Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub mengetuai demonstrasi 'Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW' anjuran Pemuda PAS selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, sebelum kira-kira 5,000 orang berarak ke kedutaan AS dekat situ.
Sementara itu, protes anjuran Umno pula diketuai oleh Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin yang berlangsung di Masjid Kampung Baru disertai kira-kira 3,000 orang.
Kedua-dua protes tersebut turut disokong oleh pertubuhan Islam dan pelbagai NGO.
Dalam perhimpunan anjuran Pemuda PAS, peserta berarak ke kedutaan Amerika Syarikat dengan melaungkan "Hidup Islam", "Hancur Israel", dan "Hancur Amerika", bertakbir dan berselawat berulang-ulang kali.
Beberapa peserta juga bertindak membakar kain rentang memaparkan bendera Amerika dan logo Bintang David yang menjadi lambang negara Israel sebelum dipadamkan Unit Amal yang berkawal.
Mereka turut merentang pelbagai kain pemidang dan mengangkat poster yang mengutuk filem itu serta memuji baginda SAW.
'Obama perlu bertanggungjawab'
Turut bersama beberapa pimpinan pembangkang dan NGO seperti Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar serta Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia Mohd Azmi Hamid.
Dalam ucapannya, Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mendesak Presiden AS Barrack Obama bertanggungjawab atas penerbitan dan penyiaran filem itu dan mendesaknya memohon maaf.
"Barrack Obama perlu bertanggungjawab minta maaf seluruh dunia.... Kami akan pertahan Nabi Muhammad SAW dengan apa cara sekalipun," katanya.
Sementara Tian pula berkata kehadiran beliau bersama dengan umat Islam bertujuan menyatakan pendirian jelas tidak membenarkan sesiapa pun menghina agama lain, termasuk Islam.
Delegasi enam orang diketuai Salahudin kemudiannya menyerahkan memorandum Pemuda PAS kepada kedutaan AS kira-kira jam 3 petang, yang antara lain mendesak negara itu bertegas terhadap Nakoula Basseley yang dipercayai penerbitnya.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam sidang media menyatakan kekesalannya terhadap kedutaan apabila hanya menghantar ketua keselamatan menerima menerima memorandum mereka.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata pihaknya berpuas hati dengan perhimpunan hari ini yang berjalan baik, mengikut peraturan dan tiada insiden tidak diingini.
Pemuda Umno ambil kesempatan kritik DAP
Bagaimanapun,dalam perhimpunan anjuran Pemuda Umno, ketuanya Khairy mengambil pendekatan berbeza apabila turut mengambil peluang mengkritik pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham yang didakwa mempertikai bantahan umat Islam dalam isu itu.
Khairy yang juga Ketua Pemuda BN malahmenggesa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana mendakwa DAP tidak menunjukkan perpaduan dalam membantah filem Innocence of Islam itu.
"Bagaimanapun, (MP Beruas Datuk) Ngeh Koo Ham berkata ini (protes) buang masa," katanya.
Berbeza dengan Pakatan, kata Khairy, perhimpunan mereka turut disertai pelbagai kaum dari MCA dan MIC yang menyatakan kebersamaan dalam bantahan itu.
"Kami akan lakukan perkara yang sama jika ini berlaku kepada agama lain," katanya.
Ngeh semalam memohon maaf atas kenyataannya di Twitter sebelum ini. -MK
Umat Islam brhimpun demo kpd film hina Nabi SAW tapi UMNO Perak pulak kontra dgn situasi semasa dn brpuloh2 laporan polis dibuat trhadap DAP. Lari tajuk kala dah nama UMNO. Silap2 bole mmercepatkan lagi kelingkpan UMNO dmata rakyat Malaysia. Bodoh masih belum habis dlm otak mereka.
ReplyDeletePengakuan pelakon video ini. 'IA sebenarnya bukan untuk video menghina....' bacalah selanjutnya. Identiti si Bacile yang dikatakan bukan orang US tetapi 'Egyptian and frequently spoke Arabic'
ReplyDeletehttp://www.csmonitor.com/World/Backchannels/2012/0912/There-may-be-no-anti-Islamic-movie-at-all
Semangat macam ni pun patut disalurkan untuk menegur umat Islam yang terang-terangan melakukan kesalahan di khalayak ramai.
ReplyDeleteNasib juga tak ada anasir2 jahat untuk gagalkan perarakan ini. Sebagai seorang Kristian, saya bantah video ini & sokong gerakan2 menentang mana2 pihak yang cuba hina agama islam.
ReplyDeleteBodoh punya Khairy. Apsal hang dok serang DAP pulak. aku tau le DAP tu dlm PR tapi jgn cipta isu utk serang PR. Elok2 rakyat nak rasa kagum dgn Pemuda UMNO, hang buat lagu..terus jatuh hang punya darjat. elok le kalau PM drop hang punya nama dlm PRU ke 13 nanti. Merugikn UMNO.
ReplyDeleteDulu kita hanya boleh lihat demonstrasi, tindakan membakar bendera dan seumpama ini di luar negara tapi sekarang dalam negara sendiri pun kita boleh lihat sudah.
ReplyDeletehentikanlah sentimen2 perkauman dan agama.
ReplyDeleteTidak perlu berarak, cukuplah sekadar memberi kenyataan di akhbar.
ReplyDeleteisu ini tidak akan selesai selagi tidak ada rasa hormat terhadap agama lain.
ReplyDeleteisu ini harus diselesaikan dengan terima seadanya agama orang lain.
ReplyDeleteknp demonstrasi BERSIH diharamkan??? pembodohan berterusan tajaan UMNgOk!!!
ReplyDeleteYg sebenar filem menghina Rasul, hina Islam serta hina ulama' suda banyak dsiar dRTM, TV 3 pun selama ni. Kita yg ndak peka. Cuba kita imbau kembali cerita2 melayu dRTM, dmana saya selalu trlihat jika pelakon itu sebagai ustaz di kampung, jln cerianya adalah menunjukan ustaz trsebut pemcahbelah msyarakat, org lain semua ndak betul kecuali si ustaz tu shj. Terkadang tu siap dgn fatwa lagi si ustaz yg dlakon kan tu. Ye lah spt ulama' PAS yg selalu membaca firman dan hadis. Mods Operandinya menggambarkan ustaz hanya pemecahbelah masyarakat dan menunjukkan kpd masarakat sekitar itu la taraf ustaz. Ada satu cerita dgambarkan ustaz tu membuang sampah dr kereta dan merata2 ibarat ustaz tu tak suka hukum dunia (hanya hukum Tuhan shj). Itu peranan yg dmainkan oleh UMNO / BN melalui RTM yg dkatakan milik UMNO walau pun RTM tu milik rakyat sebenarnya. Ada umat Islam bangkit memberontak trhadap penyiaran RTM tu?
ReplyDelete**yassir arafat
Nampaknya tentangan begitu besar mengenai isu video Penghinaan Nabi Islam ini.
ReplyDeletejangan biarkan pihak yang menghina Islam ini terlepas.
ReplyDeletefilem ini mmg mendpat tentangan ramai pihak. tak patut ia menghina kesucian Agama Islam.
ReplyDeletePAS dan UMNO bersepakat dalam hal ini, kan bgs jika mereka bersepakat dalam semua hal.
ReplyDeletekenapa pula berarak dan berhimpun di kuala lumpur? kenapa tidak berhimpun di AS saja?
ReplyDelete