Thursday, September 27, 2012

Muhyiddin: Bank Negara Rugi 'cerita lama'

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Rakyat membangkitkan isu lama apabila menimbulkan soal kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam dagangan pertukaran asing dan kenaikan pangkat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai menteri.

"Itu cerita lama, saya tidak mahu ulang. Pembangkang cari modal. Yang penting (kita tumpu) pada belanjawan (yang akan dibentang esok)," katanya dalam satu sidang media hari ini.
muhyiddin visit penang 160612
Muhyiddin ditanya berhubung kenaikan pangkat Nor Mohamed kepada menteri memandangkan bekas pentadbir kanan Bank Negara itu didakwa bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 billion melalui dagangan tukaran asing.

Nor Mohamed sendiri juga enggan mengulas isu berkenaan apabila ditanya pemberita berhubung perkara itu semalam.

Perkara itu ditimbulkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.Parlimen diberitahu, Bank Negara mengalami kerugian kerugian berkenaan pada 1992 akibat kegiatan berkenaan.

Dalam sidang Dewan Rakyat itu, Anwar berkata beliau yang merupakan menteri kewangan pada masa itu mengesahkan dagangan tukaran asing berlaku sehingga menyebabkan kerugian besar dan mahu ia dihentikan serta merta.

Katanya, setelah merujuk beberapa pihak, beliau difahamkan bahawa aktiviti itu dilakukan bawah seksyen forex BNM bawah seliaan Nor Mohamed.
mahathir soros meeting circa dec 15 2006 270912 02Isu berkenaan timbul semula apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menimbulkan isu pembiayaan asing kepada NGO tempatan, didakwa bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Mahathir turut menyerang jutawan George Soros hujung minggu lalu dengan dakwaan, pertubuhan yang diasaskan oleh dermawan itu menyalurkan dana bagi tujuan itu.

Mahathir sebelum ini menggelarkan Soros sebagai seorang tolol dan turut menyalahkan jutawan berkenaan atas krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997.

Namun, Mahathir berbaik semula dengan Soros dan mengadakan sidang media bersama pada 15 Disember 2006.Mahathir turut mengutus surat sepanjang tiga halaman bertarikh 11 Januari 2006 kepada Soros untuk meraih sokongan ke atas projek Forum Keamanan Global yang diusahakannya.

-MK

13 comments:
Write comments
  1. yang Rm3 Billion pun crita lama, asal asyik ulang je.. boleh , yg tu x boleh . cis!

    ReplyDelete
  2. muhyiddin baru sj mengesahkan kebenarannya: UMNGoK ADALAH REJIM PEROMPAK DANA NEGARA/RAKYAT!!!

    ReplyDelete
  3. perompak duit kata kau??!! Kewangan negara di bawah Daim & diteruskan oleh Anwar dlm Forex adalah crita lama!! jika Anwar boleh dimaafkan tarmasuk IC pada PATI di Sabah, maafkan lah Dr M! Dr M sudah ndak jadi PM wp pengarunya amat signifikan pada BN & PR hingga kini..

    AKU ndak rugi apa2 pun! pangkat aku mendadak naik! naik gaji sepanjang tahun. mampu bayar hutang kereta, rumah, tanah adalah! so, 3 billion Petronas yg anwar samun tu macamana? 500 juta untungnya atas angin utk Segari PP kenapa? kes peribadinya mengapa terkunci rapat? Malaysiakini & tajaan yahudi apa pula?

    itu belum banglo mewah anwar (diletakkan nama lain) di segambut dalam! belum lagi MG Rover 3500cc mewahnya! belum lagi citer jet mewahnya (nama pihak lain). sapa yg ikut kamu `cerdik`lah ya? hhaaa.. betullah, cerrdikk sangattt!!!

    ..so, jangan cerdik yg memperbodohkan kami!!

    ReplyDelete
  4. Kerugian RM5.7b tu ndak kira cerita lama atau baru. Ia kerugian wang rakyat dan tak sepatut brlaku malah jika Menteri itu ada moral spt mana para menteri dJepun, suda tentu mereka akan letak jawatan. Kalau wang dr pencacai angkat najis UMNO ndak apa, tapi wang dr rakyat jelata yg dzalimi trmasuk PR. Selepas kamu tumbok mata DS Anwar kamu tuduh Soros taja NGO pulak utk jatuhkan BN. Kamu yg tak pandai main saham kamu kata Soros penyangak matawang. Heeii UMNO, 'jgn kamu baling batu sembunyi tangan'. Sama jugak ceritanya kamu sbg menteri yg kebas duit negara, kamu kata Ds Anwar sapu. Kalau DS Anwar sapu, kenapa tak dakwa beliau semasa dlm kabinet dulu atau sekarang? DAYUS kamu wahai menteri UMNO. Nak siasat SUARAM mana dpt sumber utk jatuhkan kerajaan. Hai OMno, SUARAM bukan nak jatuhkan kerajaan tapi nak siasat rasuah yg brlaku dkalangan menteri kamu tu. Biar tau bezakan antara NAK JATUHkan kerajaan dengan NAK DEDAHkan rasuah. CELAKA BN,CELAKA BN. HIDUP RAKYAT..HIDUP RAKYAT . TAKBIR 3X

    ReplyDelete
  5. SIAPA DAYUS & MEMBENARKAN KEMUNGKARAN NIH?.. MENCERCA PEMIMPIN & MENGHINA PNDPT ORG LAIN? FIKIR2KAN

    ReplyDelete
  6. ada yg dayus & sanggup membetulkan pemimpin mereka. memang sesiapa yg menghina pemimpinnya akan dicerca sesungguhnya. inilah adat berpolitik..tul tak?

    selagi seseorang pemimpin itu berpolitik, dia tetap betul walau dia memiliki mahligai, jet, perempuan mahupun dajal bermata satu...dia akan dipertahan pangikut sehabis daya dan keburukannya di pandang sebelah mata.

    ReplyDelete
  7. Dah lah OMno rompak duit negara,lepas tu mngata pd Soros. Dulu masa muda2 memang aku trtipu dgn permainan BN dah memang marahkan Soros. Bila pernah joint OMno sedikit masa lalu,baru tau itu semua AUTA OMno nak tutop kebangangan mereka. Sampai sekarang pun, 'format' yg sama tetap dgunakan oleh menteri2 kita.
    JOM berubah kpd Parti Islam dr berkawan dgn parti syaitan walau kita kenal syaitan itu. Ingat kawan2, syaitan tu syaitan lah dan kita kena puji Tun Mahathir kerana ikhlas mengaku. Itu baru GENTLEMAN dan bukan lagi dayus.

    ReplyDelete
  8. he.he yiddin cepat lupa ni...isu anuar 3 bilion yang dia kalut baru2 ni pun isu tahun 92/93 juga..tak pula kata isu lama kan....(",).. yang beza isu anuar dengan isu mohamed yakcop cuma anuar dah disiasat dulu dan didapati tak bersalah dan nor yakcop tak pernah disiasat walau nilai duit yang hilang berganda dari anuar...

    ReplyDelete
  9. ishk3... teruknya pemimpin umno ni ye... bila dah takde modal nk jawab, jawapan mudah, cerita lama.... maknanya rasa bersalah dah tuu...baik ko kuar umno cpt Nel Hans Juburi... klu tak nanti, malu nk tunjuk muka lps pru13 nanti... semua tembelang UMNO akan dipaparkan di TV3 berwajah baru....

    ReplyDelete
  10. bangang punya tpm muhyudin. KERUGIAN BANK NEGARA BUKANNYA KEDAI RUNCIT JUAL BELACAN....BANK NEGARALAH WAHAI MUHYUDIN...BONGGOK PUNYA WAKIL RAKTYAT...APA PEMIMPIN UMNO NAK TUTUP MACAM ITU SAJA.....TOLONG KIRA BAGI PENGIKUT UMNO TAHU........

    ReplyDelete
  11. Aduhai TPM ku ini..kena time ni isu lama pulak ye..kalau yg PR xkira lah..baru ke lama akan dicerita dan berkokok di media sepanjang masa..

    ReplyDelete
  12. UMNO tu kerjanya kelirukan rakyat je. Kadang2 jika trfikir ada yg kata DAYUS pd BN/UMNO tu tepat jugak.

    ReplyDelete
  13. Jgn kita suu dzon ( sangka jahat) dgn Muhyiddin. Dia curi duit negara takpe dia menteri. Sama2 kita tuduh DS Anuwar la.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.