Sunday, September 23, 2012

40 ribu Siswazah Masih menganggur?

Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun selepas enam bulan tamat pengajian.
"Setiap tahun, kita buat kajian ini dan tahun lalu, menunjukkan peratusan graduan yang masih belum bekerja ialah 21 peratus terdiri daripada IPTA dan 27 peratus IPTS. Manakala, 28 peratus daripada Politeknik dan 35 peratus Kolej Komuniti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (My3L) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau terdapat segelintir siswazah ditawarkan pekerjaan secara sambilan memandangkan belum terdapat kekosongan jawatan tetap yang sesuai dengan kelulusan mereka.

Sehubungan itu, Omar berkata KPT mengambil beberapa inisiatif menyelesaikan permasalahan itu, antaranya giat bekerjasama dengan industri pekerjaan di negara ini bagi memudahkan siswazah mendapat akses peluang pekerjaan.

Namun menurut Omar, antara faktor penyumbang kepada siswazah tidak mendapatkan pekerjaan ialah kerana mereka ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, kelulusan siswazah tidak mengikut kehendak industri serta industri tidak memberi peluang kepada mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Omar berkata tahun ini kerajaan melalui 15 kementerian menyediakan 2,612 kursus di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Bagi memudahkan orang awam memperoleh maklumat berhubung program itu, satu Direktori PSH peringkat nasional sesi 2012/2013 dibangunkan dan bakal dilancarkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, katanya.

Karnival My3L bertemakan 'Belajarlah Tanpa Henti' itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan menyediakan 100 ruang pameran dengan disertai 15 kementerian dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. (Bernama)

29 comments:
Write comments
  1. Apa, 40 000 siswazah menganggur ? Brtambah lagi penganggur dM'sia dan brtambah juga lagi mereka2 yg dsenaraihitam oleh CTOS angkara PTPTN dgn izin kerajaan haramjadah. Mana Pemuda Umno nak tolong siswazah trbabit yer ? Khairyyy...yg ni kau patut tolong. Terima kasih PTPTN !!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous September 23, 2012 1:28 PM,

    dari mana kamu dengar kalau kena blacklist CTOS disebabkan oleh penangguhan bayaran PTPTN oleh peminjam?

    kalau tangguh bayaran kena blacklist imigresen saja la...

    ReplyDelete
  3. Menaganggur tidak akan menyelesai kan masalah yang timbul.

    ReplyDelete
  4. Cuba la jadi lebih proaktif dan bukannya menjadi seorang yang tidak menyumbangkan apa.

    ReplyDelete
  5. Tanamlah sifat rajin dalam diri kita.

    ReplyDelete
  6. kalau semuanya mahu pok jawatan government, alamat sampai tua la menganggur..

    ReplyDelete
  7. cari kerja ni pun sama juga macam bersaing berniaga.. tidak ada yang sudah tersedia.. semua kena bersaing juga..

    ReplyDelete
  8. Sial PTPTN boleh tanguh bayaran 2 tahun kalau belum kerja tapi faedah pentakbiran 3%-4% terus jalan,apa ini bukan tolong tapi along kerajaan BN.Tukar ini kerajaan ke PR baru belajar free.INI KALI LAH JATUH KAU BN(BARANG NAIK)/UMNO.

    ReplyDelete
  9. Hidup PTPTN !! Hidup UBN !! Mampus rakyat !!

    ReplyDelete
  10. Masalah Mahasiswa menganggur perlulah ditangani. Semakin meningkat. Cari punca perkara ini berlaku?

    ReplyDelete
  11. Semoga kerajaan akan mencari cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah sebegini.

    ReplyDelete
  12. Masa beredar, persaingan kerja pun semakin sengit. Siswazah kena hadapi cabaran ini dengan meningkatkan kemahiran mereka.

    ReplyDelete
  13. Kerja saja apa yang boleh dan pelan2 cari kerja yang stabil.

    ReplyDelete
  14. Kerajaan Syaitan itu orang vietnam,bangla,burma dan PATI mereka bagi tolong kerja di Malaysia tapi orang Malaysia sendiri di anak tirikan macam pelajar pendidikan tidak di iktiraf oleh kerajaan so macam mana orang nak bayar kalu tarak kerja,ini lah menteri pelajaran paling tolol dalam sejarah Malaysia.Sial ini Syaitan/UMGok/BN.

    ReplyDelete
  15. peluang pekerjaan pada masa kini amat terhad, tidak dpt menampung jmlah graduan yang terlalu ramai.

    ReplyDelete
  16. bai para mahasiswa ceburi bidang keusahawanan.

    ReplyDelete
  17. Anonymous said...
    September 25, 2012 5:50 PM

    orang vietnam, bangla, burma dan PATI susah2 datang dari jauh cari kerja di malaysia.. boleh juga survive.. itu tandanya banyak peluang pekerjaan di malaysia.. orang tempatan, kalau asyik tunggu bantuan, tukar kerajaan 1 juta kali pun hasilnya tetap sama..

    ReplyDelete
  18. saya lepas graduate tidak ada masalah cari kerja bro.. tidak ada guna orang dalam dan tidak perlu tunggu bantuan..

    ReplyDelete
  19. mau cari makan, mesti ada persaingan.. kalau tidak mahu persaingan, pigi tinggal dipulau yang tidak ada orang la..

    ReplyDelete
  20. kalau saya majikan pun saya tidak akan ambil fresh graduate yang tidak ada pengalaman tapi minta gaji sampai ribu2..

    ReplyDelete
  21. Saya yg lepasan ijazah luar negara pun masih menganggur. Dah 4 bulan. Harapan nk sumbangkan tenaga kepads negara, tapi ini jadinya. Baik keja kt luar negara je.

    ReplyDelete
  22. Disebabkan terlalu memilih pekerjaan, mereka tidak mahu dan malu untuk melakukan pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka. Kebanyakan mahasiswa lebih rela menganggur daripada melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka.

    ReplyDelete
  23. Faktor lain termasuklah berlakunya lambakan siswazah dalam sesuatu bidang seperti teknologi maklumat, sains sosial, pengurusan perniagaan dan ia tidak dapat memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

    ReplyDelete
  24. Bilangan siswazah juga semakin meningkat disebabkan kewujudan universiti awam dan swasta yang banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini mengehadkan peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
  25. Ada juga yang tidak berkeupayaan untuk menguasai kemahiran yang diperlukan, tidak dapat menguasai banyak bahasa, khususnya bahasa antarabangsa, tidak bersikap proaktif, dinamik, atau pragmatik .

    ReplyDelete
  26. Pihak kerajaan perlulah mencari inisiatif bagi mengatasi masalah penagguran ini untuk mengelakkan pembaziran sumber manusia dan ilmu yang dimiliki. Ia perlu ditangani segera untuk menjana perkembangan ekonomi negara

    ReplyDelete
  27. Sabah recorded an unemployment rate of 5.2 per cent, with around 85,200 unemployed citizens in Sabah last year.Youth and Sports Minister Datuk Peter Pang En Yin said the percentage of unemployment was relatively low and had not increased despite an increase in population.

    ReplyDelete
  28. The percentage was higher than the national level at three per cent, Pang said, but comparable to Australia which was regarded as a fairly resilient economy, and half of France at about 10.2 per cent.As a comparison, unemployment rate in the United States and the United Kingdom stood at 8.1 per cent while Spain and Greece at 25.1 per cent and 24.2 per cent respectively.

    ReplyDelete
  29. Peluang pekerjaan di Zouk Academy sebagai pelatih juru urut professional (therapist). jaminan pendapatan sebanyak RM 2,500 berserta sijil kemahiran yang di iktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Latihan akan di beri dan asrama disediakan secara percuma. bekerja di spa/pusat penjagaan kesihatan yang terkemuka dan bertaraf tinggi.berminat sila hubungi Shakilla di talian 017-3401239.Pengambilan sepanjang tahun 2013.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.