Tuesday, September 25, 2012

Taib Mahmud terkaya – kenapa dan bagaimana?

Pembongkaran terhadap kekayaan maha luar biasa Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan keluarganya bernilai sekitar US$21 billion menyebabkan tidak sedikit rakyat negara ini yang terkejut.

Malah, kekayaannya mungkin dicemburui hartawan-hartawan negara pasca DEB-Mahathir yang lain termasuklah Syed mokhtar Al-Bukhary apalagi pemegang rekod manusia terkaya di Malaysia sebelum ini Tan Sri Robert Kuok.

Baru-baru ini sebuah NGO bernama Bruno Manser Fund (BMF) yang berpengkalan di Switzerland telah menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion).

Selain bumi Sarawak yang digondol Taib dengan pembalakan haram, kemakmuran negeri tersebut turut dikongsi secara peribadi tentulah bersama anak-beranaknya sendiri biarpun sebahagian besar rakyat pinggir bandar dan pedalaman negeri Sarawak hidup dalam keadaan serba kekurangan dirantai kemiskinan.

Kekayaan Taib itu lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.

Mungkin pendedahan ini akan membanggakan juak-juak fanatis UMNO dengan andaian. “Baguslah ada orang Melayu lebih kaya dari orang Cina.”

Pendedahan mengejutkan: adakah SPRM akan jatuh dayus?

Laporan oleh Bruno Manser dengan tajuk ‘The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia’ telah didedah dan dikeluarkan di Brussels dan kini ia boleh didapati melalui capaian internet.

Ini merupakan laporan pertama dengan gambaran terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi termasuk 20 ahli keluarga Taib di Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Jelas, laporan ini bertujuan bagi meletakkan tekanan ke atas ‘empayar’ pembesar Sarawak itu dan memberikan bukti nyata kekayaan Taib kepada badan penyiasatan, wartawan, rakyat Sarawak dan pihak-pihak yang berminat.

Persoalannya, apakah kekayaan luarbiasa yang menimbulkan jutaan tanda-tanya ini akan disiasat agensi anti rasuah negara SPRM?

Sekiranya bekas MB Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo telah disiasat malah didapati bersalah, begitu juga Teoh beng Hock yang disiasat ‘hingga mati’ bagi jumlah tuduhan penyelewengan yang teramat kecil, bagaimana pula dengan Taib? Apakah SPRM cukup berani?

Adakah Ketua Pengarah SPRM pusat akan meletak jawatan sekiranya beliau tidak mampu untuk menanggung beban kes dan beban fail Taib yang bertimbun kelak?

Siapa lagi BMF siasat?

Selain laporan terkini kekayaan Taib, BMF dalam laporannya sebelum ini telah membandingkan kekayaan keluarga Taib dengan keluarga bekas presiden Indonesia Suharto dan bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos.

Kedua-dua keluarga itu dilaporkan telah menggelapkan antara US$15 bilion dan US$35 bilion, juga di antara US$20 bilion dan US$900 bilion.

Menurut laporan BMF, ia percaya kajian yang dijalankannya hanya menunjukkan sebahagian kecil kekayaan Taib kerana ada kemungkinan besar kebanyakan aset keluarga Taib tersembunyi di luar negara atau di kawasan luar persisiran yang mana maklumat adalah sukar untuk diperolehi.

Anak-beranak dan adik beradik Taib yang untung

Dengan jaringan 400 buah syarikat di seluruh dunia, BMF menganggarkan nilai bersih harta 20 ahli keluarga Taib yang digabungkan hampir US$21 bilion. Laporan tersebut menyatakan empayar taib ini dibina melalui kawalan hampir menyeluruh terhadap politik dan ekonomi negeri Sarawak dalam tempoh 30 tahun Taib memegang tampuk kuasa.

Laporan sebanyak 45 mukasurat tersebut telah menonjolkan kekayaan adik Taib iaitu Onn Mahmud yang merupakan orang yang kedua terkaya di kalangan ahli keluarganya dengan nilai bersih yang dianggarkan US$2 billion.

Anak sulung Taib bernama Mahmud Abu Bekir yang menjalankan perniagaan pembinaan, hartanah dan tenada di Sarawak berada di tempat ketiga dengan US$1 billion.

Ranking seterusnya adalah anak perempuan Taib yang menetap di Kanada, Jamilah Taib Murray (US$1 bilion), adik Taib salah seorang usahawan balak Tufail Mahmud (US$500 juta), adik perempuan Taib Raziah Mahmud (US$500 juta), anak perempuan Taib, Hanifah (US$400 juta) dan anak lelaki Taib, Sulaiman (US$300 juta).

BMF turut melaporkan mengenai pertikaian antara Mahmud Abu Bekir Taib dan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid yang menuntut RM400 juta muta’ah serta pembahagian harta sepencarian, dan perbicaraannya yang masih berterusan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada hari Isnin memandangkan tiada tawaran penyelesaian daripada peguam Mahmud untuk menyelesaikan pertikaian yang telah berlrutan lama.

Persoalan kreadibiliti Najib dan niat suci SPRM

Sebagaimana hasrat dan cita-cita murni SPRM untuk menjadi badan anti-rasuah yang benar-benar bebas, berani dan professional setanding Independent Commission Against Corruption (ICAC) di Hong Kong, adakah mereka bakal menempuh jalan berliku atau tersadung perihal kes kekayaan luarbiasa Taib Mahmud ini?

Malah, kenyataan Najib dalam satu sidang medianya supaya ‘jangan layan dakwaan yang bermacam-macam’ menimbulkan persoalan, adakah Najib cuba melindung jerung besar ini demi kepentingan politiknya?

Apakah kekayaan Taib Mahmud akan diperah Najib untuk dibuat modal memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dengan ‘janji rahsia’ meneruskan jawatan Ketua Menteri Sarawak itu jika BN menang disana atau, setelah habis madu Taib diperah, lantas sepah dibuang?

Kita tidak punya kuasa seperti SPRM, kita cuma mampu untuk tunggu dan lihat siapa yang lebih bijak samada Taib, Najib, SPRM atau rakyat? – Roketkini.com

21 comments:
Write comments
  1. Ye ke Taib Mahmud ni kaya ? Bukan Tok Guru Nik Aziz lagi kaya ? Org UMngok kata tok guru tu ada kereta2 mewah,mahliagi megah. Anwar pun sama, ada jet ke hape. UMngok kata,aku ndak tau.

    ReplyDelete
  2. kita semua kaya2 ba. jika jalannya ndak betul, pasti pembalasan Allah sentiasa & akan berlaku! Allahu akbarr

    ReplyDelete
  3. kekayaan yg Allah bagi antara dua akan membawa ke syurga atau menghancurkan mu menuju ke neraka sebagaimana TAN SRI KARUN....ada gaji yg diterima selama memerintah mencapai bilion..fikir2lah

    ReplyDelete
  4. Pembangkang sengaja saja kabar2 angin mengenai Taib untuk rakyat benci taib

    ReplyDelete
  5. Terserah pada rakyat di Sarawak menentukan nasib Taib

    ReplyDelete
  6. Siapa yang tidak kenal Taib? KM paling lama di Sarawak.

    ReplyDelete
  7. Taib ni kira pintar dan licik kerana berjaya bertahan sampai sekarang.

    ReplyDelete
  8. Takkan guna taktik macam Mahathir-kuku besi sampai boleh bertahan lebih dari 30 tahun.

    ReplyDelete
  9. Kedua2 KM Sabah Sarawak jadi sasaran dekat2 PRU kali ni. pasti ada niat yang besar di sebaliknya.

    ReplyDelete
  10. Apa kurang KM Sabah diam-diam dalam selimut penuh duit rayat.Biasalah ankara Syaitan itu mahathir yang cakap berkawan dengan Syaitan lebih baik so berkawan dengan UMNO samalah berkawan dgn Syaitan,mengundi UMNO sama mengundi Syaitan.

    ReplyDelete
  11. Mmg btul la tu,Menteri dari Be End adakah yang berumah kayu saja?Semua tu pakar rasuah...Mereka tu makan daging sampai ke tulang2 nya,mana la mau bg dgn rakyat..Kalau ada pun sisa2 yg dibagi utk kucing jak..Fahami lah....

    ReplyDelete
  12. tapi mengenai pendedahan ini masih belum ada kepastian lagi kerana itu cuma ikut laporan daripada NGO bernama Bruno Manser Fund (BMF). Tapi fakta tidak ada lagi.

    ReplyDelete
  13. Kita tunggu yang terbaik daripada terus percaya perkara yang tidak ada kebenaran lagi.

    ReplyDelete
  14. Belajar la dari beliau bagaimana untuk menjadi kaya.

    ReplyDelete
  15. Harap kekayaan itu akan di bahagi2 kepada rakyat

    ReplyDelete
  16. betulkah Taib ada kekayaan seperti itu, sertakan buktilah. jgn main ckp ja.

    ReplyDelete
  17. siapa yang sahkan kekayaan Taib ni?? BMF?

    ReplyDelete
  18. BMF sendiri menipu kononnya berjuang untuk mengumpulkan dana untuk kaum penan di sarawak.. mana dana2 itu?? sudah dilahap oleh bruno manser?

    ReplyDelete
  19. Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

    ReplyDelete
  20. Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.

    ReplyDelete
  21. Jangan terpengaruh dengan laporan dan anggaran yang belum dibuktikan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.