Saturday, September 29, 2012

Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2013

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini.

“Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan.

“Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, jelas Anwar, belanjawan kali ini tidak meletakkan keutamaan kepada rakyat terbanyak melainkan insentif kepada kroni dan golongan atasan.

“Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas). Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh.

“Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan),” tegasnya.

Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku.

Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan.

“Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat.

“Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran,” tegas Anwar. -KD

29 comments:
Write comments
  1. Najib mana berani berdabat dia bukan ada tontolow!

    ReplyDelete
  2. PM terus lari,bah. Dia ndak merani sama Anwar. Masa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu dan declare budget dParlimen, dia dengar dulu apa yg Ketua Pembangkang iaitu YB Lim K Siang cakap mengenai bajet yg beliau akan istiharkan atau dah istihar. Pedih telinga ke apa ke,tahan jelah. Nak jadi menteri, biasa la. Itu apa yg DS Anwar parktikkan sebagai Menteri yg brtanggungjawab.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  3. Anwar saja mahu cari publisiti melalui bajet 2013

    ReplyDelete
  4. PM bukan sentiasa ada free time macam si Anwar tu. Banyak lagi program2 kerajaan yang dilaksanakan.

    ReplyDelete
  5. Anwar Ibrahim ingat Pakatan punya Bajet 2013 lebih baik daripada kerajaan punya.

    ReplyDelete
  6. Bajet 2013 yang diumumkan oleh PM kita adalah untuk memanfaatkan rakyat.

    ReplyDelete
  7. Bajet 2013 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak petang tadi disambut pemimpin kerajaan dan BN.

    ReplyDelete
  8. Kebanyakan pemimpin memberi reaksi yang positif, bukan macam pemimpin PR yang pandai kritik sahaja.

    ReplyDelete
  9. Pakar ekonomi sudah berkata bajet 2013 itu tidak boleh guna, hanya cantik pada permukaan tapi bermasalah di dalam.

    ReplyDelete
  10. Debat ini tidak akan berlaku. Tunggu saja PRu13

    ReplyDelete
  11. Takkan kerajaan nak buat bajet yang merugikan negara??

    ReplyDelete
  12. Kerajaan sanggup buat apa saja sekarang ini demi survival politik mereka termasuk menjual negara dengan memberi IC kepada PATI!

    ReplyDelete
  13. PM bukan sentiasa ada free time macam si Anwar tu. Banyak lagi program2 kerajaan yang dilaksanakan
    ( Untuk layan facebook dan twitter banyak masa pula)

    ReplyDelete
  14. alahai sedihnya penyokong BN.orang nak Bahas bajet 2013 kemuka kekurangan dan menampah baiki kekurangan.tapi ayat penyokong umno buang masa.kalau kata bodoh marah ini hal rakyat perlu tahu permasalahan utama ekonomi negara.kalau setakat dibentang dan tak dibahas umpama bajet syok sendiri.hutang negara dah separuh kdnk keluaran dalam negara kasar.patutla penyokong umno dan bn bodoh ekonomi.elok penyokong umno je bayar hutang negara biar sampai muflis baru tahu langit dengan bumi.

    ReplyDelete
  15. Sedarlah wahai rakyat 1Malaysia! Inikah wakil2 rakyat yang anda akan pilih kelak? Punyalah bacul! Bila Pi Em Sapu Malaysia bentang Budget semua ada! Tapi bila Ketua Pembangkang ajak berdebat tentang Budget korang, mana korang menghilang? takkan menyorok kat dapur rumah masing2 kot?

    ReplyDelete
  16. nampak sgt pembentangan budjet billion2 tu hanya sekadar angka jer @ gimik politik.... tanpa penjelasan fakta peruntukan & sumber kewangan ekonomi sebenar negara s yg perlu di bahas diparlimen supaya rakyat tdk dibohongi dlm pembentangan budget itu

    ReplyDelete
  17. Nak debat tak berani nanti dia kata dia DEMAM .. nak berbahas di Parlimen dengan Ketua Pembangkang dia TAK DATANG .. PM Najib ni jenis manusia apa ni .. cakap dalam tv bukan main berdegar2.. tapi hakikatnya dia adalah manusia paling BACUL ... Najib bacul Najib Bacul .. Najib bukan anak jantan..

    ReplyDelete
  18. PENYOKONG UMNO/BN HANYA BUAT MALU SJ. SY SGT MALU JK SAYA DN KELUARGA MASIH MNJD PENYOKONG KUAT UMNO/BN kerana Datuk Najib tak layak jd PM kerana TAKUT BERDEBAT BELANJAWAN 2013 DG DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG.

    ReplyDelete
  19. Kita lihat saja nanti apa yang Anwar cuba lakukan. Memang beginilah bila takut kalah.

    ReplyDelete
  20. Hahahaaa Hanya kerana Debat mahu dimalukan. Apa yang penting sangat berdebat ini berbanding dengan kepentingan rakyat? Banyak lagi perkara yang perlu diurus sebagai seorang Perdana Menteri. Bukan macam Anwar yang banyak masa terbuang dengan menabur janji kosong.

    ReplyDelete
  21. buang masa saja Najib nak layan Anwar.

    ReplyDelete
  22. byk lagi hal perlu diutamakan dari layan Anwar.

    ReplyDelete
  23. Pakatan Rakyat, the opposition political coalition in Malaysia, is deceiving the people with its version of the 2013 opposition, Malaysian Chinese Association (MCA) president Dr Chua Soi Lek.

    He said the Opposition budget only spelt out the expenditure without explaining how they would boost national income.

    I share Dr. Chua's sentiment. The way I see it, the Pakatan Budget should only be seen as a populist policy to get votes. They talk about giving but they never spell out their sources of revenue or how to quantify the amount.

    ReplyDelete
  24. On the Opposition's plan to build 10,000 affordable houses, Dr Chua said that when they won Selangor and Penang in the 2008 general election, they did not build low-cost houses from that year until early last year.

    The Pakatan has also failed to provide particulars on how it will keep the country's economic growth which it has estimated at 5.2 per cent.

    I think they (Pakatan) are only beginning to build them now because of the looming general election. Their main idea is to curry favour workers and civil servants without understanding the implications on the costs of production.It will drive the small traders and small and medium industry players to bankruptcy and cause inflation.

    ReplyDelete
  25. Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan hari ini secara terbuka mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai isu moral Ketua Pembangkang itu.

    Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana beliau tidak sabar untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman yang difailkan oleh Anwar terhadapnya dalam isu berkenaan sehingga kini masih belum bermula.

    ReplyDelete
  26. dalam debat tersebut, beliau bersedia mendedahkan identiti sebenar Anwar dan perlakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepanjang 30 tahun persahabatan rapat mereka sebelum meninggalkan PKR.

    Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau.

    ReplyDelete
  27. Anwar ni kalau berdebat berkenaan dengan isu2 yang dia yakin boleh menang dan untuk menaikkan populariti beliau, confirm dia akan sahut.. tapi kalau debat yang mendedahkan dosa-dosa beliau, mulalah dia cari alasan..

    ReplyDelete
  28. siapa Anwar yang mahu berdebat dengan Najib?? belanjawan Najib lebih baik kerana intipati belanjawan itu berdasarkan pandangan rakyat, bukan macam belanjawan pakatan yang berdasarkan imaginasi Anwar Ibrahim..

    ReplyDelete
  29. bukankah lebih baik jika Anwar jelaskan secara terperinci di media tentang bagaimana dia boleh melaksanakan semua janji2 luar biasa beliau ketika sumber kewangan negara dia sekat.. sedangkan janji air percuma pun gagal dilaksanakan inikan pula janji mega seperti pendidikan percuma.. tapi yang peliknya, mampu pula naik jet eksekutif..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.