Belum pun reda isu mengenai sarang burung walit dan skandal kolam ternakan udang, nampaknya satu lagi pendedahan berkaitan dengan isu sensitif membabitkan tanah milik kerajaan terbongkar! Terbaru, Kerajaan Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan persekutuan yang didakwa mahu menjual tanah tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) di Serdang, Selangor untuk dibangunkan sebagai tapak sebuah universiti swasta.
Pertanian Negeri, Yaakob Sapari mendedahkan, selain harga yang sangat rendah, penjualan tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu memberi keuntungan kepada beberapa kerat individu sahaja.
"Saya mendapat makluman dalam mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru ini bahawa tanah milik MARDI di Serdang sedang dalam usaha rundingan dengan beberapa pihak untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata," ujar Dr Yaakob.
Nilai jualan tidak dinyatakan dalam kenyataan medianya hari ini.
Bagaimanapun, media rasmi kerajaan negeri Selangorku melaporkan tanah itu ingin dijual dengan harga hanya RM14.50 sekaki persegi sedangkan harga pasaran sekitar RM80 hingga RM100 sekaki persegi.
Dr Yaakob mendesak Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Noh Omar tidak meneruskan penjualan tanah tersebut kerana tapak MAHA patut kekal sebagai pusat pertanian dan terus digunakan sebagai Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Sebagai contoh, kata Yaakob, MAEPS yang akan berlangsung antara 23 November hingga 4 Disember depan atas tanah 200 ekar itu dijangka akan menarik kunjungan sehingga tiga juta orang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu juga berkata, jika ada pihak swasta yang mahukan tempat itu untuk pembangunan universiti atau hospital, kerajaan negeri bersedia menawarkan tanah lain.
"Ekoran dari itu, kerajaan negeri Selangor menolak permohonan yang dibuat oleh pihak MARDI bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian kepada perniagaan.
"Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut", kata Dr Yaakob. -jalanpulang
Wednesday, September 26, 2012
Muslihat Penjualan Tanah MARDI Oleh Noh "Udang" Terbongkar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebelum BN tumbang mana-mana yang dapat dijual mereka jual dulu.
ReplyDeleteBN..gadai kedaulatan negara ( tanah, ic, bisnis, m/wang dll ) kepada warga asing serta swasta. Makin lama BN memerintah, makin trhapus kedaulatan negara. Tak laku sudah isu liwat, isu jet pulak dpermainkan oelh kerajaan haramjadah. Rakyat makin tak nampak BN sedang giat menggadai maruah negara kpd asing. Ia brmula dr Pulau Batu Putih, tanah KTMB d S'Pura membawa kpd pelbagai agensi yahudi masuk dlm pentadbiran penting ( Sasaran Penting ) negara dlm aspek pertahanan menyeluruh (HANRUH). Kini meluaskan pd isu tanah2 dlm negara yg trgadai pd kroni atau swasta atau kaum bukan melayu. Aduhai..malangnya Tanah Melayu.
ReplyDeleteinilah yg dorg panggil "janji ditepati"!!!
ReplyDeleteIsu ni lebih besar dr naik jet, hoiii. Mana TV 3 suku nih ?
ReplyDeleteAku tak mau parcaya ini. Yg jual tanah dSerdang tu mngkin 'MB Kelantan' tu atau 'Lim G Eng' kot.
ReplyDeleteHarap isu penjualan tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia akan disiasat.
ReplyDeleteKita tunggulalah penjelasan daripada pihak yang terlibat dalam isu penjualan tanah Mardi ini.
ReplyDeleteKerajaan Negeri Selangor jangan lupa akan janji kepada Rakyat Selangor.
ReplyDeleteMasalah air, masalah projek Kroni, masalah pencurian pasir dan rasuah masih berlaku di Selangor. Sudah 4 tahun janji PR tapi masih lagi menghantui penduduk.
ReplyDeleteAku yg dok dSelangor ni rasanya takde maslah air sgt pun. Masa kemarau tekanan air rendah memang ada sedikit masalah. Tapi masa BN dulu pun kita tak pertikai jika kemarau,memang air akan trputus kerana catuan. Itu tindkan pihak pejabat Bekalan Air. Jg campur aduk masalah itu dgn kepimpinan MB. Pasir pulak kena sebat oleh YB zaman BN lagi. Contoh di Dengkil / Sepang. Mereka brmaharajlela kaut pasir dan kaya raya. Tapi bila naik PKR,MB baru buat garispanduan baru dan seolah2 menyekat aktiviti curi pasir yg selama ini giat dlakukan oleh YB UMNO. Mereka ingat mereka masih brkuasa dan bila kena sekat, mereka semua akan meroyan. Kerana media milik UMNO, mereka boleh buat cerita kecurian pasir dSelangr tetapi yg curi YB UMNO sebelum nih. hasil kantong kerajaan negeri naik mendadak sekarang kerna apa..kerana hasil pasir tu betul2 masuk ke kewangan negeri. Pasal tu UMNO gila meroyan. Bil air dputrajaya tu, ada air free pun utk erapa meter padu pertama. TABIK SPRNG pada MB Sel.
ReplyDeletenak jawab pd ALBERT WONG ker? Dia tu ndak tau apa2 ituh.
ReplyDeleteINILAH ORANG PEMBANGKANG PR INI, MESTI SEMUA BAIK SAJA ITU KALAU PR YANG BUAT.TAPI KALAU BN BUAT SEMUA SALAH.HAHAHA TIDAK HAIRANLAH SEMUA MAHU DI ANUUU WAR KAN..ITULAH ITU..HAHAHA ANUUU WAR..TERHEBAT SEHINGGAKAN DAPAT MENCUCI FIKIRAN DENGAN HASUTAN YAHUDI..BAHAYA KITA TERPENGARUH DENGAN PENYOKONG YAHUDI INI.
ReplyDeletekajian UMCEDEL dr UM mendapati pengundi BN mengalami kemerosotan ketara dan pengundi cenderung kpd PR meningkat. Ni yg Najib lemah !!
ReplyDeleteTengok muka NOH di atas tu jelas trpancar 'kelembutan' peribadinya. Ndak mencuri tuh. Memang layak jadi 'pemimpin agung'.
ReplyDeleteAda bukti, buat la siasatan. Salah tetap salah. Kena terima hukuman.
ReplyDeletesekiranya terbukti bersalah, tindakan undang2 perlu dilaksanakan.
ReplyDeletePerkara tu harus ada siasatan dari polis
ReplyDeleteBongkar..jangan tak bongkar. Kita mahukan kebenaran.
ReplyDeletebyk masalah di Selangor sejak PR memerintah.
ReplyDeleteAlbert Wong hayya itu tiada air di Ranau sama tiada air di Sook apasal tidak mau menyalak punya. Tidak tahu baca slatkhabal kah?
ReplyDeleteTengok air muka Noh macam Malaikat!
ReplyDeletebyk masalah di Selangor sejak PR memerintah ( Sabah lagi banyak masalah dalam pemerintahan BN. Sabah jadi negeri termiskin di Malaysia, Sabah syurga PATI, Sabah mempunyai rangkaian jalanraya terburuk di Malaysia )
ReplyDeleteba kalau ada sebarang unsur2 penyelewengan, buat saja la laporan sprm..
ReplyDeleteskandal pasir selangor kenapa tidak dihangat2kan oleh pemimpin2 pakatan selangor?
ReplyDelete