Sunday, September 23, 2012

Pilihanraya Kampus : Pro-M UM Buat Laporan Polis

Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) kesal berikutan pentadbiran universiti itu menyalah guna kuasa dalam proses pencalonan Pilihan Raya Kampus (PRK).

Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Edikuop Lakip Sediyanto, berkata ia berikutan pentadbiran UM menerima pencalonan Pro-Aspirasi walaupun mereka tidak layak bertanding.

Bercadang mendapatkan injuksi mahkamah bagi membatal pencalonan itu, beliau ketika bercakap kepada Suara Keadilan, berkata, tujuh calon Pro-Aspirasi yang dicalonkan sudah memasuki pengajian tahun akhir.

“Mengikut Tatacara Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPP-UM), calon yang bertanding mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya setahun pengajian atau dua semester.

“MPP perlu dilantik selama setahun.

Calon Pro-Aspirasi akan tamat pengajian pada Jun 2013 manakala penggal MPP kali ini tamat pada September 2013.

Ini bermakna mereka berkhidmat tidak sampai setahun “Apabila calon tamat pengajian, ia akan memberi masalah kerana tiada siapa yang berkhidmat untuk mahasiswa,” katanya selepas membuat laporan di balai polis Pantai, tengah hari ini.

Laporan itu dibuat bersama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Pro-Mahasiswa Nasional dan Solidariti Mahasiswa Malayisa (SMM).

Kata Edikuop, Pro-Mahasiswa sebelum ini membuat bantahan kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan tetapi hanya satu diterima manakala enam bantahan lagi ditolak.

Katanya, jawatankuasa memberi alasan ‘tafsiran’ buku Tatacara Pemilihan MPP sudah berubah dan menerima pencalonan walaupun mahasiswa sudah memasuki tahun akhir pengajian.

“Jawatankuasa juga mengatakan mereka berhak menerima atau menolak sesuatu bantahan atas budi bicara.

“Tindakan jawatankuasa itu bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), Perkara 48 (4) yang menyatakan setiap MPP perlu dilantik selama setahun,” katanya.


-GB

17 comments:
Write comments
  1. Betul bagai dikata... ikan busuk dari kepala..Jika pimpinan sakit seluruh negara dan rakyat sakit, jika pemimpin beriman kehidupan negara dan rakyat mendapat berkat....

    ReplyDelete
  2. Kalau la siswa/i semua dayus dlm perjuangan rakyat dsamping menumpu perhatian pd pelajaran, brmaharajalela le BN menzalimi rakyat. SYABAS mahasiswa harapan bangsa, kerana UMngok suda inda bole dharap lagih, bah. Barmula dr menara gading,asuh bakat kamurang utk jadi pemimpin kami dmasa depan. AWAS, umno kamu bakal tumbang jika kebangkitan rakyat barsama mahasiswa melanda negara. Biar BN mampus asalkna jgn negara yg bangkrap kerana BN.

    ReplyDelete
  3. Kalau dibuat laporan polis adakah ini akan menyelesaikan masalah?

    ReplyDelete
  4. Adakah ini akan memburukkan lagi keadaan?

    ReplyDelete
  5. Harap polis dapat menjalankan siasatan.

    ReplyDelete
  6. Concentrate dengan belajar dulu bah. politik2 tu nnt lepas belajar la...

    ReplyDelete
  7. Hebat berpolitik tapi gred semua jatuh

    ReplyDelete
  8. Kalau sudah buat report polis tunggu saja hasil siasatan polis

    ReplyDelete
  9. Tak selesai masalah jugak sebab dua perkara :

    1) Polis tak bole siasat.

    2) Kalau siasat...trbukti UMNO trbabit sbg dalang dibelakang tabir,
    apa polis bole buat.

    ReplyDelete
  10. universiti ada main 'kotor' juga?kalau sudah jadi calon di luar lagilah..

    ReplyDelete
  11. Pastikan calon yang dipilih itu adalah dari suara majoriti dan pihak pengurusan perlulah menerima sebaiknya dan tidak menyalahguna kuasa yang ada.

    ReplyDelete
  12. Pelik benar nama Pengerusi Pro-Mahasiswa UM ni.

    ReplyDelete
  13. Keadilan harus ditegakkan. Manipulasi p/raya harus ditentang.

    ReplyDelete
  14. pilihanraya kampus pn byk kontroversi.

    ReplyDelete
  15. ini kalau jadi pemimpin politik negara, habis lingkup la negara ni..

    ReplyDelete
  16. Pastikan pelantikan calon dilakukan mengikuti syarat dan peraturan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  17. Harap tiada masalah lain yang timbul dalam isu pilihanraya kampus kali ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.