Thursday, September 27, 2012

PRU 13 : Mampukah Pakatan Gugat BN DI Tenom?

TENOM: Bahang Pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) semakin hangat dirasakan rakyat di seluruh negara dimana diantaranya turut dirasai terutamanya dikawasan Dun Melalap yang diramalkan pembangkang kononnya kawasan itu akan jatuh ke tangan mereka selepas PRU-13.

Pembangkang beralasan bahawa rakyat dikawasan sekitar Mukim Melalap yang penduduknya mencecah lebih 5,000 orang marah kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal menunaikan beberapa pembangunan yang pernah dijanjikan mereka sejak PRU-12 (Tahun 2008).

Antara janji pembangunan yang didakwa mereka telah gagal ditunaikan kerajaan BN seperti pembinaan pekan kecil Melalap, pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan jambatan di Pusat Kebudayaan Murut (PKM) sebagai jalan pintas terus ke Taman Pertanian Sabah (TPS) Lagud Seberang.

Malahan pembangkang terus mengambil kesempatan dari kelemahan BN itu dan terus menjaja isu tersebut sejak Tahun 2008 dengan harapan bahawa rakyat akan terus membenci kerajaan BN terutamanya Wakil Rakyat Dun Melalap dengan berbagai tuduhan dilemparkan.

Bagaimana pun taktik politik pembangkang terutamanya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dapat bertahan lama untuk menjaja isu isu tersebut kerana pada akhirnya (sebelum PRU-13) kerajaan BN mampu menunaikan janji janji tertunggak mereka satu demi satu dalam masa terdekat ini.

Pembinaan pekan kecil Melalap yang menjadi tunggak isu mereka sebelum ini akan berlangsung majlis pecah tanah yang bakal disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pada September 29, sebagai simbolik memulakan pelaksanaan projek tersebut manakala jambatan di PKM sudah diluluskan kerajaan termasuk perlantikkan kontraktor boleh dimulakan pelaksanaannya pada bila bila masa.

Tamparan demi tamparan terpaksa diterima pembangkang kerana isu isu yang mereka jaja sebelum ini kini kerajaan BN telah mula menunaikannya satu demi satu termasuk SDC yang baru sahaja Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika merasmikan persidangan tahunan PBS Dun Melalap beberapa bulan lalu dekat sini bahawa SDC akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Selain itu, gagasan pembangkang dikawasan Parlimen Tenom terdiri daripada SAPP, DAP, PKR dan Parti Star yang saling tidak sebulu dalam apa apa juga strategi untuk menghadapi BN pada PRU-13 kerana masing masing menjadi juara dijangka menjadi sebahagian daripada masalah mereka untuk merealisasikan impian mereka untuk menawan kawasan ini daripada kuasa BN.

Lebih parah lagi, apabila pergolakkan dalaman SAPP dikawasan CLC Melalap yang memperlihatkan 3 pemimpin bahagian dan beberapa lagi pemimpin diperingkat cawangan telah mengumumkan perletakkan jawatan masing masing pada beberapa hari lalu menjadikan fungsi bahagian itu kini semakin goyah.

Manakala PKR juga mengalami masalah yang sama ibarat “Tarian selalu sumbang” selepas kehadiran kumpulan NGO-APS (Angkatan Perubahan Sabah) yang menjadi sayap PKR dimana kehadiran NGO itu difahamkan tidak melalaui kepimpinan Cabang PKR Tenom yang dipimpin Datuk Halik Zaman.

Kekukuhan dan kesepakatan BN Tenom untuk meyakinkan jumlah pengundi terdaftar Parlimen Tenom (merangkumi Dun Melalap dan Kemabong) seramai hampir 22,000 dibawah teraju Pengerusinya Datuk Rubin Balang tidak dapat disangkal kewibawaannya yang telah pun terbukti malah mendapat pengiktirafan Ketua Menteri Sabah sendiri ketika beliau berucap merasmikan Persidangan Umno serentak antara Umno Tenom dengan Pensiangan dekat sini baru baru ini.

Senario politik di Tenom yang merangkumi dua Dun iaitu Dun Melalap dan Dun Kemabong pada ketika ini mungkin berbeza dengan lain lain kawasan kerana beberapa ramalan yang datangnya dari luar dimana pada sebelum ini banyak meramalkan ia memihak kepada pembangkang namun harapan ramalan itu banyak bergantung kepada faktor bakal calon yang diturunkan kelak oleh pembangkang yang harus memenuhi kreteria yang dikehendaki para pengundi yang mana rata rata daripadanya mahukan seorang pemimpin baru dan berwibawa.

Sebaliknya, begitu jugalah keadaannya dengan BN, selain janji janji pembangunan yang tertunggak perlu ditunaikan, kepimpinan BN perlu melepasi halangan kedua yang banyak berkisar kepada kreteria bakal calon yang perlu memenuhi kecirian sebagai “winnable candidate” sepertimana yang disyaratkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Konklusinya, rakyat dikawasan disini pada keseluruhannya, mereka masih mempunyai deria yang tinggi untuk menyokong BN berdasarkan kewibawaan dan kemampuan BN memimpin kerajaan sebelum ini, masih diletakkan mereka sebagai pilihan tertinggi namun harapan itu akan berubah dengan pantas jika BN sekadar ibarat “Melepaskan batuk ditangga” terhadap syarat syarat yang diutarakan rakyat sebelum ini supaya pembaharuan drastik dan menyeluruh terhadap bakal calon yang diturunkan termasuk penstrukturan semula sistem kerajaan sebelum PRU-13.

Oleh: Mail Mathew

73 comments:
Write comments
  1. Francis Ekon, MelalapSeptember 27, 2012 at 6:37 AM

    Pembangkang mampu menumbangkan BN diTenom dengan syarat:-

    a) Semua parti2 dlm gagasan pembangkang bersatu dan hanya wujud 1 lawan 1 dengan BN;
    b) Pembangkang harus menampilkan bakal calon muka baru, berpendidikan, berwibawa, berwawasan dan mempunyai latar belakang yang bersih;
    c) Berkeupayaan menjana perbelanjaan semasa kempen dan bukan bergantung seratus peratus bantuan parti.

    ReplyDelete
  2. Ayoh rakyat Tenom, kita tumbangkan BN kali ini. Kita telah ditipu oleh BN dengan upacara pecah tanah highway Tenom Beaufort melalui sungai Padas yang dilakukan oleh Mahathir waktu itu tapi sampai sekarang habuk pun tak ada. Jangan tertipu dengan pecah tanah yang Musa akan lakukan untuk pekan Melalap! Pecah tanah yang Perdana menteri lakukan tak jadi inikan pula yang dilakukan oleh Ketua menteri! BN ini tembirang sahaja!

    ReplyDelete
  3. Menurut laporan akhabar tempatan hari ini, rakyat di Sook khususnya di Kuala Puntih masih menadah air hujan untuk kegunaan harian. Kenapa ANJING_ANJING BN tak menyalak hal ini kenapa menyalak di Selangor sahaja?

    ReplyDelete
  4. Gambar di atas itulah bukti pembangunan PESAT yang rakyat Melalap dapat selama 49 tahun Sabah merdeka melalui Malaysia. Tahniah BN atas KEPESATAN pembangunan di Melalap ini.

    ReplyDelete
  5. Politik suda mulai nampak dTenom bila kelihatan ada pamimpin dr kalangan pambangkang suda mula dkatakan 'tarik diri'. Kalau ndak ada ngkosnya, mana bisa permisi duluan,sih. Ada bayarannya,dan ndak heran UMNO bisa guna uang sabelum ini,yah. DSarawak dulu sama, jika kdapatan calon Bebas dlm pilihanraya besar atau kecil, itu angkara UMNo yg bayar mana2 org utk jadi pambangkang guna memacahkan undi pambangkang.
    Juga dtenom tu kerajaan kata suda ada tanda2 pembangunan...mana itu. Katanya bakal diadakan itu dan ini. Laa..bakal diadakan je. Itu standar la kalu BN punya karja. Lpeas suda ada mesyuarat kaun MUrut. Kita ndakmau mesyuarat, ita mau pambangunan jitu yg dah janji ituh. Pandai mengata PR pambohong, kamuk BN? Sama aja,sih.

    Ahli UMNO Baru...

    ReplyDelete
  6. mana mungkin pakatan atau SAPP atau Star dapat menumbangkan BN di tenom..

    ReplyDelete
  7. ini kerana:
    1) pembangkang belum mencapai kata sepakat untuk formula 1 vs 1 pada pru13 nanti
    2) pembangkang masing2 mahu letakkan calon di tenom disebabkan mahu jadi hero
    3) pembangkang tiada modal politik untuk diisukan
    4) sokongan kepada BN di tenom masih kuat dan mantap
    5) dan banyak lagi sebab mengapa pembangkang tidak mungkin akan menumbangkan BN di tenom

    ReplyDelete
  8. janji yang diberikan harus ditunaikan...kerajaan harus lebih peka dan sensitif...demikian juga wakil2 rakyat di tenom...mesti mahu garang sikit dan tegas...

    ReplyDelete
  9. pembangkang pula janganlah asyik mengitar semula isu...cari pendekatan lain...rakyat bosan dengan taktik lama..

    ReplyDelete
  10. nampaknya isu2 yang dimainkan oleh pembangkang di tenom kini bakal diselesaikan oleh kerajaan..

    ReplyDelete
  11. diharapkan semua perancangan pembangunan tersebut akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  12. isu2 yg dmainkan oleh pembangkang BAKAL dselesaikan oleh BN. Hehmm... ...BAKAL lagi. Kan dah kata. Sepatutnya jgn bakal2, selesai terus masa PRU ke 12 dulu lagi. Ntah2 menang PRU ke 13...akan jadi BAKAL SELESAI lagi pd PRU ke 14. Itu lah yg org kata,jgn asyik dtipu oleh BN,bah.

    ReplyDelete
  13. Kepada semua pengunjung SabahDaily memang apa-apa yang diutarakan oleh pembangkang akan di realasasikan oleh BN,saya ingin bertanya kepada semua Pengunjung Sabahdaily soalan mudah:
    1) Pecah Tanah pusat IKS di Jalan Apin-Apin mana sudah bangunannya.
    2) Pecah Tanah Kampus UMS..Mana sudah perginya.
    3) Pecah Tanah Jalan Raya Tenom -BFT ..mana sudah hujung pangkalnya.
    4) Sign Board Jalan dan jambatan menghubung kan Taman Pertanian dengan Pusat kebudayaan Murut ...mana sudah.
    5) Janji si Najib peruntukan Membina Rumah Budaya murut di Kemabong mana sudah tapaknya.

    kalau semua pengunjung sabahdaily masih lupa semua ini cuba cari di arkib SABAHTIMES ATAU DAILY EXPRESS.Pasti akan jumpa...

    Bah Kalau lagu Ciplak si Rais Yatim janji di tepati terdapat sarikata "ini masa balas budi" bah nanti PRU13 Rakyaat Tenom dan Pendalaman terjamakan lah sarikata itu dengan "ini masa balas dendam" dengan menggunakan pensil dan kertas undi dengan mengabaikan lambang TIMBANGAN.

    ReplyDelete
  14. we can't simply make assumption for now. In politics, its difficult to predict which party will win.

    ReplyDelete
  15. better to just wait and see

    ReplyDelete
  16. Kalau dilihat rasanya tidak dapat PR mengugat BN di Tenom ini. Kerana masih sokongan penduduk disana tetap kepada BN.

    ReplyDelete
  17. Biarkan rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka. Semua itu terpulang daripada kerajaan sekarang ini untuk menepati janji atau tidak. Kerana semua itu yang akan menentukan dimana Kerajaan BN selepas ini.

    ReplyDelete
  18. Gambar di atas itu pekan atau sulap? Siapa dapat bagitau saya maklum tak pernah ke Melalap.

    ReplyDelete
  19. Itu SULAP dan realiti begitu lah. Hanya BAKAL jd pekan,kata UMNO. Lepas ni kalu menang BN, pd PRU ke 14 pun ianya akan BAKAL juga lah.

    ReplyDelete
  20. Memang orang-orang Tenom dan Kemabong gila Duit, sampai teputus-putus selipar berabut 1 tin sardin expression orang Tenom/Kemabong "siapa yang ada duit itu yang kami undi" tidak pandai malu jual bangsa sendiri sampailah Antanom mati di bunuh orang sendiri

    ReplyDelete
  21. Wah cantik oh BN majukan pekan Melalap tengok pekan di atas itu kalah New York. Tahniah BN atas kerja keras anda menepati janji selama 49 tahun!

    ReplyDelete
  22. UMNgok dah sampai ke 'liang lahad'.

    ReplyDelete
  23. pembangkang yang tidak bersatu sukar untuk menang.

    ReplyDelete
  24. janji2 pembangkang di negeri2 yang ditadbir oleh mereka pun masih belum tertunai.

    ReplyDelete
  25. apa pun, biar pengundi yang tentukan siapa pemenang.

    ReplyDelete
  26. semua parti pun mahu menang. jadi siapa yang dapat kepercayaan rakyat, maka parti itulah yang akan menang.

    ReplyDelete
  27. tapi parti-parti pembangkang di Sabah ni nampaknya memang sukar untuk bekerjasama.

    ReplyDelete
  28. I don' think. There are too many internal wars happened in Pakatan nowadays.

    ReplyDelete
  29. Jika kita teliti dengan baik, pergaduhan yang besar akan memanfaatkan BN.

    ReplyDelete
  30. Anwar will lose till he said, I'm out of this politics!

    ReplyDelete
  31. NGO urged the police and relevant authorities to investigate Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim following his alleged admission that a recently purchased double-decker bus used by Parti Keadilan Rakyat for its 'Jelajah Merdeka Rakyat' campaign was fully funded by him .

    ReplyDelete
  32. Kalah la tu, tinguk saja.

    ReplyDelete
  33. Persoalan yang sangat lucu. Pembangkang akan kalah.

    ReplyDelete
  34. Bukan memandang rendah kemampuan pakatan tapi confirm kalah lah:P

    ReplyDelete
  35. Walaupun politik sukar diramal tapi pakatan tidak mungkin dapat mengalahkan BN.

    ReplyDelete
  36. Dari penduduk Tenom saja tu nak buat apa dengan undi mereka.

    ReplyDelete
  37. BN menang juga tu nanti. Sekarang memanglah ramai cakap yang tak baik pasal BN, tapi masa mengundi nanti konpom dorang pangkah BN tu.

    ReplyDelete
  38. Tak percaya? Kita lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  39. Kepada penduduk Tenom yang telah menghadiri pecah untuk pembinaan pekan melalap diharap supaya dapat mengambil sebahagian tanah yang dikaut oleh digger yang digunakan oleh CM musa aman untuk disimpan sebagai tolak bala atau sogit kepada penduduk melalap nanti jika janji pembinaan pekan melalap ini tidak terlaksanakan,sebab kalau dalam masa 2 tahun pembinaan pekan melalap ini tidak terlaksana nanti penduduk melalap dapat bala sebab dan kita gunakan tanah itu sebagai ramuan untuk tolak bala,macam adat-adat murut makangilin-ngilin bah kan,macam ruuh ru manuk lah bah itu

    ReplyDelete
  40. Pekan Melalap kaya dengan tahi lembu sahaja! Tak percaya pergi tengok sendiri. Ini saja yang mampu BN bagi pada rakyat Melalap! Harap jambatan dari Dewan Kebudayaan Murut ke Lagud Seberang yang Bn janjikan dulu, jangan mimpilah!

    ReplyDelete
  41. Secara tradisinya kawasan P.181 Tenom adalah kawasan kubu kuat PBS Maka oleh kerana itulah kawasan ini adalah milik PBS semasa era PBS dalam BN dahulu. dan jika diberi peluang pada PRU13, saya yakin PBS akan menang di kawasan ini dengan majoriti yang besar.

    ReplyDelete
  42. Jika PBS dibenarkan bertanding di Tenom, pasti BN akan mengekalkannya Tenom sebagai kubu kuat.

    ReplyDelete
  43. Kawasan Parlimen P.181 Tenom mengandungi dua kawasan DUN iaitu DUN N.35 Melalap dan DUN N.36 Kemabong, yang mana sebilangan besar penduduknya mungkin dalam lingkungan 70% adalah dari suku kaum Murut, ia itu kawasan bumiputra (bukan Islam).

    ReplyDelete
  44. Oleh itu PBS selaku parti komponen BN yang perjuangannya berasaskan KDM adalah amat sesuai untuk mewakili BN di kawasan ini.

    ReplyDelete
  45. Pakatan tak mungkin boleh mengugat BN di Tenom, tunggu dan lihatlah!

    ReplyDelete
  46. tak mudah untuk Pakatan menentang BN di Tenom.

    ReplyDelete
  47. BN amat kukuh di Sabah.

    ReplyDelete
  48. Betul BN amat kukuh di Sabah sebab BN berjasa menjadikan Sabah negeri termiskin di Malaysia. Umpama kata Mahathir rakyat Sabah harus bersabar sehingga habis semua kekayaaan di Sabah dikeluarkan barulah Sabah boleh maju!

    ReplyDelete
  49. Nampak gaya, BN mampu menipu lagi la dTenom tu kalau itu le komposisi penduduknya. Memang ada yg ingin 'memberontak' utk beralih angin tetapi berapa peratus,bah. Jika betul andaian ini, jawapnya begitu lah keadaan pekan Tenom dari peta Malaysia sampai bila2 pun.

    ReplyDelete
  50. Pembangkang tidak akan dapat menjatuhkan BN, pembangkang hanya tau bagi janji kosong sahaja.

    ReplyDelete
  51. PBS masih mendapat sokongan yang kuat di kawasan Tenon.. pasti kemenangan besar akan dapat dicapai.

    ReplyDelete
  52. Pembangkang lebih banyak bercakap, janji macam-macam, mengkritik sahaja banyak.

    ReplyDelete
  53. Terpulang kepada pengundi Tenom, undilah dengan bijak.

    ReplyDelete
  54. BN sememangnya amat kukuh di Sabah. Terbukti dengan sokongan rakyat yang tidak pernah luntur.

    ReplyDelete
  55. jangan kata tenom, semua daerah di sabah pun belum tentu akan jatuh ketangan Pakatan..

    ReplyDelete
  56. sebelum pakatan berangan2 mahu merampas kerajaan sabah, lihat dulu keadaan pakatan di sabah.. pakatan bukan hanya berhadapan dengan BN..

    ReplyDelete
  57. pemimpin2 STAR tidak akan membiarkan Pakatan makan sorang2..

    ReplyDelete
  58. Tenom Umno Division chief Datuk Rubin Balang is confident that Barisan Nasional (BN) will repeat its success by winning all the state and parliamentary seats in the interior in the coming general election.

    ReplyDelete
  59. His confidence is based on the support from the people who are now more in favour of BN which had brought big changes in the interior.

    ReplyDelete

  60. “The people in the interior who enjoy the present development still want BN to continue to lead the state and federal governments,” he told reporters at the opening of the joint Tenom and Pensiangan Umno Division delegates meeting held at Datuk Seri Panglima Antanom Hall.

    ReplyDelete

  61. Sabah Umno liaison chairman and Chief Minister Datuk Seri Musa Aman officiated the meeting which was attended by over 3,000 delegates and observers from both divisions.

    ReplyDelete
  62. Rubin, who is also Tenom BN chairman, is convinced that only BN can look after the welfare of the people.He said in the last election, all the state and parliamentary seats in interior areas were won by BN.

    ReplyDelete
  63. Among them were Tambunan, Bingkor, Liawan, Melalap, Kemabong, Sook, Nabawan, Tenom, Pensiangan and Keningau parliamentary areas. On the possibility of Parti Bersatu Sabah (PBS) putting its candidate for the Tenom parliamentary seat,

    ReplyDelete

  64. Rubin, who is also Kemabong assemblyman, said any BN component party could submit a proposal in accordance with the democratic system adopted in this country.

    ReplyDelete

  65. However, he said the decision on the matter would only be decided by the BN leadership, adding that all parties should abide by whatever decision the BN leadership had made and work as a team to ensure BN’s victory.

    ReplyDelete
  66. On the various issues raised by the opposition to gain support in Tenom, including the government’s introduced communal titles, Rubin said the allegation was not true because the good intention of the government was to ensure that the people had their own land to work on.

    ReplyDelete
  67. Rubin had, in his speech earlier, also put forward a number of issues for the government’s attention, among others the road upgrading in Ulu Tomani, the establishment of Melalap township, the low rubber prices paid to smallholders, and the bridge that connects Murut Cultural Centre to Sabah Agriculture Park.

    ReplyDelete
  68. “I hope these issues can be addressed by the government for the people of this district,” he said.At the event, the Chief Minister received new Umno membership forms from about 300 members of the opposition, including former independent candidate in Tenom, Sim bin N. C. Rikin who joined Umno Tenom and attended Tenom Umno Hari Raya open house held at the hall compound.

    ReplyDelete
  69. More than 3,000 people, including Tenom Umno division chief Datuk Rubin Balang, Pensiangan Umno division chief Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, Keningau Umno division chief Datuk Haji Sairin Karno and Tenom member of parliament Datuk Raime Unggi were at the event.

    ReplyDelete
  70. tingu dan lihat...menang atau kalah ada di malam keputusan undian.yg berdegup degup jantung pastinya pemimpin ketika itu.

    ReplyDelete
  71. UNTUK PRU KE 13 INI..KLU BN MAU MENANG DI DUN KEMABUNG..TUKAR WAKIL RAKYAT SKRG IAITU RUBIN BALANG TERLALU LAMA..ORG KATA SUDAH TERLALU LAMA?BOSAN SDH DAN MEMUAKKAN??? RAMAI LAGI RAKYAT KEMABUNG YANG BERKEBOLEHAN DAN MANTAP..

    ReplyDelete
  72. Wahai rakyat kawasan kemabung berfikirlah dalam masa terdekat ini sebelum pru ke 13 ini..sememangnya rakyat mahukan parti bn tapi tukar..tukar..pemimpin kita mau org baru tapi dari org sebelah kemabung sendiri org murut kita juga..

    ReplyDelete
  73. Kalau bukan org Tenom, bagus jangan lah promote BN demi kepntingan diri dan keluarga serta kroni kamu! Sa org kemabung, memang parlimen ka di mana KAMI TIDAK MAU LAGI BN MEMERINTAH. Rubin balang kau tau kumpul kekayaan kau saja. Mana janji janji kau dulu??? Rubin balang, sudah terlambat kau mau ambil hati kami lagi. TUKARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR DEMI BANGSA MURUT!!!!!!


    AYUH ORANG TENOM SEMUA UNDI PR!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.