Sekumpulan rakyat Sabah di sini menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan mengambil sebahagian besar hasil petroleum dari Sabah sebagai menyalahi undang-undang.
Malah perkara itu juga menyalahi persefahaman dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Jurucakap kumpulan terbabit, Zainnal Ajamain berkata, hasil petroleum tersebut sepatutnya menjadi milik sepenuhnya rakyat Sabah.
"Petroleum 100 peratus dimiliki rakyat di Sabah, ia harus diberikan kembali dan biarkan mereka membuat keputusan untuk berapa banyak harus diberikan kepada kerajaan Persekutuan,” katanya pada satu kenyatan di sini.
Semalam Zainnal yang juga seorang ahli perniagaan bersama rakan-rakan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi mengisytiharkan perjanjian antara kerajaan Sabah dan Petronas sebagai tidak sah dan terbatal.
Kumpulan terbabit yang menggelarkan diri sebagai R Sabah terdiri Lahirul Latigu, Mohd Julpikar AbMijan, Joseph Wilfred, Duli @ Dullie Mari dan Michael Peter Govind @ Mick Goviind.
Zainnal berkata, tuntutan itu selaras dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Tuaran baru-baru ini yang menyebut haram memindahkan kekayaan sesebuah negeri kalau masih ada rakyat miskin.
Katanya juga langkah tersebut dilakukan terhadap kerajaan Persekutuan kerana menafikan negeri pengeluar minyak daripada menikmati kekayaan anugerah Tuhan.
Kata beliau juga perjanjian yang ditandatangani 37 tahun lalu disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan apabila hak negeri dinafikan.
Baru-baru ini Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa mengumumkan kerajaan negeri mahu merundingkan semula Perjanjian Petroleum yang ditandatangani antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1976.
Pada perjanjian tersebut kerajaan negeri diberikan 5 peratus daripada nilai minyak yang dijumpai di tepi dan pesisir pantai Sabah, manakala 95 peratus diambil kerajaan Persekutuan.
Sebelum itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan rakyat Sabah akan mendapat royalti minyak sebanyak 20 peratus sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menerajui Putrajaya.
Zainnal berkata, kerajaan negeri dan pembangkang tidak mempunyai hak untuk menentukan kuantum royalti kepada Sabah.
Difahamkan permohonan pengisytiharan serupa juga akan difailkan di Kelantan, Terengganu dan Sarawak.
Zainnal juga memberitahu beliau dan R Sabah akan menghadiri perhimpunan pada 2 Oktober ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan menyertai konvoi ke Istana Kehakiman di Putrajaya pada 3 Oktober.
-HD
Wednesday, September 26, 2012
Rakyat Sabah mohon isytihar perjanjian 1976 tak sah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tuntuan perlu dengan keikhlasan bukan ada udang sebalik batu.. ....taulah sekarang ini manusia.. untuk mencari yg ikhlas payah sikit tapi yg buaya banyak merata2...
ReplyDeleteKetua Menteri, Datuk Seri Musa Aman sudah menyatakan sokongannya kepada apa2 usaha untuk mengkaji kembali peratus royalti minyak yang diterima Sabah.
ReplyDeleteUntuk informasi semua, Parti Bersatu Sabah (PBS) sudah lama menggesa pihak2 yang berwajib untuk mengkaji semula royalti minyak yang diterima sabah. Menurut Datuk Jahid Jahim, PBS sudah mula menggesa kerajaan persekutuan dari tahun 1985 lagi...
ReplyDeleteMenurut Jahid Jahim lagi:
ReplyDelete"“I am hopeful that the discussion can be made smoother with the good relationship between the state and federal governments,”
Beliau menambah:
"...the relationship is further strengthened by Najib’s willingness to listen to the rakyat’s voices."
Lagi info dari Menteri Pembangunan Tanah, Tan Sri Dr James Masing:
ReplyDelete"Tan Sri Dr James Masing suggested that the review on oil royalties for Terengganu and Kelantan by a special committee to be set up by the Federal Government should also include Sabah and Sarawak as both states are the main contributors to the national petroleum production."
Menteri Kebajikan,Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah juga menyatakan bahawa:
ReplyDelete"... since petroleum production had increased due to technological advancement, it was logical that the royalty to the state be reviewed."
Kenapa tak beri royalti minyak pd Sabah dulu lagi. Bila PR desak negeri2 ygada minyak dberi royalti...baru BN buat2 gelabah.Kalau PR tak geletek, tidur lagi BN tapi confirm bohong semua tuh,bah. Cakkap je KM jugak sama setuju. Kenapa tak fight selama nih dgn Pusat demi Sabahan jugak. Ayuhh...Sabahan jgn tartipu dgn parmainan ini BN. Mana Pemuda UMNO Sabahan. Ntah2 tak wujud pun dia.
ReplyDeletepatut dilakukan kajian semula ttg keujudan n kesahihan petronas development act 1976...
ReplyDeletemusa menyatakan perbincangan sentiasa terbuka untuk meneliti semula perjanjian minyak..
ReplyDeletediharapkan akan ada khabar gembira kepada rakyat sabah berhubung dengan royalti minyak dan gas..
ReplyDeletekalau 100% minyak sabah adalah kepunyaan rakyat sabah, kenapa PR menjanjikan 20% sahaja untuk sabah? PR juga mahu makan hasil sabah?
ReplyDeletepatut PR berjanji kepada rakyat sabah, sabah akan berhak sepenuhnya kepada semua hasil bumi sabah dan kerajaan persekutuan tidak akan campur tangan...kalau PR dapat janji macam ni, mungkin ada peluang PR menang di sabah tapi nampaknya PR juga tahu lubuk emas malaysia di mana..mustahil lah PR akan melepaskannya jika menjadi kerajaan persekutuan..
ReplyDeletejika ada pihak yang perlu dipersalahkan, rasanya ialah harris salleh..
ReplyDeletesebab beliau lah yang menandatangani dan setuju dengan perjanjian tersebut..
ReplyDeleteKenapa 20 % je royalti...habis kau nak 5% ke DANIEL. Patut rakyat kena tipu oleh PATI dan UMNO, masih bebal dan dungu.
ReplyDeleteRakyat masa ini dah sedar selama ini kita masih d himpit kemiskinan dan amat daif kehidupan d luar bandar dan pendalaman SABAH....sedngkan masa yg sama hasil kekayaan kita di raikan oleh kerajaan persekutuan..."ini tidak adil dan menzalimi rakyat SABAH dan juga SARAWAK" pemimpin yg ada sekarang di sabah dan sarawak hanya mementingkan diri sendiri dan bukan berkhidmat unk rakyat 2 buah negeri tersebut.
ReplyDeleteRakyat masa ni dah sedar mengenai kemiskinan Sabah/Srwak,bagus la. Tapi bagi yg belum sedar,mcm mana itu ?
ReplyDeleteKah kah kah masing2 mengatakan parti mereka yg dulu buat tuntutan royalti minyak !!kahkahkah.Mabuk ke ? Harap Mahathir balik jd PM. Nanti semua akan kata - kami tak kata pun menuntut royalti. Itu surat khabart yg salah ambil petikan ucapan. Sebab semua takut kena ISA.
ReplyDelete`Pada perjanjian tersebut kerajaan negeri diberikan 5 peratus daripada nilai minyak yang dijumpai di tepi dan pesisir pantai Sabah, manakala 95 peratus diambil kerajaan Persekutuan.
ReplyDeleteSebelum itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan rakyat Sabah akan mendapat royalti minyak sebanyak 20 peratus sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menerajui Putrajaya.`
*rupanya meminta hak 20% minyak sebelum ini adalah fakta tidak benar! itulah sebabnya orang2 `cerdik` ni mohon isytihar perjanjian 1976 tak sah!!!
aku ndak ada masalah langsung pasal duit tuh sebab yg akan dapat adalah orang Sabah yg kuat makan duit! contohnya Jefry Kitingan. majoriti rakyat ndak dapat apa2! sentuh wang yg banyak pun ndak pernah. **aku sekeluarga sedekah aja hasil itu pada pihak2 yg memerlukan! jika ada yg songlap, tanggunglah sekurang2nya ketika menghadap robbul jalil nanti!
percayalah, yg penting itu integriti & kerja kuat! bagaimana seorang ibu/bapa itu mengasuh, membeli pakaian, mendidik, memoralkan, membeli buku dan menyekolahkan anaknya, lalu si anak menjadi hebat, matang & berguna pada ibu bapa, agama, keluarga, bangsa & negara! bukan ambil gaji dari kerajaan, memaki & mengata2 kerajaan, pastu beri makan anak bininya pula dari hasil2 yg kurang berkat & sumpah seranah orang!
fikirkan sbg contoh - jalan buruk, siapa yg salah? Pusat mmg dah bagi duit, kerajaan negeri dah keluarkan peruntukan..di mana kerja majlis2 perbandaran? mengapa majlis2 perbandaran / daerah masih gagal membaiki jalan2 bandar yg berlubang?
mengapa majlis2 daerah/ perbandaran ndak pandai buat bajet utk perparitan, perbentungan? di mana jurutera, pegawai daerah kita?? apakah masih bz main golf atau bz di rumah2 urut? atau bz mengira2 untung rugi??
kepada pengundi yg matang..jika mo sisik, mintalah pada ikan yg ada sisik. bukan pada mereka yg bodoh sombong, baran, putar belit & sentiasa hilang wp ada jet mewah! jangan membuang setempayan air bila dengar guruh bergempita di langit! rupanya ndak hujan2...ndak merasa airnya.
pambangkang memang sentiasa mencari kelemahan.. aku keciwa betul! ingatla, murtad & disko adalah kerja2 PAS berkempen. bila menang, PAS nombor satu bersubahat dgn PR & mentertawakan siapa2 di pihak BN membendungnya.. keciwa aku dgn PR. ndak mo lagi sokong PR
Inilah usaha yang patut kita orang Sabah bersatu hati memberi sokongan. Sekarang bukan masanya menegakkan benang yang basah. Baru2 ini ada pla orang cakap tarian sumazau hanya untuk orang yang rendah akhlak. jadi tarian mereka tu akhlak binatang lah kan. jdi mari bersatu mencari dan menghukum orang tu. dah la mereka maju kerana duit sabah menghina pula. Ini kali la
ReplyDeletemmg betul pusat ada bg peruntukan utk membaiki jln,parit dll.tp sygnya bila da spi dgn org tengah jum 2da menjdi kecil.last2 apa pn xdpt.tinggal janji sja.lg nk mempertahankan hak kita?org seberang bg ja kpd pihak yg berkenaan d sbh..hmm,,terus ok sja.bila lg kita nk bangkit?
ReplyDeleteMenjadi masalah adalah tindakkan Datuk Harris itu yang menyebabkan rakyat Sabah rugi.
ReplyDeleteKita sendiri sudah sedia maklum yang mana Kerajaan Negeri Sabah dibawah Datuk Musa Aman meminta perkara ini untuk disemak semula. Untuk melihat sendiri adakah 5% itu masih relevan atau tidak dengan keadaan sekarang ini.
ReplyDeleteAyuh kita manangkan PR utk Sabah dpt 20% royalti. Jgn bairkan BN tipu kita lagi. Bila PR manang nanti, akan ada kuliah agama dr tok guru MB Kelantan(bg umat Islam) dan bg yg non-muslim mereka tentu ada acara masing2 demi keharmonian. Jgn dhirau pangikut2 dajjal UMNO yg dengki kebangkitan PR. NTAH2 marekah itu PATI,bah. Kita ngak bole harap DS Afdhal tu bg kuliah agama, tambah 'isteri' bole lah kot. Kita ngak bole harap Menteri dr puak SYAITAN tu mengembangkan agama suci ini dbumi bartuah ini. Dgn 20% royalti tu..insya allah Sabah dan Sabahan akan mengecapi kemakmuran brnegara. Nak cari ilmu dunia, dgn sumbangan 20% royalti dpt menyediakan ilmu kpd brapa banyak anak2 kita dan ilmi akhirat...ada insan yg brgelar tok guru bole kita jemput.
ReplyDeleteharap pekara ini diberikan perhatian yang sewajarnya.
ReplyDeletetunggu dan lihat apa perkembangannya nanti.
ReplyDeleteapa pun harap isu ini tidak dipoitikkan.
ReplyDeleteada yang janjikan macam-macam untuk kepentingan politik mereka, jadi rakyat perlu bijak meniai.
ReplyDeletebiarlah isu ini diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteSebagai rakyat Malaysia,hak memiliki dan menikmati sumber alam sepatutnya sama rata.
ReplyDeletePersepaduan adalah penting, kalau tidak, apa maknanya nama 1 Malaysia.
ReplyDeleteSebagai rakyat biasa,saya memberi sokongan kepada pemimpin kita,percaya dan yakin segala keputusan dari mereka.
ReplyDeleteApa yang buatkan perjanjian 1976 itu tidak sah? Tak dinyatakan pun.
ReplyDeleteMacam mana mahu ambil balik kalau dalam perjanjian sudah kena tandatangan?
ReplyDeletePasti kena tolak lah appeal ini. Tengoklah nanti.
ReplyDeleteKalau royalti dapat dikaji semula, ia akan mengembirakan rakyat Sabah tapi kalau tidak saya harap kerajaan akan terus pastikan sabah membangun.
ReplyDeleteSaya sokong semua usaha yang dilakukan asalkan ia untuk kebaikan Sabah.
ReplyDeletePerjanjian itu kena tandatangan kan.. Kenapa pula tak sah?
ReplyDeleteSaya ulas sedikit komen saudara 'ambil gaji dari kerajaan, memaki & mengata2 kerajaan'. Bagi saya Kerajaan itu ditadbir oleh Pemimpin2 yang kita (rakyat) pilih (undi). Kita yang melantik diorang. Jadi kalau ada yang tidak memuaskan hati, contoh royalti minyak yang terlalu kecil peratusnya kepada negeri pengeluar 5% utk Negeri Pengeluar 95% utk Kerajaan Pusat & Petronas terlalu jauh nisbahnya. Jangan hairanlah kalau kita sebagai pengundi secara tidak langsung melantik diorang sebagai pemimpin akan keluar kata2 tidak puas hati, seperti saudara juga tidak puas hati dengan Majlis Perbandaran, samalah tu. Kita umpama pelanggan kalau Pakatan rakyat tawarkan royalti 20% banding dgn skrg 5% bagi saya pasti akan pilih 20%. Kalau kita mahu buktikan diorang tunaikan janji atau tidak kita kena undi (lantik) diorang jadi Kerajaan Persekutuan dulu baru tahu. Bagi saya saya yakin kerana jika mereka main2 dengan janji yang besar serupa ini, mereka sendiri pun sedar selepas 5 tahun tidak akan bertahan lama, rakyat akan tumbangkan balik khususnya di Sabah. Mengenai ambil gaji dari kerajaan, menteri2 itu pun makan gaji Duit Negara sama macam kita, bukan duit mereka sendiri.
ReplyDeleteHope that the 1976 agreement between Petronas and the Sabah state government will be declared as null and void.
ReplyDeletePemimpin kerajaan dan BN memberi reaksi positif terhadap Bajet 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.
ReplyDeleteConsider amending the 1976 agreement with Petronas so that the cash payment can be increased.
ReplyDeleteSabah tidak pernah diperdaya oleh Kuala Lumpur berhubung hasil minyak dan gas. Ia menerima kira-kira empat kali ganda lebih daripada 5% royalti minyak daripada kerajaan persekutuan untuk pembangunan sosial dan infrastrukturnya yang menggantikan rancangan lima tahun Malaysia. Masalah negeri ialah membelanjakan wang itu dengan segera.
ReplyDeleteIn the 1990 general elections, the PBS state government tried to raise the oil royalties issue to the government.
ReplyDeleteabah menjangkakan kira-kira RM800 juta dalam royalti petroleum tahun ini. Geran Persekutuan dianggarkan kira-kira RM350 juta. Negeri ini mendapat lebih sedikit daripada RM10 bilion untuk melaksanakan 424 projek dibawah fasa pertama pelan roling Rancangan Malaysia ke-10 yang bermula pada tahun lalu.
ReplyDeleteHope that the Sabahan and Sarawakian oil rights will be returned to them.
ReplyDeleteThe Prime Minister will set up a special committee to study to royalty payments to oil producing states.
ReplyDeleteSalah Haris Salleh dan pengundi2 haris salleh. Tidak apa itu dulu...sekarang menjelang PRU13, kta rakyat sabah satukan undi kepada pembangkang agar menang dan memerintah untuk menukar dasar yang ada sekarang.Ini Kali La Tuukkkarrrr...
ReplyDeletesudah dekat2 pilihanraya umum baru dia failkan saman? kenapa bukan 10 atau 20 tahun yang lepas?
ReplyDeletepetroleum memang 100% milik sabah.. tapi macam mana mau bagi 100% jika petronas terpaksa juga menanggung kos operasi dan kos subsidi??
ReplyDeletebolehkah orang2 dalam gambar diatas memberikan jaminan bahawa sekiranya pakatan berjaya merampas kerajaan, hasil minyak sabah akan dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Sabah??
ReplyDelete