Sebaik mana pun belanjawan dibentangkan, ia tidak berguna kepada rakyat kalau perlaksanaan penuh penyelewengan dan rugi RM28 bilion setahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Saya tidak boleh kata belanjawan yang dibentangkan oleh (Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah belanjawan yang baik dan bertanggungjawab kepada negara dan generasi akan datang sebab (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri kaitkan Najib dengan perbuatan beli undi.
"Tetapi, kalau Najib mempunyai kebolehan untuk membentangkan belanjawan yang baik sekalipun, ia tidak berguna kepada rakyat apabila Ketua Audit Negara sendiri dedahkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion setahun yang diakibatkan oleh kelemahan pengurusan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," katanya.
Mohamad bersetuju dengan pandangan ramai bahawa belanjawan yang dibentangkan oleh Najib hari ini adalah "belanjawan beli undi".
Dr Mahathir sebelum ini mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib memberi wang tunai kepada rakyat menghampiri kepada pembelian undi.
Bagi Mohamad, pembelian undi adalah rasuah terang-terangan tetapi lebih buruk lagi penyelewengan dalam perlaksanaan apa yang dibentangtkan dalam belanjawan.
"Dalam belanjawan hanya nyatakan hendak beli peralatan tentera. Itu baik.
"Tetapi dalam perlaksanaannya, gasak duit rasuah dalam pembelian kapal selam malah sehingga berbunuh-bunuh," katanya.
Ayat-ayat hendak minta duit dalam belanjawan, katanya, boleh dikatakan hampir semuanya manis-manis belaka.
"Tetapi dalam perlaksanaan, beli pemutar skru lima kali daripada ganda harga biasa," katanya sambil menyatakan contoh itu hanya contoh terlalu kecil dari pelbagai perbuatan khianat kepada negara yang menyebabkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara.
Mohamad juga menggelar belanjawan Najib sebagai belanjawan sembunyi fakta berikutan keengganan kerajaan membentang laporan Ketua Audit Negara bersama belanjawan.
Pada kebiasaannya, laporan audit tahunan itu dibentangkan bersama dengan belanjawan.
Tetapi, dalam pemerintahan Najib, iaitu bermula tahun lalu, laporan audit dibentangkan selepas belanjawan.
Dalam perkembangan berkaitan, Reuters melaporkan, belanjawan yang dibentangkan oleh Najib dijangka akan menggula-gulakan pengundi kerana kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang lebih diutamakan dari menangani hutang negara yang semakin meningkat.
-DD
Friday, September 28, 2012
Belanjawan tidak guna kalau rugi RM28 bilion
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lihatlah dengan pemberian BRIM, bonus kakitangan kerajaan harga barang keperluan akan naik mendadak seperti yang sudah-sudah. Jagi BRIM dan bonus kakitangan kerajaan itu tidak ada erti apa-apa sebaliknya akan membebankan lagi kakitangan swasta. Inilah dasar kerajaan BN bagi ikan tapi bukan pancing. Kalau dibagi ikan kita makan mwah untuk sekali sahaja tapi kalau bagi pancing kita boleh memancing ikan selama mana pancing itu masih boleh digunakan!
ReplyDeleteBonus 1.5 bulan gaji. Ndak tau suda dbayar bah,RM500 baru2 ini. Ada lg sebulan. mau dbayar bulan Dis ini dan Jan depan. Bonus apa ,maa. Tengok Bank Rakyat bonus 14 bulan gaji,maa. Bank tu bisnis contoh bank Rakyat Kudat..mereka bisnis utk kawasan itu aje bukan seluruh Sabah. Tapi mampu beri bonus 12 bulan gaji ,maa. Ini kerajaan,satu Malaysia wang masuk. Polis aje berapa juta 1 hari, JPJ lagi. Lain2 jabatan yg masyukk duit utk kerajaan, satu Malaysia, maa. Dah lah bonus ciput...bole ansuran lagih. kak Ros tu dpt RM111 juta hanya Projek Permata je. Bukan dia bukak Tadika Permata pun...hanya idea je. Kakitgn kerajaan yg brsekang mata cari wang...1.5 bulan je. Inilah contoh GOOD GOVERNOR yg UMNO laungkan.
ReplyDelete**888
Rugi RM28b dan hutang negara RM502b. Haii UMNO/BN, nyah kamu dr Putrajaya le. Mcm tu yg dkatakan kerajaan cekap mengurus kewangan negara ? Kau tipu barua2 umno bole le.
ReplyDeleteBelanjawan 2013 pasti akan memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.
ReplyDeleteBajet yang diumumkan oleh PM baru2 ni pembangkang tidak boleh pertikaikan.
ReplyDeleteBajet 2013 dari Pakatan Rakyat pun bukan baik sangat.
ReplyDeleteKalau bajet Pakatan Rakyat dilaksanakan, dijangka kerugian lagi besar.
ReplyDeleteOctober 1, 2012 10:55 AM :
ReplyDeletekau tuhan meeeh? kc aku no 4D/loteri yg akan menang la...
Macam mana boleh tahu akan rugi 28 billion?
ReplyDeleteBiasalah cakap2 pembangkang yang tak puas hati
ReplyDeleteBukan akan rugi RM28b, tapi memang dah rugi pun. Itu la,asyik baca utusex dan dengar berita UMNO. Cari la media alternatif utk dapatkan maklumat tepat dan trkini. Cehh,camni pun ada jugak rakyat Malaysia.
ReplyDeleteMP Kota Belud berjaya mendedahkan beberapa butiran dalam bajet pakatan rakyat yang cuba menipu rakyat tetapi MP Kuala Selangor naik berang bila perkara ini didedahkan.
ReplyDeleteKhairy mendedahkan jumlah kutipan cukai di negeri kelantan 249juta tahun 2008 tetapi kerajaan telah membelanjakan RM4 billion kepada kelantan. fakta JPM 2008
Dinegeri Kedah 2008 kutipan cukai RM1Billion tetapi kerajaan membelanjakan RM6 Billion.fakta JPM 2009
Dinegeri Selangor RM13 Billion kerajaan berikan balik RM14Billion. fakta JPM 2008
Bonos, BR1M dan apa saja wang tunai diberikan akan habis sekelip mata dan mengakibatkan kenaikan harga barang dan dia tidak akan turun bagitu mudah dan cepat.Dlm masa panjang pemberian wang itu tiada erti lagi.
ReplyDeleteBetulkah tidak bererti? Itu bagi PR memang tidak bererti tapi bagi rakyat itu sangat bererti. Kita sendiri pun tahu yang mana kerajaan tidak akan membiarkan ekonomi Negara ini jatuh. Kerajaan pasti akan mencari jalan untuk memastikan ekonomi Negara ini terus meningkat.
ReplyDeleteTerpulang untuk rakyat menilainya. Jika pihak PR memang kita dapat tahu apa yang mereka fikir. Semua Anwar saja yang baik bagi mereka.
ReplyDeletemasalahnya..Najib mampu bagi. yg ini PR x mampu bagi! x terfikir termasuk pemberian pada org2 OKU. itu yg dia kutuk semacam tuh!!
ReplyDeletepembangkang semua mereka nak pertikaikan.
ReplyDeletebajet ini byk memberi bantuan kepada rakyat.
ReplyDeleteyg sediakan bajet adalah pakar2 ekonomi tapi mamat sorang ni tak tau la pakar apa?pakar ngutuk adalah
ReplyDeleteThe people should not be concerned over the national debt as it is still at the low level compared with European countries, the United States and developing countries. According to UDA Holdings Bhd chairman, Datuk Nur Jazlan Mohamed, the country's debt at 53.7 per cent of Gross Domestic Product (GDP) is still at the comfortable level. The debt rate (at 53.7 per cent) is manageable by the government and is considered to be low compared with European countries and the US. Looking and the data, compared with developing countries, (the debt) also still at lower and comfortable level. As long as we can pay our immediate interest requirement, we are still safe.
ReplyDeleteHopefully the people will not be fooled or influenced by the opposition who claimed that the country's debt is high.
Our country also does not have any problem in tabling a budget deficit, considering the various sources of wealth that can be utilised to accommodate the deficit. There's no country in the world that tables a budget surplus, they all propose budget deficit and loans, the only difference is that Malaysia has room to implement a budget deficit as we have various sources of wealth to acommodate the deficit. Therefore I believe that Malaysia can depend on revenue from commodities and oil as well as assets that can be liquidated to accommodate the deficit.
ReplyDeleteBudget 2013 announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak targeted to reduce the budget deficit to four per cent next year compared with 4.5 per cent this year. Apart from that, the country still has ample room to improve its taxation system to enable it to increase revenue from tax collection. It is wrong to introduce an "austerity budget" now as it would give an impact to investor's confidence as well as the country's economy. In my opinion, a budget that shrinks the country's economy will give negative impact to the economic performance and damage the rakyat. Hats off to the government's move to allocate a huge fund to ensure the young generation living in big towns nationwide are capable of owning their own houses.
ReplyDeleteni lagi satu Mat Sabu yang kadangkala ada otak dan kadang kala tidak ada otak.. bagaimana pula dengan 3 janji pakatan yang mana bakal menelan perbelanjaan lebih dari rm200 bilion?? itu baru tiga janji, belum semua janji2 pakatan diambil kira..
ReplyDeletesepatutnya Mat Sabu dari dulu lagi bersara dari politik selepas kantoi menipu kononnya dilanggar oleh land rover polis.. inikah contoh pemimpin yang kononnya mampu memajukan negara?? asyik menipu saja kerjanya..
ReplyDeletebelanjawan pembangkang itu tidak lebih daripada gimik politik untuk menunjuk-nunjuk semata-mata kerana pembangkang tidak berkeupayaan untuk melaksanakannya.. sebagai bukti ialah janji air percuma selangor..
ReplyDeletepakatan juga tidak akan mampu menghapuskan rasuah dikalangan pemimpin2nya jika berjaya merampas kerajaan kelak.. lihat saja bagaimana tamaknya mereka sehingga sanggup bersekongkol dengan kuasa asing semata2 mahu berkuasa..
ReplyDelete