Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, media Umno BN sengaja membesar-besarkan isu beliau menaiki jet bagi manakut-nakutkan ahli korporat supaya tidak membantu pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan).
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dengan berbuat demikian, tokoh-tokoh korporat takut berurusan dengan pimpinan Pakatan kerana bimbang perniagaan mereka akan terjejas.
"Orang yang curi bilion ringgit, curi tanah ratus ribu ekar tidak diisukan. Tapi, menaiki jet dijadikan isu besar. Kononnya untuk menakut-nakutkan ahli korporat supaya jangan bantu Pakatan Rakyat. Kalau bantu akan jadi isu besar dan bakal jejas perniagaan," katanya mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berkenaan isu tersebut.
Anwar berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ketua Umum KEADILAN itu menjelaskan, beliau dan beberapa pimpinan Pakatan lain menggunakan pesawat itu kerana menghadapi masalah penerbangan ketika dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu semasa menghadiri sambutan Hari Malaysia di Sabah dan Sarawak pada 15 September lalu.
Menurutnya, mereka ke sana untuk menerima penyertaan tokoh politik Sabah, Tan Seri Ibrahim Menudin ke dalam KEADILAN.
“Ada masalah daripada Labuan ke Kota Kinabalu. Masa itu tiada penerbangan petang. Jadi kita terpaksa atur bot laju. Tapi saya ada masalah naik bot selama dua jam…Maka ada seorang rakan membantu memberi pinjam jet,” katanya.
Anwar berkata, pemilik jet tidak mempunyai kepentingan politik di mana-mana negeri yang ditadbir Pakatan.
“Dia cuma bantu…macam kereta saya rosak, saya pinjam kereta orang. Itu tak jadi masalah. Saya dah periksa, dia tiada apa-apa kepentingan.
Saya pun bimbang kalau dia nak mintak tanah atau apa-apa,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar secara berseloroh berkata, beliau mahu meminjam jet berkenaan jika pemiliknya sudi meminjamkan sekali lagi.
Tuesday, September 25, 2012
Anwar : Isu jet takutkan tokoh korporat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tidak perlu takut jika tidaka ada agenda di sebaliknya.
ReplyDeletepasti isu ini akan memburukkan lagi imej Anuar.
ReplyDeleteNtah2 isu ini akan menaikkan lagi imej DS Anwar. Aku yg mula mau brjinak2 dgn UMNO, terus 'cancel' hasrat itu dulu utk teliti balik fungsi UMNO sekarang. Cam tak gentlemen jer brpolitik. Dan rasa kagum serta trharu dgn brbagai2 tekanan UMNO yg drekayasa ke atas insdan brnama ANWAR IBRAHIM.
ReplyDeleteKan datuk Zahid Hamidi baru2 ni ke Mekah naik jet peribadi jugak lepas tu siap brshopping dan guan kenderaan THaji lagi utk punggah barang2 prsendirian. Walau dia menteri, itu kegunaan memang salah. Kalau Anwar tu apa jawatannya dlm kerajaan? Takde,so apa masalahnya yg media UMNO nak perbodohkan rakyat jelata dgn kes yg takde isu itu.
ReplyDeleteAhli UMNo Baru....
Semakin kaya Anwar dapat naik jet peribadi lagi ke Labuan, Sabah dan Sarawak.
ReplyDeleteYang melucukan lagi Pemilik jet ini tidak meminta apa-apa balasan, memanglah tidak meminta balasan sekarang ini. Tapi nanti-nanti baru minta balasan.
ReplyDeleteJet yg sama jugak membawa calon2 'wanita solehah' anjuran TV alHijrah baru2 ini brsama2 dgn Datuk Jamil Khir. Ada dlm list pun penerbangan trsebut dlm buku log sykt. Tiada ke TV 3 atau RTM nak tolong korek utk djadikan isu? Itulah kebodohan media milik UMNO yg hanya mampu mmpercepatkan kejatuhan mereka dr Putrajaya, insya allah. Banyak lagi kes2 besar yg sepatut media massa dedahkan utk pengetahuan rakyat jelata. Isu NFC, kerugian RM5.7b BNM angkara kebodohan kerajaan dlm Foreign Exchange, PERWAJA, Naluri BHD dan banyak lagi isu2 sebenar yg harus media dedahkan. Bukan tutop kecelakaan UMNO tapi buat cerita trhadap PR.
ReplyDeletejet itu kepunyaan bank yahudi di amerika! pengurus jet itu Taufik. Taufik bukan pemilik jet mewah ni. taufik hanya ejen dari sana. taufik berpura-pura x kenal anwar! kegunaan jet itu direkodkan utk semua yg mampu sewa jet..padahal ia mmg utk anwar! suara anwar bukan lagi bersama Islam. hipokrit demi kuasa.
ReplyDeletepanganut-panganut PR akan bersubahat, beremosi & mengejek sesiapa yg mengata Anwar. padahal mereka ini hanyalah seperti siluncai terjun dgn labu-labunya nya. menang soraklah kamu..gadaikanlah kemerdekaan & kematangan negara ini. puaslah hati kamu orang mengaku cerdik tapi bangang dan bodoh!!
Kalau sudah biasa gunakan private jet, lepas jadi kerajaan pun tetap mau guna private jet juga. Masa tu boleh guna duit rakyat.
ReplyDeleteAnwar had said in the lobby of Parliament yesterday: "Private jets are not cheap."
ReplyDeleteThis came a day after PKR vice-president Tian Chua said the private jet was chartered for a fee which he described as being "quite cheap".
ReplyDeleteWouldn't Anwar be indebted to the businessman if he becomes Prime Minister?"
ReplyDeleteIt's hard to say, there is no free lunch in this world.
ReplyDeleteTQ. KITA KAJI BAH
ReplyDeleteBN takut utk semak daftar pegguna jet itu dgn DCA. Bimbang pecah tembelang nak menipu rakyat la tu namanya. Buat kecoh je asalkan org UMNO yg bodoh parcaya siasat tempat yg ada daftar pelanggan jet ndak mau.
ReplyDeletemmg ini akan jadi isu kerana Anwar tak mgkin dpt menaiki jet peribadi dgn statusnya sekarang.
ReplyDeleteSudah2 la nak berdrama wahai Anwar. Kawan yang sponsor tu memang ada hajat tersembunyi.
ReplyDeletehebat Anwar.. selain memiliki jet percuma, beliau juga membeli banglo bernilai RM6 juta di Segambut Dalam dan kereta pertama, MG Rover 3500cc bernilai ratusan ribu ringgit setelah dilepaskan dari penjara.
ReplyDeleteKos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain ke Labuan, Sabah pertengahan bulan ini adalah RM96,000... siapa la yang murah hati sangat bagi free rm96 ribu?
ReplyDelete