Sunday, September 30, 2012

Ezam dan Hasan Akidah Bakal MB Selangor?

Is Noh bin Omar kata Umno Selangor ada banyak tokoh yang boleh dilantik menjadi menteri besar. Ada tokoh korporat, ada tokoh agama, ahli akademi dan juga profesional. Jadi katanya Pakatan Rakyat tidak perlu heboh bertanya fasal siapa bakal dilantik menjadi MB Selangor. Yang penting katanya biar menang dulu. Iya tak iya juga kalau sebelum menang tak perlu heboh fasal siapa MB.

Mungkin mengikut firasat Is Noh sendiri bahawa sukar untuk Umno merampas balik Selangor. Penerimaan rakyat kepada Khalid Ibrahim dan simpati umum kerana selalu dipermainkan pihak tertentu menyebabkan kedudukan Khalid semakin kukuh dan mantap. Simpati tinggi dari rakyat diterima Khalid.

Mengenai siapa MB, Noh sendiri disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB Selangor. Kedudukannya sebagai timbalan pengerusi Umno Selangor adalah sesuai dan 'tanggung' untuk dilantik menjadi MB. Tetapi soalnya Is Noh sendiri tidak yakin dia dapat menang di salah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang.

Katanya dalam PRU 12 lalu nama Noh sudah dicalonkan untuk bertanding disalah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang dan diura-urakan untuk dilantik jadi MB, tetapi beliau tidak mahu. Mungkin Noh dapat merasai Umno akan kalah dan Selangor terlepas. Ternyata rasa hati kecil Noh itu benar apabila Umno tertumus makan pasir di Selangor.

Kalau dia bertanding DUN baru-baru ini dan menang paling tinggi kedudukannya sebagai ketua pembangkang di DUN Selangor sahaja. Jadi kerana masih dihinggap trauma itu menyebabkan Is Noh sendiri tidak begitu ghairah untuk bertanding DUN meskipun disebut-sebut akan dijadikan MB.

Apabila Is Noh mengatakan Umno Selangor ada tokoh untuk dilantik menjadi MB, kita dapat mengenali nama-nama atau tokoh itu. Ia tentu sekali bukan Mohd Zain Abdullah atapun ketua pembangkang di DUN sekarang ini yang bernama "bin Diman" itu. Kedua mereka ini jauh lebih rendah martabatnya dari Is Noh sendiri.

Nampaknya Mohd Zain Abdullah yang dikenali dengan nama Mohad Zain Badak di kalangan Umno seakan cuba capture dirinya untuk dijadikan MB Selangor. Acap juga dia bangkit membuat kenyataan akhbar mengkritik kerajaaan Selangor. Namun semua kritikannya tidak ada ummppp dan diketawa oleh budak-budak.

Selain Mohd Zain Badak, dan ketua pembangkang Bin Diman itu, ada dua lagi yang dilihat berhajat dan mempunyai nafsu besar untuk menjadi MB Selangor. Mereka merasakan layak kerana status dan juga latar belakang mereka. Secara tidak langsung dua orang ini juga termasuk dalam kategori disebut Is Noh itu.

Mereka ialah Mohamad Ezam Mohd Noor bekas ketua angkatan muda Keadilan dan seorang lagi Hasan Akidah. Ezam lebih tua berbanding Hasan dari segi tempoh menyertai Umno. Kononnya beliau menjadi harapan anak muda Selangor untuk dilantik menjadi MB. Manakala Hasan Akidah lebih muda bahkan masih pun belum menyerahkan borang Umno meskipun kalau sudah diisi.

Atau pun keahlian Hasan sebelum ini, sebelum dia menjadi ahli Pas masih ada atau dihidupkan semula. Elok kalau Umno mempertaruhkan Hasan Akidah untuk jadi MB. Kerana sebelum ini pun dia begitu terhingin untuk menjawat jawatan itu dan merasakan dia lebih layak kerana sedari kecil lagi sudah membaca khutbah Jumaat serta merasai lebih Islami dari orang lain.

Apakah bila Is Noh Omar mengatakan partinya ada tokoh dari berbagai bidang untuk dilantik menjadi MB itu ia termasuk dua tokoh politik imigran atau nomad ini? Ezam boleh dikategorikan sebagai seorang ahli pofesional. Kebijaksanaannya boleh dilihat bagaimana enam kotak kosong boleh dihidupkan menjadi isu. Namun usaha untuk membawa Ezam ke tempat itu nampaknya layu sebelum berkembang. Orang Umno Selangor tidak dapat menerima pelarian nomad seperti Ezam. Ezam sendiri sebenarnya tersalah lorong ketika masuk Umno kerana orang yang hendak dijadikan god father berundur lebih awal.

Sementara Hasan Akidah pula boleh dikategorikan sebagai ulama kerana betapa obsesnya dia hendak memperbetulkan dan memurni aqidah umat Islam. Tidak ada tokoh didalam Umno yang memiliki kepakaran seperti Hasah Akidah itu. Hanya orang berada di tahap mutakim saja boleh mencheck akidah orang lain.

Soal dia masih belum menjadi ahli Umno tidak menjadi masalah, Umno boleh mengambilnya menjadi winnable candidate di dalam pilihan raya akan datang dan letaklah bertanding di Gombak Setia kerusi yang dimenanginya atas tikit Pas sekarang ini.

Ezam hendak letak di mana pula? Kerusi paling sesuai bagi Ezam ialah Bukit Antarabangsa berdepan dengan Mohamed Azmin Ali yang juga antara orang yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi MB Selangor kalau Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kekuasaan di Selangor. Kalau Ezam dapat menewaskan Azmin lantiklah dia sebagai MB Selangor. Ezam juga merasakan dia lebih perfect dalam politik berbanding dengan Azmin. Urkhhhhhhh.... khabarnya Mat Said yang sakit telinga sudah beransur pulih.

Oleh Mohd Sayuti Omar

33 comments:
Write comments
  1. Hasan Aqidah dn Ezam Sesumpah memang sah trpinggir dr senarai UMNO utk apa2 jawatan utama kecuali jwatan sbg Pok Yeh(pencacai) aje. Ndak ada sejarah UMNO melantik mereka yg selama ni brjuang dlm barisan pembangkang tiba2 melompat masuk UMNO, ke jawatan utama parti ataupun kerajaan. Ndak ada itu. Ingat Dato' Nakhaei dulu ? Pd zaman prtengahan pulak lihat Roslan Kassim dan Zahid Mat Arip, al-ghuyubbb sudah. Ezam dpt title senator tu pun selepas 4 tahun melompat keribaan UMNO. Ramai lagi nama2 yg tak sempat dbariskan dsini yg dah jadi UMNOan tapi 'merempat'.

    ReplyDelete
  2. Dulu masa dia pemimpin utama PAS, ada seorg kawan aku org UMNO veteran Kedah maklum bhwa Hassan aqidah ni kalu nak minta consultancy dr beliau harga memang gila2. Lepas tu kalu nak jemput beliau pula, jika dtg dgn kereta low class,memang dia cancel le aturcara tu walau asalnya dprsetujuinya. Mmandangkn dia pemimpin utama PAS,aku cuba nafikan secara prlahan2 pnjelasan kawanku itu. Kini setelah Hassan Aqidah dtendang keluar dr PAS, dgn keegoan spt yg tlh dnyatakan tadi,jelaslah UMNO pun mngkin tak pakai org mcm tu. Jika diamati ceramah yg beliau sampaikan, fakta dan isi cramah sebenarnya TIADA. Banyak ungkapan brulang bg memanjangkan tuturkata dan semasa mmbaca doa, muka dbuat berkerut seolah2 spt suda menangis wlau sekadar LAKONAN. Itu KEKURANGAN yg ada pd Hassan Aqidah. Mnkala Ezam Sesumpah...memang aku 'salute' fakta ceramah beliau. Seiras DS Anwar dr tuturkata dan baris2 fakta. Padat dan meyakinkan.Itu KELEBIHAN yg ada pd Ezam Sesumpah,hanya beliau tlh lari dr medan perjuangan rakyat dan dmakan sumpah beliau.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  3. Yg sebetulnya, BN memang tiada calon MB yg sama spt MB PR. Bukan dSel, malah dnegri2 lain pun.

    ReplyDelete
  4. Bakal MB Selangor yang layak ialah adik Noh Omar yang pernah mengemparkan Sabah ketika tiba di lapangan terbang Sabah sedikit masa dulu!

    ReplyDelete
  5. Belum tentu Pakatan akan memenangi Selangor lagi pada PRU13.

    ReplyDelete
  6. Tu semua hanya ramalan saja.

    ReplyDelete
  7. bagaimana khir toyo? apakah jasa2 dibuang begitu sahaja? sokongan pengundi adalah kuat di dun beliau. cuma selangor tewas tipis akibat over konfident! kempen licik anwar ketika PRU12

    dia setia, intelek, tegas, dinamik & suka membantu. cuma dia diperangkap dalam umno & luar umno akibat takmau tolong orang merasuahnya dgn rumah banglo yg dibeli bawah harga.

    dia yg suka bersedekah dari menghantar jenazah sabahan hingga pernah membina masjid di sabah ni, jangan lah kita lupakan

    ReplyDelete
  8. Biar menang dulu sebelum Pakatan Rakyat heboh bertanya fasal siapa bakal dilantik menjadi MB Selangor.

    ReplyDelete
  9. Noh berkata sukar untuk Umno merampas balik Selangor, kita berkata jangan terlalu yakin dulu.

    ReplyDelete
  10. klu UMNgOk hanyut masa GE13 nanti, buat apa sibuk2 kc sedia calon MB?

    ReplyDelete
  11. BN akan berhabisan rampas balik Selangor

    ReplyDelete
  12. Buang karan saja Hassan Ali ni.

    ReplyDelete
  13. Belum PRU lagi sudah sibuk2 soal jawatan.

    ReplyDelete
  14. Selangor negeri trmaju dMalaysia. Tambah maju lagi sekarang dan yg penting, kantong negeri dah penuh hasil usaha MB PR. Dengan itu, trliur le BN utk ngap kantong negeri yg penuh tu...seperti biasa lah. Sebab itu jugak jgn pelik...500 000 pengundi baru tlh dkesan dSelangor,bang. Pengundi tu pulak namanya pelik2. Ada yg nama "Balai Polis" dan brdaftar sebagai pengudni. Satu rumah ada 35 nama pun ada tanpa pengetahuan tuanrumah yg asal.

    **888

    ReplyDelete
  15. Noh menteri udang dari Parti Syaitan Yang Dikenali bercita-cita tinggi benar. Errr... En. Noh, berapa jumlah mat bangla, mat Indon dan Myanmar yang sudah berdaftar sebagai pengundi di Selangor? Seronok betul bila Noh lihat jumlah PATI berkad pengenalan dah boleh mengalahkan undi PR. En Noh.....En Khir Toyo dah dpt bahagian dia. Apa En Noh, masih belum cukup kaya lagi???? Umno berkubur, Selangor terus makmur! ABU!!!

    **undi penentu..

    ReplyDelete
  16. baru 3 4 hari lepas bajet ari tu..da berangan," BN: lepas menang kita tentukan MB S'gor"..keje tak buat dulu, apa yang diingatnye nak tabur janji..tu, ari tu dah kabarkan dah..bajet "2012 Tepati Janji" bajet "2013 Tabur Janji" makin nak pru13 hampir tiba dah mula nak menipu pastu tabur janji..agaknye bajet 2013 nak bagi gula2 kat rakyat la tu...guna akai la oooi menteri2 umno/bn jangan nak menyamun aje...tunggu BN: lepas kalah kita tentukan noh omar takde senarai di jpm..maaf cakap la hehehe

    ReplyDelete
  17. Janji DiTepati...atau JANJI ditePATI.??

    ReplyDelete
  18. Betul..Biar menang dulu nanti baru kita tahu siapa menteri besar Selangor itu.

    ReplyDelete
  19. Yang penting calon itu benar-benar mampu memberikan yang terbaik dengan tanggungjawab yang diberikan.

    ReplyDelete
  20. MB Khalid baguih sbg MB??? hangpa paham kenyataan nih!

    Dalam masa yang sama bas dua tingkat PKR yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 31 Ogos dari jenama Dong Feng , pengeluar yang sama dengan lori kompaktor yang dibeli Kerajaan Selangor.
    Difahamkan sebuah trak kontena serbaguna milik PKR juga sedang diubahsuai di kilang berkenaan.Setelah mendapat maklumat dari pihak dalaman PKR yang menyatakan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa lori kompaktor dengan bas dan trak PKR, pihak sel13.com menjalankan sedikit penyiasatan berhubung perkara berkenaan bagi memastikan kesahihan maklumat.
    Setelah mendapati maklumat berkenaan ada asasnya pihak kami mendapatkan bantuan seorang rakyat Malaysia yang sering berulang alik ke negara China untuk urusan perniagaan bagi mendapatkan info yang lebih kuat.
    Sementara kami mendapat info dari negara China pihak kami juga menjalankan beberapa siasatan di negara ini.
    Akhirnya dari segala info yang kami dapat dan siasatan yang kami jalankan, kami dapati benar terdapat penyelewengan dalam hal ini.
    Siasatan kami mendapati bas dan trak yang diterima PKR adalah sebagai balasan kepada pembelian 50 lori kompaktor oleh Kerajaan Selangor.
    Manakala kerja-kerja pengubahsuaian bas dan trak pula sebagai balasan kepada pemasangan 50 lori kompaktor di kilang dalam negara.
    Di sini telah wujud unsur salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
    Bukan sahaja melakukan penyelewengan, malah dalam hal ini Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah membohongi rakyat Selangor dan rakyat Malaysia.
    Tan Sri Khalid melalui satu kenyatan akhbar pada 30 Ogos 2012 telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut.
    *Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.
    Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.
    Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.
    Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat.
    Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
    TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
    DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR, 30 OGOS 2012

    ReplyDelete
  21. *888, MB Sngor tipu orang2 yg `perasan cerdik` nie..Kenyataan akhbar yg dipetik dari http://anwaribrahimblog.com
    Juga turut disiarkan di Laman Rasmi MB Selangor http://mb.selangorku.com
    Mengikut maklumat dalaman PKR bas tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya.
    Salinan kad pendaftaran bas tersebut telah ditunjukkan kepada kami oleh pemberi maklumat. Namun kami tidak dapat menyiarkan di sini kerana menghormati permintaan pemberi maklumat.
    Didapati bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut.
    • No Pendaftaran : BLU 8779
    • No Enjin : M61HA800001
    • Pembuat : Dong Feng
    • Tarikh Daftar : 03 September 2012
    • Kegunaan : Persendirian
    • Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim
    • Di Malaysia kita semua telah biasa dengan sistem penyewaan, samada sewa pejabat, sewa rumah , sewa kereta atau sewa lain-lain.
    • Barang yang disewa kebiasaanya didaftarkan diatas nama pemilik dan penyewa akan menandatangan satu perjanjian dengan pemilik. Belum wujud lagi di negara kita barang yang disewa didaftarkan atas nama penyewa.
    • Jika benar bas PKR yang disewa kepada Tan Sri Khalid dan pemilik yang sebenar bersetuju untuk mendaftarkan bas tersebut atas nama Tan Sri Khalid, ini bermakna pemilik itu orang yang sungguh luar biasa baiknya dan mempunyai kepercayaan yang amat tinggi kepada Tan Sri Khalid.
    • Kebiasaannya orang yang begitu adalah orang yang telah termakan budi yang besar atau mempunyai kepentingan dengan Tan Sri Khalid. Jika ini berlaku bermakna sekali lagi telah berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam hal ini.
    • Semoga pendedahan kami ini mendapat perhatian serius pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  22. kita tgk dulu samada PR dapat mempertahankan Selangor atau tidak.

    ReplyDelete
  23. As BN is getting motivated waiting for the coming election, opposition parties especially PKR seemed anxious.

    Their anxiety are getting more when their own Opposition Leader, Anwar Ibrahim stated that he would retire if they lose in the coming GE, like what was published by newspaper Financial Times (FT).

    How can PKR hope for a win if the suitable candidate are hard to find? Based on sources afloat in in various blog in the internet:PKR would compete for 66 seats for the coming GE13. On the previous GE 2008, PKR managed to win 31 seats and gained multiple Malay votes.But, it seems that PKR's liberal approach is now causing trouble to the party in gaining votes from the Malays.

    ReplyDelete
  24. KABINET bayangan pakatan pembangkang yang menyenaraikan ‘keluarga’ Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai melucukan, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

    ReplyDelete
  25. Kabinet kerajaan langit Anwar amat melucukan, tidak ada kredibiliti dan sekadar khayalan sebelum PKR berkubur pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13

    ReplyDelete
  26. Selain Anwar sendiri bekas banduan, turut dinamakan menganggotai jemaah menteri itu ialah beberapa orang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    ReplyDelete
  27. selain Anwar yang mengangkat dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah turut disenaraikan dalam kaibinet bayangan tersebut.

    Anak beranak jadi menteri, ini membuktikan Anwar cuba mengekalkan dinasti politik disamping jelas mengamalkan dasar kronisma dan diktator..

    ReplyDelete
  28. berdasarkan 'jemaah menteri’ kabinet bayangan tersebut ia dilihat tidak bermatlamat untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya hanya memuaskan nafsu politik masing-masing.

    ReplyDelete
  29. Jika Anwar jujur dan tidak bertuankan nafsu politik, sudah tentu dia tidak menyenaraikan isteri dan anak beliau, apakah pembangkang sudah ketandusan pemimpin berwibawa?

    ReplyDelete
  30. Syed Ali menyifatkan Anwar sebagai ‘lidah bercabang’ kerana sebelum in bercakap soal ketelesuan dan menentang sebarang bentuk kronisma.

    Tetapi hari ini, dia buat benda yang sama, bawa anak beranak masuk kabinet kerajaan langit, nasib baik ipar duainya tidak ada..

    ReplyDelete
  31. Bagaimanapun saya percaya ‘menteri kerajaan langit' yang disenaraikan itu tidak mendapat restu pemimpin tertinggi DAP dan PAS.
    Ini kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya jawatan itu diberikan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Awang dan Lim Guan Eng.

    ReplyDelete
  32. Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali berkata gerakan kumpulan tertentu dalam PKR mahu timbalan presidennya, Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bukan lagi satu rahsia.
    Inilah dia (Mohd. Nizar Jamaludin) bakal dilantik sebagai Menteri Pelajaran

    Beliau mendakwa, usaha untuk memberi laluan kepada Azmin dilakukan secara sulit oleh Anwar termasuk melantiknya sebagai ketua PKR Selangor.

    ReplyDelete
  33. Lazimnya Menteri Besar yang jadi ketua perhubungan negeri, tetapi Anwar lantik Azmin, ini bermaksud Khalid Ibrahim (Tan Sri) pada kacamata Anwar sememangnya tiada berkelayakan untuk memimpin parti dan kerajaan negeri..

    sudah lama wujud gerakan untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dengan pelbagai isu dicipta oleh pemimpin PKR bertujuan menjejaskan kredibiliti Khalid.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.