Perhimpunan Tahunan Agung Umno akan berlangsung pada 27 November hingga 1 Disember, kata presiden parti Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga perdana menteri bagaimanapun berkata, ia boleh ditangguhkan sekiranya pilihan raya diadakan.
Najib mesti memanggil pilihan raya sebelum April tahun depan.
Katanya, terpulanglah kepada rakyat untuk membuat spekulasi bila pilihan raya akan diadakan, ekoran pengumuman itu hari ini.
Bercakap selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini, beliau berkata, terserahlah kepada mereka untuk membuat tafsiran masing-masing.
Umno sebelum ini pernah menangguhkan pemilihan parti itu sehingga selepas pilihan raya umum.
Majlis Tertinggi menetapkan perhimpunan agung Umno 2012 akan berlangsung pada 27 November hingga 1 Disember depan.
Ia akan bermula dengan majlis taklimat presiden pada 27 November, diikuti dengan majlis perasmian serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada sebelah malamnya.
Perhimpunan agung ketiga-tiga sayap Umno itu akan berlangsung pada keesokan harinya. Manakala perhimpunan agung Umno akan berlangsung pada 29, 30 November hingga 1 Disember.
'Saya tak tulis surat'
Sementara itu, berhubung pilihan raya kampus, perdana menteri menafikan beliau telah mengeluarkan surat kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Zaleha Kamaruddin (kiri) berhubung pelantikan Prof Madya Mirzan Hitam.
Surat tersebut yang menunjukkan kepada media, memaparkan logo Umno sebagai kepala surat.
Surat itu antara lain menyebut pelantikan Mirzan akan membawa kemenangan kepada pro-Aspirasi untuk meningkatkan kedudukan bangsa dan negara selaras dengan perlembagaan Umno.
Pro-Aspirasi adalah gabungan pro-establishment dalam politik kampus. Pilihan raya kampus sedang berlangsung hari ini dan 25 September depan.
Najib berkata, beliau tidak pernah mengeluar surat parti atas pelantikan mana-mana anggota dalam universiti.
"Perkara ini boleh disahkan oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi.
"Ini contoh bagaimana mereka tertekan dan sanggup buat apa sahaja, termasuk menyebarkan kepalsuan dan fitnah untuk menghasut pelajar benci atau marah kepada kerajaan," kata perdana menteri.
Minggu lalu, kumpulan pelajar berarak di pusat bandar Kuala Lumpur untuk menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan adil.
-MK
Bahang PRu13 semakin terasa. Tsunami politik mungkin berlaku.
ReplyDeleteBersedialah untuk menghadapi pilihanraya yang tidak lama lagi.
ReplyDeletepatutlah ramai pelajar yang tertarik dengan politik, di kampus pun berpolitik juga rupanya.
ReplyDeleteSemakin hampir terasa PRu13 ini di Negara kita.
ReplyDeleteSemoga BN akan dapat terus memberikan yang terbaik kepada rakyat.
ReplyDeleteSemuga BN terus mmberi yg trbaik utk rakyat. Takkan tak tau lagi apa yg BN dah hidangkan utk rakyat jelata skrang. Hrga barang selalu naik, petrol walau kita lebih murah drThailand tapi selalu juga naik. Biasiswa pelajar tu kan dah kena hapus dn ganti dgn pinjaman, pinjaman tu kalu tk mampu bayar, muflis walau RM10,000. Tajuddin Ramli tu, write-off shj RM586 juta. duit kerajaan juga tu. Tol dL/Raya,selalu naik hanya selah kena gasak dek PR baru BN trsedar tapi bukan nak hapuskan pun tol, cuma trsedar jer. bayar tol pulak, terus jamp dn sangkut djln raya pd hari2 trtentu. Gula CSR masa dgn TS Robert Kuok dulu, 3 tahun sekali baru naik hrga. Tapi dpt kpd TS Mokhtar , harga gula tu 3 kali sethun naik hrga. Itu baru 10 % senarai perkhidmatan 'trbaik' yg BN hidang kpd rakyat, belum 100% lagi.
ReplyDeletePRU makin hampir, semua kena bersedia.
ReplyDeletepersediaan harus ada untuk menang.
ReplyDeletePilihanraya harus tidak ada penyelewengan.
ReplyDeleteharap semua benda berjalan dengan lancar.
ReplyDeletejgn bimbang,bn tatap manang punya.
ReplyDeleteAGM terakhir sbg pemerintah...
ReplyDeleteingat Anwar wajib bersara dari politik sekiranya gagal merampas kerajaan..
ReplyDelete