Pemuda Umno mengkritik keengganan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
untuk menegur tindakan pemimpin DAP Perak Ngeh Ko Ham yang didakwa
mempersoal bantahan umat Islam terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, tindakan itu memberi "gambaran jelas" bahawa ia merupakan sentimen dan pendirian DAP.
"Kalau
sekiranya setiausaha agung DAP, kalau dia bos (yang) bertanggungjawab,
dia akan mengeluarkan kenyataan tanpa bersyarat bahawa apa yang
dikeluarkan oleh Ngeh itu dapat diterima.
"Tetapi semalam, saya
nampak kenyataan Lim Guan Eng bersyarat, (beliau kata), saya akan
mengeluarkan kenyataan mengenai Ngeh Ko Ham, sekiranya, media arus
perdana mengeluarkan kenyataan asal saya mengenai Innocence of Muslim.
"Bagi saya, apa jenis kenyataan itu sekiranya kamu ambil berat tentang
sensitiviti umat Islam. Sekadar mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan
Ngeh salah. Dan disassociate parti dengan kenyataan Ngeh. Tapi dengan itu, dia masih lagi nak main politik," katanya.
Bercakap
dalam sidang media pagi ini, Khairy berkata Pemuda Umno "tidak terlalu
bodoh" untuk memahami maksud tersirat Ngeh bahawa umat Islam membazirkan
masa melalui perhimpunan mengutuk filem itu.
-MK
Thursday, September 20, 2012
Ngeh Ko Ham Terus Dikecam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bangsat punya Pemuda UMNo. Isu sekarang tu filem INNONCENCE OF MUSLIM Bbah. knapa kamu kaitkan pulak dgn LIM G ENG ka atau siapa. Kita tantang itu yahudi dunia yg kasi nama Islam tarhina, bah. nak naikkan nama kamurang ke wahai yahudi UMNo@Khairy tu. Ini standar yg Pemuda UMNO mampu kah. patut la Sabah targadai pada warga asing kamurang ndak tau apa masalah sebenarnya, bah. malu aku
ReplyDeleteapa pendirian nik aziz mahligai, anwar jet + jaguar mewah (bukan diletakkan nama dia, ye?) , azmin hedonisme, lim rasis, karpal over my dead body & teresa kok yahudi ye? rasanya amat samaa! *ronnie tokey arak..ooo ronnie rumah urut, jawabla
ReplyDelete***ini cabaran PRU nih!! hehehe
Ngeh mempersoalka keihlasan UMNO berdemo sebab UMNO sendiri menuduh DEMO akan menyebabkan kerosakan harta benda,, itu pun khairy buat tak faham2
ReplyDelete**x takut cabaran..
hanya persoalan yg ditimbulkan oleh YB Ngeh bukannya kenyataan parti DAP pun ...sekadar sindiran, bagi saya tak jadi kudis dan tak perlu nak dijadikan isu... cuma kalau KJ yg mmg terkenal sikap ego & lagak heronya yg telah tergigit "suleh lado api", maka dialah yg terasa pedasnya, kpd pencacai UMNO/BN yg lain tu kalau setakat makan secolek sambal tempoyak tu, takkan lah mrk pula yg terkincit-kincit atau cirit-birit ...
ReplyDeleteaku fahamkan dia cukup risau dgn nasib umat islam tak habis2 terpaksa berdemo mmbantah, esok lusa keluar lagi cerita."fire fighting" sampai bila ? mnkin dia bersimpati dgn kita bermaksud betindaklah cara berkesan sekali pukul, TKO. ttg KJ, dia pun tau bukan ahli ugama ketuanya senyap spi, nmpak mcm nanguk di air keruh.gitu la kot
ReplyDeleteIni kali lagi melingkup le BN angkara keBODOHan Khairy tu. Dulu setiap kali dia turun bantu BN dlm by-election, BN pasti melingkup. Last sekali, UMNO Pusat haramkan beliau turun bantu. Ini pulak yg takde isu dia tolong cipta isu konon milage utk UMNO le tu tapi dia silap perkiraan. Harus diingat AIM umat Islam adalah Yahudi dunia yg dtakuti oleh UMNO tu iaitu US. Khir Toyo ada mahligai ke, Nik Aziz dok rumah burok ke, Nazri Aziz ada beberapa buah kondo mewah dan kereta mewah ke atau Mat Sabu pakai fortuner murah ke itu persoalan lain. Tak payah Pemuda UMNO nak jadi samseng kg dusun. Yg penting apa yg BN mampu buat trhadap kedutaan US d KL tu .
ReplyDeletesebab itu umat asyik keliru aje karena dkalirukan lagih oleh Pemuda UMNO. Satu dunia mahu lawan itu Yahudi dunia, si pemuda UMNgok pulak nak rembat DAP. Bahalol punya UMngok. Ingat ,fokus kita sama itu produser filem hina islam tu, hina Nabi SAW. Cettt, aku sbg org umno pun malu mbah.
ReplyDeleteNampaknya DAP sekarang cuba untuk membantu video yang menghina Nabi umat islam ini.
ReplyDeleteSebaiknya DAP tidak perlu ikut campur mengenai hal orang lain. Kerana itu cuma akan menimbulkan pelbagai masalah saja nanti.
ReplyDeleteNext time jangan komen apa2. Orang2 di Msia sangat sensitif.
ReplyDeleteIngatkan DAP ni parti yang sesuai untuk semua bangsa dan agama.
ReplyDeleteNi pun satu! Nampak sangat nak salahguna isu ni untuk political mileage! Dah dia mengaku silap dan minta maaf, dahlah! Sebagai PM, kenapa nak panjang2 cerita lebih2 lagi benda yang boleh mencetuskan emosi perkauman? Tak bertanggungjawab! Pertama, DAP officially condemn the movie. MCA dan MIC tak condemn pun! Kedua, Ngeh buat silap twit Khairy. Dia dah minta maaf! Dahlah!!
ReplyDeletehal2 agama jgnlah nak dimainkan.
ReplyDeletesalinglah menghormati.
ReplyDeleteDAP tak campur tangan urusan org lain lah yg Khairy tu marah, ada faham ke? Masalahnya Pemuda UMngok tu kenapa dok bising dan tunjuk hero dgn Ngeh DAP tuh ? UMNgok nih sebenarny, kalau PR campur tgn pun dia kata menyibuk urusan org dan kalu tak campur tgn dia kata PR tiada pendirian. Ada faham ka,sdra ?
ReplyDeleteKan umat Islam berdemo kearah US yg jadi yahudi dunia tuh. Kenapa Pemuda UMNO twist 180 darjah pulak kearah DAP. Pondan Siam le tuh.
ReplyDeleteDua pihak yg bengong dlm hal nih. Satu ketua Pemuda UMNO dan satu lagi media perdana. Khairy tu dah keruhkan keadaan manakala media tu pulak tukang 'tutop punca air bersih'. Rakyat yg trkeliru.
ReplyDeleteisu ini akan mewujudkan isu lain. jadi berhentilah bercakap tentang isu ini.
ReplyDeleteBiarkan isu ini kerana ini tidak akan merugikan kita.
ReplyDeletepasti yang minghina itu akan mendapat hukuman yang setimpalnya.
ReplyDeletekenapa tidak kritik sekali PAS dan PKR?
ReplyDeletemula2 sekali presiden PAS menghina penduduk asli disarawak, kemudian blogger pakatan rakyat pula menghina kaum di sabah.. kini DAP pula menyokong video Innocence of Muslims..
ReplyDelete