi malaysia, tapi apa yang pasti Bank Negara Malaysia menyatakan ekonomi Malaysia berada dalam landasan pertumbuhan kukuh dan dijangka berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun ini, yang mana ia adalah lebih tinggi daripada unjuran awal kerajaan sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. Memang BNM akan cakkap ekonomi Msia dlandasan kukuh dgn pertambahan ekonomi bla..bla..bla. Tapi BNM tu bawah Menteri Kewangan. Menteri Kewangan tu YB UMNO. Mana mungkin YB UMNO mau dbilangnya ekonomi Msia mcm 'brengsek.'

    ReplyDelete
  6. Bajet Bayangan Pakatan Rakyat barulah gimik untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  7. Pakar Ekonomi berkata, bajet Pakatan Rakyat hanya cantik di kertas, tapi tidak realistik dilaksanakan.

    ReplyDelete
  8. Apa pun kita tunggu saja mengenai bajet 2013 yang akan diumumkan tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  9. Betul...PR sekarang ini sedang berusaha yang boleh untuk menipu rakyat dengan pelbagai gimik.

    ReplyDelete
  10. Mereka yang tidak puas hati saja akan kritik bajet 2013.

    ReplyDelete
  11. Bajet 2013 pasti telah dipertimbangkan oleh PM sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  12. Pembangkang pasti sakit hati dengan bajet yang diumumkan Najib

    ReplyDelete
  13. Bajet yang diumumkan oleh kerajaan itu menjaga kebajikan semua lapisan masyarakat termasuklah rakyat dari petani, nelayan, belia, wanita, penjawat awam, pekerja swasta, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), peniaga dan masyarakat korporat.

    ReplyDelete
  14. byk bajet digunakan untuk membantu penduduk.

    ReplyDelete
  15. Janji pakatan pembangkang merupakan satu janji yang dibuat semata-mata bertujuan menarik populariti dan meraih undi walaupun sebenarnya ia tidak akan dilaksanakan oleh pembangkang,janji dulu pun tak tertunai ada hati tabur janji baru.

    ReplyDelete
  16. penghapusan cukai untuk kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM4.6 bilion setahun. "Tidak mengapa, kita boleh korbankan RM4.6 bilion daripada segi cukai tapi kalau kita tambah pula dengan janji-janji untuk hapuskan tol, untuk dapatkan pendidikan percuma, janji royalti minyak tambahan ke Sabah dan Sarawak, janji untuk hapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, janji nak bagi gaji minimum RM4,000 setiap keluarga, semua janji ini akan bankrapkan negara kita.

    ReplyDelete
  17. Nik Aziz sendiri pun mungkir pada janji macam mana yang lain2 tu tak mengikut kiiikiiikiii ingat lagi dulu janji pok nik klu Tun Mahadhir meletak jawatan besoknya dia akan letak jawatan tapi sampai sekarang tak letak jawatan apa 2 pun pada geng pakatan penipu tu ingatlat manusia wajib berpegang pada janji..

    ReplyDelete
  18. yang paling menyayat hati pendekar mereka pernah berhimpun dan berjanji klu mereka menang di Selangor hari ni besok kita tutup kilang arak di Shah Alam tapi mereka sampai sekarang tak tutup pun kilang tersebut..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.