Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi.
Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.
Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang.
Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu.
LAPORAN LANGSUNG
10.15am: Wakil dari pelbagai NGO diberi peluang untuk berucap, seorang demi seorang.
Para jurugambar mengadu tidak cukup masa untuk merakam gambar.
10am: Himpunan Hijau Lestari Pengerang dimulakan dengan bacaan doa.
Sementara itu, seorang wartawan Citizen Journalist Malaysiakini mendakwa keretanya disimbah asid pagi ini.
"Saya tidak tahu mengapa saya jadi sasaran," katanya.
Beliau berada di Pengerang sejak jam 3 pagi semalam bersama beberapa orang untuk merakam satu video mengenai serangan sama ke atas kereta Lim Hwee Seng - seorang bekas guru dan penduduk lama kawasan itu.
Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman Lim yang terletak kira-kira lima minit perjalanan daripada lokasi perhimpunan.
9.55am: Seramai kira-kira 1,500 orang mula berarak dari Tokong Bao An ke lokasi perhimpunan yang terletak sejauh kira-kira 1km.
Mereka melaungkan slogan "Hidup rakyat", "Tolak Rapid", "Tolak BN" ketika beregerak ke arah Dataran Sungai Rengot di Pengerang.
Kebanyakan daripadanya merupakan penyokong pembangkang dari seluruh negara. Seramai kira-kira 40 anggota unit amal PAS membantu mengawal trafik dan keselamatan.
9.30am: Peserta di Tokong Bao An meningkat kepada kira-kira 500 orang.
Kumpulan peserta itu membawa kain rentang dengan slogan bantahan ke atas projek penapisan minnyak dan ramai yang mengambil peluang untuk merakam gambar.
Salah satu kumpulan dari Pagoh melaungkan "Turun Muhyiddin" dalam bahasa Cina - yang merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Salah satu kumpulan lagi dari Segamat melaungkan: "Kami sokonga Pengerang".
9.05am: Penganjur meminta peserta berusia bawah 15 tahun meninggalkan lokasi sebelum perhimpunan bermula jam 10 pagi, selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pengumuman melalui sistem siar raya itu juga meminta individu yang bertopeng supaya menanggalkannya.
8.45am: Jumlah peserta di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada kira-kira 300 – kebanyakan daripada mereka berteduh di bawah rimbunan pokok atau di bawah bumbung kedai.
7.50am: Lebih 120 orang diketuai CEO Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor Tang Ah Chai tiba dengan tiga bas dan menyertai kumpulan Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman yang menaiki satu bas lain.
Pengerusi Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman Wong Him Hoong memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan menahan sebuah bas daripada memasuki lebuhraya dalam perjalanan ke Pengerang.
"Ini memaksa kami menggunakan jalan lama ke Pengerang," kata Wong.
Menurut ketua pergerakan pemumuda sosialis DAP Tan Hong Pin, polis membuat sekatan di plaza tol Ulu Tiram di Lebuhraya Desaru.
-MK
Sunday, September 30, 2012
Penduduk, NGO berhimpun bantah Rapid di Pengerang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mana PERKASA ?
ReplyDeleteRAPID tu projek kroni BN. Mana PERKASA berani masuk,bebb!
ReplyDeleteHarap mereka akan mendapat pembelaan
ReplyDeletePembangkang menjadi dalang kepada perhimpunan tu
ReplyDeleteDiharapkan projek Rapid di Pengerang ini akan dipertimbangkan semula oleh kerajaan kita.
ReplyDeleteSemoga suara hati rakyat akan mendapat perhatian daripada pihak berkuasa.
ReplyDeleteKali ini tiada laopran negatif.
ReplyDeletePertimbangkang rasa kebimbangan rakyat ini
ReplyDeletePembangunan dan penjagaan alam sekitar patut seiring dan sejalan.
ReplyDeleteStatus projek petrokimia dan projek lynas yang masing2 sering dibantah oleh rakyat melalui perhimpunan/demostrasi patut diberi penjelasan oleh pihak yang pakar.
ReplyDeleteSetiap projek perlulah memastikan masalah alamsekitar tidak akan terjejas. Kajian perlu dibuat sebaiknya mengenai perkara ini.
ReplyDeleteApa sebab perkara ini dibantah perlu diketahui juga. Elakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Jadi sebaiknya buat perbincangan yang baik dengan pihak NGO tersebut.
ReplyDeletedengarnya warga singapore yg kepingin singapore masuk & `menjajah` malaysia pun turut berkempen bagi PR..maklumla, mereka cerdik2, dah berkemampuan. *singapore negara bagi orang hidup aje. takde tanah kuburr! itu yg mereka berusaha menentang krj malasyia skrg! huhu
ReplyDelete`orang cerdik`, biarkan...biarkan `siluncai yg perasan cerdikk ni` terjun dgn labu2nya
Singaporean tu dah lama takluk Johor. Takyah nak bodek PKR pun. Zaman aku kat JOHOR tahun 1990an tu mereka dah takluk pun.
ReplyDeleteBerapa punya bahalol si ANONYMOUS Okt 2: 1.34 PM
pembangkang suka anjurkan perhimpunan ... isk2..
ReplyDeletePetronas Chemicals Bhd (PChem) and Petronas Gas (PetGas) will only realise the benefits of the tax measures for the oil and gas (O&G) industry under Budget 2103 when the Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) project takes off, said TA Securities Holdings Bhd.
ReplyDeleteThere is a minimal impact to earnings over the short to medium term.
The Budget introduced 100 per cent investment tax allowance for 10 years for investments related to refinery activities on petroleum products, as well as 100 per cent income tax exemption on statutory income for the first three years of operations for LNG trading companies.
The first measure will benefit both PChem and PetGas given their intensive capex requirements for capacity expansion in Petronas' 2,000ha RM20 billion RAPID project in Pengerang, Johor, said TA Securities, adding both companies are also direct beneficiaries of the second measure.
It said as RAPID is targeted for completion by end-2015, the introduced tax allowances will only impact their bottom line from financial year 2016 onwards.
It is beyond our earnings forecast horizon,adding it is maintaining its overweight call on the sector with Perisai as its top buy recommendation with a target price of RM1.28.
nak harapkan YB UMNO buat bantahan..sorry to say lah. Wakil rakyat tu merekalah tapi yg jadi 'wakil rakyat' utk mengenengahkan masalah rakyat bukan mereka. Itu yg ada pd kriteria wakil rakyat UMNO/BN. Tambahan pulak, YB UMNO brtaraf BAPOK pun adaa..cittt,buat malu rakyat Pengerang jerrr.
ReplyDeleteTrbaru,BN trpaksa guna penduduk dr luar kawasan utk hadir bramai2 (katanya 500 org) utk brhimpun tanda sokongan projek RAPID Pengerang tuh. Ish 3x. Penduduk kg trbabit dah tolak,nak jugak tunjuk sokongan trpaksa angkut org luar kawasan utk brhimpun tanda sokongan.
ReplyDeleteCubaan menggulingkan pemimpin negara asing atau masuk campur dalam pilihan raya adalah tindakan biasa dilakukan kerajaan Amerika menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) selama berdekad-dekad di seluruh dunia.
ReplyDeletetidak mustahil NGO pro Pakatan yang menganjurkan demonstrasi ini telah disuap dengan dana asing supaya mengikut telunjuk kuasa asing..
ReplyDeleteRakyat Malaysia perlu bangkit menyelamatkan negara ini dari cubaan pihak yang mengidam jawatan PM dari terus bersekongkol dengan kuasa asing.. apa gunanya tukar kerajaan jika selepas ini Malaysia akan dikuasai oleh kuasa asing?
ReplyDelete