Harapan untuk berlakunya PRU13 pada hujung tahun ini nampaknya semakin tipis walaupun masih tidak mustahil untuk berlaku. Halangan besarnya ialah musim haji. Jemaah haji terakhir akan pulang ke tanahair pada hujung bulan November. Umno pasti tidak mahu tercalar sokongan di kalangan orang Melayu dengan isu Melayu sebab itulah sasaran terakhir mereka.
Parlimen boleh dibubarkan pertengahan bulan November dan PRU diadakan pada awal Disember, di mana semua jamaah haji sudah pulang ke tanahair. Namun ia terganggu pula dengan Persidangan Tahunan Umno mulai 29 November.
Tidak munasabah Perdana Menteri membubarkan Parlimen sebelum persidangan Umno. Jika dibubar awal Disember, SPR memerlukan masa 21 hari untuk mengadakan hari penamaan calon dan pengundian. Hujung bulan Disember adalah musim tengkujoh di Pantai Timur.
Harapan untuk berlaku PRU pada awal Disember masih ada jika Umno membuat keputusan membatalkan persidangan tahunannya. Ataupun BN tidak memperdulikan musim banjir di Pantai Timur sebaliknya mahu mengeksploit banjir untuk keuntungsn politik. Alasannya, BN tidak mahu Melayu yang mudah lupa ini 'terlupa' akan pelbagai ganjaran dari propaganda Bajet 2013 yang dibentangkan 28 September ini.
Apapun masa terbaik untuk PRU13 ialah Mac 2013 sewaktu cuti penggal persekolahan. Soalnya, waktu terbaik untuk diadakan PRU tidak semestinya menjadi masa terbaik untuk BN. Boleh jadi waktu itu ekonomi meleset teruk, harga getah jatuh merudum dan yang paling digeruni jika saham FGVH jatuh menjunam. Atau kalau waktu itu 'larva gunung berapi' yang sekarang terpendam di Sabah dan Sarawak tiba-tiba meletup.
Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan sedaya upaya cuba menyekat laporan audit negara dari diedarkan di Parlimen menjelang pembentangan Bajet 2013. Sejauh mana Najib dapat menahannya, jika terdedah maka ia menjadi satu lagi malapetaka untuk BN kerana banyak penyelewengan akan terdedah.
Satu lagi ketakutan Najib ialah cabaran yang datang dari Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Muhyiddin bukan boleh diharap. Beliau yang mendesak Tun Abdullah Badawi berundur segera sewaktu waktunya, tidak mustahil jika Najib pula menjadi mangsa si gopoh itu.
Tempoh penggal Parlimen berakhir pada Jun 2013 tidak sama dengan negeri-negeri disebabkan terdapat negeri yang tempoh penggalnya berakhir lebih awal. Tempoh penggal Parlimen atau DUN dikira bermula dari tarikh wakil rakyat mengangkat sumpah dalam Sidang DUN pertama.
Semua perhitungan dan percaturan berhubung tarikh PRU ini perlu bagi menjelaskan bahawa tempoh PRU13 sangat dekat dan hampir bertemu jalan mati. Inilah masanya untuk segala perancangan dilaksanakan, semua strategi dilunaskan dan masa untuk semua pihak dalam Pakatan jangan melakukan kesilapan.
Tekanan sebenarnya sangat dirasai oleh BN selaku pemerintah tua yang tidak pernah bertukar sejak merdeka. Semua pemimpin BN berucap dengan penuh kebimbangan.
Seorang aktivis Umno serta pengulas politik, Shahbudin Husin menggambarkan bahawa apa yang dilafazkan oleh Najib sejak akhir-akhir ini menggambarkan jiwanya yang sedang resah. Beliau kelihatan amat gelisah tentang masa depannya. Kedudukannya selepas pilihanraya akan datang sama ada masih mampu menghuni Seri Perdana atau tidak, masih lagi kabur dan tidak ketentuan.
Dalam ucapannya di perasmian Pusat Transformasi Bandar, sebuah kompleks yang dulunya dikenali sebagai Puduraya, Najib merayu agar beliau diberi peluang sekurang-kurangnya sepenggal lagi untuk menjadi Perdana Menteri.
Episod keangkuhan demi keangkuhan Najib dalam pidatonya nampaknya berakhir dengan rayuan penuh kehinaan. Jika 'kepala perang' sudah bermasalah, bala tenteranya apatah lagi.
Dari aspek psikologi dan moral, Najib hakikatnya sudah 'kalah' PRU13 apabila beberapa kali menunda tarikh PRU, meraba-raba mencari tarikh dan akhirnya tidak mempunyai pilihan lagi untuk melanjutkan tarikh. Satu Malaysia sedang melihat bahawa Najib, Umno dan BN sedang bermasalah dan menemui jalan buntu. Rakyat akan membantu Najib 'keluar' terus dari kebuntuan itu.
Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Thursday, September 27, 2012
Tarikh PRU13: Najib berdepan jalan mati!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
itu persepsi pembangkang je.bn ada strateginya sendiri yg pembangkang tak tau.
ReplyDeletemimanglah org tak tahu sbb BN guna strategi rasuah. itu sudah pasti.
ReplyDeleteRasanya strategi BN kali dah habis. BOLIAU kata org tionghua. Cuma talian hayat mereka masih pd SPR dan JPN. satu kerjanya wujudkan pengundi hantu dan satu tolong isu ic palsu kpd warga asing utk ddaftar jadi pengundi sah. Akhirnya,targadai la jua NEGARAAA KUU..TANAHH TUMPAH NYA DARAHHHKUU.
ReplyDeleteStratigi SPR & JPN masih releven. The malysianised PTI sudah di daftar sebagai pengundi BN. semua beres dah.
ReplyDelete