Thursday, September 27, 2012

PR tubuh S’jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya

Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.

“Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya,” katanya.

Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang.

Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis.

“Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu.

“Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain.

“Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun,” ujarnya.

Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang.

-GB

8 comments:
Write comments
  1. Dengan tersungkurnya BN/UMNO di bumi Malaysia ini...maka bermulalah babak-babak unk menghiret mereka-mereka yg bertanggung jawab menggunakan wang negara dgn sewenang2nya. mungkin rakyat akan melihat seekor demi seekor kera kena masuk dlm kandang kan.

    ReplyDelete
  2. bagus! tapi dalam berangan tu, siasatlah juga kes faekah! skandal talam, badrul amin, azmin, ronnie liu, penyelewengan balak, dinar emas husam, keretapi laju di ktan, penyelewengan wang yayasan sabah oleh jefry kitingan, skandal lajim ukin, skandal unisel, kolej insaniah, `kemajuan` sistem perparitan & pembentungan di ktan, skandal syiah dlm PAS, skandal tanah2 rakyat oleh lim guan eng, skandal 6 juta mahligai pemimpin PAS & anwar, skandal yb abdullah sani, skandal baran anwar!

    ..dan skandal anwar ibrahim di turki. di usa! jangan bila dah tercapai, sibuk2 kontrol media mcm kejayaan anwar sebagai menteri kewangan suatu masa dahulu..dia buat jahat & statement sokong yahudi di tempat lain pun semua orang tetap anggap dia mcm huguan siow! rakyat x tau pun! senyunm aje puji2 anwar.skandal `burung2` pemimpin PKR harus disiasat juga coz `anak2` pun `boleh`!

    *anwar iktiraf chin peng! apa perasaan perajurit2 negara?

    *kppm

    ReplyDelete
  3. kppm ko orang umno yang bangang,asal nk tgu pakatan memerintah,,,kasi dedah sekarang la bahalol pencacai UMNO sialllll.......

    ReplyDelete
  4. Jgn mare same itu kppm,bah. Dia org yg same aje dgn komen2 yg dberi dlm ruangan2 dsini. Tengok susunan ayat dan point yg dsasarkan, *kppm tu sebenar org yg sama kasi komen dsini. isu ndak ada lain,kecuali lim guan eng, karpal, anwar ,husam atau nik aziz kaya raya. Jgn mare same dia... dia masih budak2 hingus yg sebenarnya perlu pd gula2. Kita org dewasa jgn kutuk budak2 hingusan,bah.

    ReplyDelete
  5. Rupa2nya TALAM CORP dSelangor dah lama PARALYES angkara 'darah'nya di sedut oleh BN Selangor. Brtahun2 melingkup hanya bernafas dlmlumpur setelahnaik MB PKR. Disusunatur semula sama spt UNISEL yg nak melingkup sama. Hasil kebijaksanaan MB PKR jua lah segar kembali entiti dua tu

    ReplyDelete
  6. LAngkah yang bijak, puak2 ini telah menggunakan status bumiputra untuk rembat harta negara dari dulu, kini dan selamanya jika mereka terus diberi mandat untuk berkuasa........................

    ReplyDelete
  7. KPPM ni sapa?, tak pandai baca politik, kalu orang PR bersalah dah lama dibawa ke mahkamah, tapi sampai sekarang tarak, cuma KPPM saja yang kata ada masalah, pikirlah jangan bodohkan orang ramai, tk

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.