Tuesday, September 18, 2012

Pemimpin Songlap RM200,000 Geran Bantuan


Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan geran bantuan kebajikan Perdana Menteri (PM) sebanyak RM500,000 yang diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Laporan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard itu dibuat di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Ia berikutan pendedahan satu set dokumen membuktikan bagaimana geran bantuan tersebut diseleweng sebanyak RM200,000 untuk dibayar kepada orang tengah sebagai komisen.

Dokumen yang ditemui Chegu Bard di rumahnya di Nibong Tebal 12 September lalu itu menyebut pada 28 Mac 2012 bahawa Kementerian Kewangan telah memaklumkan kepada PBPM mengenai peruntukan sebanyak RM500,000.

Manakala surat maklum balas dari PBPM kepada kementerian mengenai penerimaan tersebut juga telah dinyatakan pada 6 April 2012.

Dokumen tersebut, jelas menyebut nama seorang pemimpin tertinggi BN yang membantu PBPM mendapatkan geran bantuan.

Dalam minit mesyuarat persatuan merekodkan bahawa PBPM perlu membayar RM200,000 kepada sebuah syarikat yang kononnya menjadi orang tengah bagi mendapatkan geran tersebut.

“Mesyuarat pertubuhan tersebut menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek pada 19 November 2012 berlaku pertemuan di mana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri,” dedah Chegu Bard dalam kenyataannya.

“Ini membuktikan korupsi dalam negara sudah semakin teruk, apabila bantuan geran kebajikan pun mesti melalui orang tengah untuk dibayar komisen,” kata beliau lagi.

“Pendedahan ini juga meyakinkan bahawa pemimpin BN yang terlibat membantu PBPM mendapatkan geran tersebut, menjelaskan amalan rasuah dan korup senantiasa menjadi rutin dalam kehidupan mereka.

“Pendedahan ini perlu segera diambil tindakan bagi mengheret mereka yang terlibat menjadi orang tengah serta menyalahgunakan kuasa bagi mendapat komisen dan rasuah dari mereka yang memerlukan,” tegas Chegu Bard. -KD

15 comments:
Write comments
  1. Kalau dah PM pun amik komisyen smpai RM500 juta dlm isu Scorpene, knapa ndak peg dbawah. ANAK KETAM BRJALAN SEBAGAIMANA IBU KETAM TU JUGAK.

    ReplyDelete
  2. Tindakkan sebegini memang perlu ditangani sebaiknya. Siasat mereka yang terlibat kerana tidak amanah dengan tanggungjawab yang diberikan.

    ReplyDelete
  3. SPRM perlu menyiasat dakwaan ini adakah benar atau tidak.

    ReplyDelete
  4. penyelewangan ni lah yang merugikan negara. harus dibanteras!

    ReplyDelete
  5. siasat kes ni dengan telus dan adil.

    ReplyDelete
  6. kes ni adalah yang beribu2 di timbulkan oleh BN UMNGOK...tapi tak pernah pun jerung2 tertangkap...cuma bilis ja...kahkah

    ReplyDelete
  7. salah tetap salah, harap mendapat hukuman

    ReplyDelete
  8. Jangan amalkan budaya rasuah dalam pekerjaan

    ReplyDelete
  9. Siapa yg pandai2 mnta SPRM siasat tuh ? Ada berani ker.

    ReplyDelete
  10. lapor ajelah pada yg berkenaan! aku tak peduli!! siapa2 yg jadi pemimpin politik termasuk anwar, aku bagi dia tiap2 bulan satu billion! kesian mereka bz bekerja utk kita semua! aku bagi aje. jika tak cukup, aku up lagi 2 billion tiap2 bulan!!

    jika bard pun mau..aku bagi dia 4 billion tiap2 bulan! la lalala la

    ReplyDelete
  11. siasat dakwaan ini, dan kenakan tindakan jika benar.

    ReplyDelete
  12. Politik dan rasuah macam isi dan kuku.

    ReplyDelete
  13. Jgn Malaysia musflis mcm neg Greece angkara UMNO suda lah. Tengok pd kaedah pengurussan kewangan yg diamalkan oleh Greece sama dgn yg dlakukan olh Malaysia. Harap diampun pakk!

    ReplyDelete
  14. TBH baru RM2000++ pun sudah jd SUPERMAN...

    ReplyDelete
  15. penyelewengan tender rm600 juta di kedah kenapa Chegu Bard tidak bangkitkan??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.