Sunday, September 23, 2012

Najib beri isyarat jangan sentuh Taib?

DAP mempersoalkan sama ada keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan kekayaan berbilion ringgit ketua menteri Sarawak merupakan isyarat supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasatnya.

dap lim kit siang interview rebut may 13 01"Dengan isyarat jelas daripada Najib hari ini. Adakah SPRM berani menyiasat Taib... Dan adakah ada mana-mana anggota parlimen BN yang berani menyokong siasatan penuh SPRM terhadap laporan BMF?" soal pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim mengulas tindakan Najib menolak dakwaan bahawa terhadap tertinggi Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dengan berkata terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu dilayan.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya.

-MK

25 comments:
Write comments
  1. Kerana itulah.. rakyat mesti menolak UMNO BN... Najib sendiri sering mendendangkan..'Kekayaan negara hasilnya untuk semua rakyat.. kita mahui pembahagian kekayaan yg sama rata.. dan hanya BN yang mampu melakukannya'...... ya ler Najib...

    ReplyDelete
  2. rakyat hidup susah tak apa.barang naik tak apa.asalkan pemmpin2 bn hidup mewah anak beranak.janji ditepati.pencapaian pemimpin kaya raya diutamakan.

    ReplyDelete
  3. Dah terlambat dah.Sekarang Sarawak Miskin dah.Selagi masih ada golongan SALURAN SATU, alamatnya rompakan di Sarawak tetap berterusan selagi Sarawak boleh dijual, dirogol dan dilelong.

    ReplyDelete
  4. Aku inda parcaya le Taib kaya. aku rasa Nik Ajis, Nuar Berahim lagi kaya la. mana kamu tau Taib banyak wang. Itu wang dia kumpul dr kecik lagi macam Rosmah simpan wang beli cincin RM24 juta. Trbaru Rosmah mampu lagi beli jam USD 100 000. Tapi aku ndak tau jugak Nik ajis kaya, hanya aku dgr pancacai umno kata bah.

    ReplyDelete
  5. Jgn kita SUU DZON dgn Taib. Jgn sangka jahat malah kita jgn HUSNU DZON dgn tok guru MB Kelantan. Jgn sangka baik walau dia alim dan tak curi hrta negeri. Taib pun dah ada isteri muda dgn duit brbrapa bilion.

    (LEBAI MALANG)

    ReplyDelete
  6. walfitnatu asyaddu minal khotr.." Jgn kita barsama UMNO dlm mnyebar fitnah celaka"

    ReplyDelete
  7. Pembangkang mahu jatuhkan Taib Mahmud di Sarawak, jadi diorang guna contact mereka di luar negara untuk jatuhkan Taib, dengan cara memfitnah Taib di arena media antarabangsa...

    ReplyDelete
  8. Jika benar pastinya akan ada siasatan yang dilakukan.

    ReplyDelete
  9. Siasatan harus dilakukan dengan teliti.

    ReplyDelete
  10. Harap isu ini akan dapat penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  11. DAP pun tertanya-tanya. Kita tunggu saja la siasatan. Kalau salah pasti menerima balasan juga tu

    ReplyDelete
  12. Tukar atau tidak Taib di Sarawak bergantung PRU13

    ReplyDelete
  13. sudah jadi KM Sarawak lebih 30 tahun. mestilah kaya..

    ReplyDelete
  14. Nampaknya sangat yang mana PR cuba mencari kesalahan orang lain yang hanya direka-reka semata-mata.

    ReplyDelete
  15. siapa bilang taib kaya ? sudah dirancang suruhanjaya diraja menentu taib kaya atau tida diketuai oleh mahadir,SPRM DAN PEMIMPIN BN. keputusannya meimang tidak kaya....yg kaya nik ajis, anwar org pembangkag yg kaya2.

    ReplyDelete
  16. Itu hanya anggaran pihak yang tidak berpuas hati dengan Taib.

    ReplyDelete
  17. Pengaruh Taib sangat kuat.

    ReplyDelete
  18. Klau sasaorang itu kaya,aku tidak kesah. Usaha penat mereka cari wang. Tapi masalahnya ialah, kalau pemimpin kaya raya, memang satu masalah lain pulak. Mereka itu kerja makan gaji tapi kanapa lebih kaya dr org bisnis ? Kita tidak kita taib atau sapa2...boleh kaya tapi awas jika pemimpin yg tramat kaya, MEMANG sesuatu yg 'cilakak' telah brlaku. Kita bole kata yg YB itu pun kaya kerana bisnis mereka. Tapi awas, mereka tu jugak Penjawat Awam, trtakluk dgn Tatatertib/Tatakelakuan Penjawat Awam dimana 'mereka dlarang guna kedudukan/pengaruh utk apa2 kepentingan peribadi'. Tapi kalu dah exco, kabinet atau MB, bila jadi Pengerusi apa2 JK takkan tak mencelah kroni2 atau nafsu utk sapu projek. Ini dah brlaku dlm UMNO dan budaya mereka pun. Itu pasal UMNO mati akal dgn DAP Penang sebab projek kerajaan negeri banyak yg KM luluskan kpd sykt 'UMNO'. Sama dgn Kedah, projek kerajaan negeri jugak dapat kpd UMNOwan negeri.

    **888

    ReplyDelete
  19. dakwaan kekayaan taib perlu ada bukti, bukan dakwaan kosong saja.

    ReplyDelete
  20. Anonymous said...
    September 25, 2012 4:17 PM

    suruh BMF buktikan kekayaan2 Taib dan bawa semua bukti2 itu kepada sprm..

    ReplyDelete
  21. BMF ni pun sudah jauh menyimpang dari perjuangan.. Bruno Manser Fund sepatutnya digunakan untuk mengumpul dana bagi membantu kaum penan di sarawak.. tapi sampai sekarang tidak ada pula dana2 itu sampai kepada kaum asli ini.. sudah kena lahap oleh si Bruno Manser?

    ReplyDelete
  22. memang bijak orang barat.. guna isu Kaum Penan untuk dapat dana.. tapi dana itu tidak wujud untuk kaum penan.. saja kaum ini dijadikan modal untuk mendapatkan keuntungan untuk poket si Bruno Manser..

    ReplyDelete
  23. Harap isu berhubung dokumen BMF akan mendapat penjelasan.

    ReplyDelete
  24. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa Ketua Menteri Sarawak mengumpul harta berbilion-bilion ringgit.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.