Tuesday, September 25, 2012

Penduduk resah dengan penggambaran iklan air

Sebahagian penduduk sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya yang digunakan sebagai lokasi penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air menyuarakan keresahan mereka berhubung langkah itu.

NONEMereka mendakwa penggambaran berskala besar itu mengganggu privasi, menyesakkan kawasan, berunsur politik dan tidak memberikan gambaran sebenar masalah berkaitan air.

"Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu.

"Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk setempat Dr S Paramananthan (atas) kepada pemberita.

NONEParamananthan juga mendakwa, tiada sebarang maklumat terperinci diberikan kepada persatuan penduduk.

Penggambaran itu hari ini dijalankan secara 'rahsia' di kawasan itu dalam keadaan penduduknya, termasuk beberapa pelakon tambahan memberitahu tidak jelas rancangan sebenarnya.

Pihak produksi pula enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

'Kami berunding dengan produksi, bukan parti'
Rakaman itu antaranya memuatkan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Empat lori kontena memuatkan barangan dan persediaan set turut kelihatan.

NONESementara itu, seorang penduduk lagi berkata, mereka hanya dimaklumkan penggambaran iklan "khidmat sosial mengenai air" tetapi tidak dimaklumkan ia berskala besar.

"Ini membuat saya risau kerana mengganggu privasi penduduk. Ini jumlah yang besar. Sebagai penduduk juga kami tidak tahu ia berkaitan dengan politik.

"Sebab kami cuma berunding dengan pihak produksi, bukan mana-mana parti politik," kata penduduk yang telah menginap di pangsapuri itu selama 30 tahun dan enggan namanya disiarkan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk berkata, mereka telah meminta penggambaran itu dibuat di tempat lain tetapi tidak berkesan, malah tenaga produksinya sampai seawal jam 5 pagi.

NONE"Saya dah kata tempat ini tidak sesuai untuk penggambaran. Tetapi mereka kata mereka mahu lakukan kerana tempat ini sesuai," tambahnya.

Seorang warga emas pula tidak berpuas hati apabila berlaku kesesakan di kawasan tersebut sehingga mengganggu kelancaran kehidupan sehariannya.

"Saya dah tua. Sakit kaki. Saya terpaksa letak kereta saya jauh dan berjalan.

"Mereka ini juga dah membuat bising seawal jam 5 pagi dan ganggu saya nak tidur," katanya.  -MK

24 comments:
Write comments
  1. apa guna buat iklan berkaitan masalah air dibandar2 besar spt selangor. buatlah iklan masalah bekalan air di luar2 bandar di sabah spt di kota marudu, kuala penyu, d pedalaman spt tambunan baru real aku boleh jadi staring ataupun penjahat boleh juga....taruklah kamu!

    ReplyDelete
  2. Sabah nih ,bah. Air dan letrik selalu trputus dgn tiba2. Rangkaian internet ndak bagus. Sabah bah tmpat yg paling sesuai utk iklan ,bah. Tapiii jgn trkejut,andai Sabah jatuh pd pambangkang, hari2 iklan sabah miskin,tiada pengurursan air/letrik yg cekap akan keluar dlm tv,bah.

    ReplyDelete
  3. Jangan lupa iklankan rakyat sabah mendapat bantuan tangki 1 Malaysia. Tu tandanya sabah kekurangan bekalan air bersih. Seperti tdk adil, kerana hanya selangor sahaja mendapat liputan media kes kekurangan air. Negeri sabah lebih teruk utk mendapatkan air terawat.

    ReplyDelete
  4. Iklan masalah air untuk PR. Memang bagus jugalah kalau macam itu.hehe mahu juga tengok apa respon PR nanti.

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya kalu BN itu cardik, kena la bantu itu rakyat tiada air,mbah. Jgn dkira nagari mana ituh, bantu siak. Ini ndak, bole iklan lagi cakkap nagari ituh ndak ada air. Sabah inih lagi terukk mbah.

    AKU PASTIKAN KUARGA AKU NDAK UNDI ITU BN,MBAH.

    ReplyDelete
  6. Penduduk di sana rakam saja situasi tu untuk persediaan.

    ReplyDelete
  7. Kemudahan asas untuk rakyat perlu disediakan.

    ReplyDelete
  8. Syaitan punya kerja fitnah kotor tidak lain dr mahathir kata umno syaitan.Kita tukar ini kerajaan Bn d PRU 13.

    ReplyDelete
  9. Sampai begitu sekali buruknya kelaku puak-puak BNgok. Setakat orang2 kampung pendalamn dan ulu-ulu bolehlah ditipu. Apapun rakyat Selangor tahu sapa dalang disebaliknya.......ABU...ABU...ABU...

    ReplyDelete
  10. isu kepentingan rakyat yang diabaikan itulah sasaran utama bila dekat2 pilihanraya ni.

    ReplyDelete
  11. Rakyat juga yang dipergunakan..

    ReplyDelete
  12. Khabarnya ada jugak ahli tarian buntut depan rumah S.Ambiga yg ambil bahagian dlm lakonan nih. Nak tutup SYABAS punya kelemahan,dpanggil pelakon pulak utk brlakon kelemahan MB Sel urus air dSelangor. Nak tanya ckit, air tu bdgkuasa MB tu ke atau dah dserah kpd Syabas oleh UB dulu ?
    Apapun, syabas kpd MB Sel atas kebijaksanaan membaca permainan kotor UMNO dan mengugut utk merampas balik SYABAS dr Pusat andaikata sykt itu gagal merawat air bocor/tak trpakai secara komprehensif.

    ReplyDelete
  13. Kalau betul khabar angin ini, susah la imej akan tercemar.

    ReplyDelete
  14. Bersainglah secara sihat.

    ReplyDelete
  15. selesaikan masalah air yang dihadapi rakyat.

    ReplyDelete
  16. Takde ke kump pelakon tu nak dtg Sabah nih buat 'lakonan' ? Bukan setakat lakonan ayer,lakonan letrik sama internet lagi bagus. PANT... punya OMno..

    ReplyDelete
  17. bila ada iklan yang "kena" dengan isu di negeri pakatan, dia katakan pula berunsur politik.. tapi kalau pakatan yang buat iklan dijulang sampai kelangit pula walaupun terang2 berunsur politik..

    ReplyDelete
  18. lain kali kalau yusof haslam mahu buat penggambaran di kawasan perumahan, kasi bantah juga la.. mengganggu privasi dan punca kesesakan..

    ReplyDelete
  19. The Selangor government is willing to hold discussions with the federal government through Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin on the state's water issue.

    ReplyDelete
  20. Khalid said the state government believed that the discussions would have a positive outcome for the state's water industry and the people in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya.

    ReplyDelete
  21. "I feel the Deputy Prime Minister needs to know the issues that have to be resolved before the state government can make an offer to the concessionaires, which now have been given extensions to operate month-to-month by the National Water Services Commission," he said.

    ReplyDelete
  22. The federal government had written to the Parti Keadilan Rakyat-led Selangor government on the water issue, including on the taking over of the water concessionaires.

    ReplyDelete
  23. Muhyiddin, who was appointed by the Cabinet to resolve the water issue, had before this said that the letter from the federal government on the water issue had been sent out on Sept 19.

    ReplyDelete
  24. The letter was in response to matters raised by the Mentri Besar on the water issue, including the question of taking over the concessionaires for the restructuring of the water supply industry in Selangor.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.