"Contoh yang
terdekat seperti Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Lajim Hj Okin dan ramai
lagi dan termasuk diri saya sendiri kenapa harus keluar daripada BN dan
UMNO ini tentu ada sebab-sebabnya kenapa kami keluar."
"Seperti
seekor burung punai tinggal di sangkar emas, sekalipun diberikan yang
cukup istimewa tidak pernah putus-putus oleh ampuannya; tetapi kalau
terus dikurung buat selama-lamanya apa perasaannya?
"Begitu jugalah ceritanya. Kami dalam Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, walaupun hidup dalam keadaan serba serbi kemewahan, tetapi
tiada kebebasan untuk menyuarakan keperitan kehidupan rakyat di luar
bandar, malah terus terhimpit dan tertindas, maka hati kami memang tidak
gembira dan tidak rela melihatnya.
"Bila
kami buat teguran kerana tanah-tanah adat (NCR) dirampas oleh
saudagar-saudagar Cina dari Semenanjung sehingga beribu-ribu penduduk
menjadi pelarian di kampung tempat tumpah darah mereka sendiri; telah
menjadi satu kesalahan kepada kepimpinan UMNO. Kononnya kami durhaka,
bukan sahaja kepada UMNO, tetapi kepada kerajaan.
"Nasib
rakyat terutama sekali bangsa Sungai, Kadazan, Dusun, Murut yang
tinggal di kawasan terpencil yang sedang menjalani kehidupan agak senang
sedikit kerana mempunyai sebidang tanah yang ditanami oleh sawit dan
pokok buah-buahan; tetapi dengan tiba-tiba sahaja tanah-tanah mereka
dimusnahkan dalam sekelip mata.
"Sementara rumah dibakar. Siapa yang tidak marah kerana tiada siapa yang membela nasib mereka. Bila jumpa wakil rakyatnya, apa jawapan mereka? Itu urusan kerajaan. Dia mahu bunuh sama kamu itu, adalah hak kerajaan.
"Malahan
diberi amaran jangan sekali-kali menentang dasar-dasar kerajaan
UMNO/BN, walaupun sekejam mana mereka menyeksa rakyat kerana akan
menjadi satu kesalahan besar boleh dihukum.
"Ada sesetengah wakil rakyat berkata, biarlah mereka mampus itu bukan keluarga aku. Yang penting kita sudah kaya raya. Ada rumah mewah, bini muda sampai dua tiga; kereta
empat lima buah; kenapa mahu memikirkan kehidupan orang lain? Mampus
kamu di sana, apa saya peduli? Sekarang saya sudah jadi YB, jadi
menteri, siapa berani menentang saya?"
Itulah
luahan seorang pemimpin kerdil tetapi berjiwa rakyat iaitu James Miki,
Ketua Penyelaras Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang juga bakal calon
Parlimen Beluran pada PRU 13 nanti ketika berucap di majlis perjumpaan
di hadapan 400 orang penyokong parti Pakatan Rakyat di Kampung
Kobambangan, Paitan Sugut, kelmarin.
"Pemimpin
UMNO memang menyelar saya. Mereka kata saya ini seorang yang bodoh
kerana meninggalkan segala keistimewaan yang diberikan UMNO. Buat apa
keistimewaan yang ada pada saya, tetapi bangsa saya di kawasan lain yang
sudah miskin terus dihimpit lagi. Tetapi inilah sikap Surady Kayong dan
Ronald Kiandee," kata James Miki lagi.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI (sabahkini)
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI (sabahkini)
Rakyat Sabah yg masih nak mengundi BN/UMNO adalah rakyat yg berfikiran BODOH dan BODOH.saya dan keluarga saya adalah pengundi kuat BN/UMNO selama ini... tapi apa yg kami dapat????????? kalau anjing yg selalu kita bagi makan ada baiknya juga ..boleh berjasa pada tuan nya...sekurang2nya binatang itu boleh menjaga rumah kita ketika kita tiada d rumah.
ReplyDeletebetul tu tuan kami pun pengundi BN pada PRU lalu. ini kali mau undi PR lah. malu kita dapat gelaran fix deposit sedangkan sabah negeri termiskin di malaysia.
ReplyDeletesaya tak undi umno sya cuma undi bn sj sbb umno tak bertanding yg bertanding bn.tak terkira banyak jasa bn di sabah ni dari dulu kini dan selamanya
ReplyDeleteSokong jgn sekadar sokong kerana bole membawa rebah. Yg paling takut rabahnya Sabah pd warga asing angkara kerakusan BN. Hati2 rakyat sabah.
ReplyDeleteJgn kita suu dzon kpd pamimpin kita. Walau dia sapu duit negara (duit kita ituh), kita handaklah husnu dzon, sdra/i. Dia sebat duit tu mngkin utk bantu keluarga menteri yg susah ituh bah. jadi husnu dzon lah kitah ya. kalau kita asyik kata jahat ( suu dzon ) aje susah bah, tiada bukti yg menteri ituh masuk naraka. Kita biarkan atau sedekahlah duit kitah ituh utk menteri nanti. bukan kitah kana pegi bagi uang sama itu YB, biar sja BN kasi harga barang naik kerana naik harga sykt kroni mareka yg sapu dan tentu akan mangalir jagak ke poket menteri itu.
ReplyDelete( LEBAI MALANG )
Cuba Rakyaat sabah ertikan ulasan-ulasan yang dibuat oleh pemimpin BN atau macai-macai mereka di RTM atau media.
ReplyDelete1) kata Tun Mahathir...Dia minta kita Rakyaat sabah dan serawak bersabah kerana hasil bumi belum di korek lagi..cari di surat khabar sabah semasa Tun bercakap di UMS.
2) Seorang ahli panel bicara kampus...Jangan salah kan orang semananjung kerana mengambil jawatan rakyaat sabah sebab orang sabah dan serawak suka jadi petani dan nelayan...cari di RTM siaran 9/9/2012..sepatutnya kalau RTM bertanggung jawab sebelum ulasan ahli panel ini berpanjangan pemudacara akan CUT siaran itu dan diselitkan dengan iklan tapi Pemudacara dan penerbit tidak berbuat begitu tapi membiarkan ahli penel ini bercakap sesuka hatinya dengan menghina rakyaat sabah dan serawak..sila lihat laporan polis oleh ketua Pemuda PBB serawak pada 15/9/2012...Pemuda UMNO,PBS,PBRS,UPKO ada buat kah,maksudnya BN Sabah bersokongkol dengan RTM untuk menghina rakyaat sabah.
mimang susah mau kenal org sabah yg ori sekarang ni. kita nampak mcm pelipin tapi ada ic, nampak mcm pakistan tapi ada ic tapi cakap melayu lintang pukang. yg pelipin cakap bukan ringgit tapi pilak katanya klu bercakap sesama mereka. ini lah hasil pemerintahan BN selama hampir 20 tahun di sabah. apa guna mau undi BN lagi sebab BN lah sabah sudah jadi mcm negari PTI.
ReplyDeletesalah2 org sabah pilih kerajaan, warga asing jadi berkuasa satu masa nanti. inda heran kalau ada org yg bermatian pertahan kerajaan BN kerana mereka ini biasanya PTI yg sudah berkuasa di sabah. kita mesti sokong PR kerana mereka ini nampaknya sangat mengambil berat tentang masalah PTI hingga mendesak kerajaan mambuat RCI. memanglah PR tidak boleh bertindak sekarang sebab mereka belum berkuasa. sebab itu, undi kitalah yg menentukan perancangan mereka samada berjalan atau tidak.
BN ni cakap pandai saja. konon mau buat RCI tetapi sudahlah lambat bertindak, poin2 tertentu yg penting yg sepatutnya dlada dlm TOR RCI tidak dimasukkan. ini semua membodohkan rakyat sabah saja.
kita undilah PR kali ini. kalau BN bagi duit, zink, tambang ka apa2, ambil saja kerana itu memang duit rakyat yg mereka patut bagi kepada rakyat.
Dari Minoriti Rakyat Borneo Malaysia (MRBM);
ReplyDeleteTumbangkan Kerajaan BN-UMNO, Wahai Parti2 tempatan Borneo Malaysia mohon Bersatu dalam UBA (Perikatan Borneo Bersatu) dan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR- PKR, PAS, DAP) dari Semananjung Malaysia untuk matlamat memenangi PRU13. Wahai PR, bantu UBA (realisasikan 1 lawan 1, disyorkan PR jangan bertanding di kawasan Borneo Malaysia, bagi mandat dan kepercayaan penuh kepada UBA). Alternatif mencapai matlamat. Selamat Berjuang dengan Bijaksana. Selamatkan MALAYSIA.
Kenapa anda berada lama dalam BN jika selama ini anda tidak berpuas hati? Apa yang anda lakukan?
ReplyDeleteTak terkira banyak jasa bn di sabah ni dari dulu kini dan selamanya antaranya menjadikan Sabah Negeri termiskin di Malaysia walaupun kaya dengan hasil sumbernya. Tahniah BN
ReplyDeletebila dapat rasa harta banyak dan kedudukan tinggi baru bla..
ReplyDeleteBiarlah mereka tinggalkan BN. nanti lebih teruk parti kalau wujud ahli yang tidak sehaluan dengan perjuangan.
ReplyDeletemasing2lah nilaikan sendiri buruk baiknya perjuangan sesebuah parti.
ReplyDeletePilihan ditangan sendiri untuk memilih parti yang mana yang mahu disertai. Jadi buatlah yang terbaik.
ReplyDeleteJika kita lihat juga ada pihak yang cuba untuk memburukkan kerajaan dengan pelbagai kelemahan yang direka-reka. Apa pun kita harap semua itu tidak akan berlaku lagi.
ReplyDeleteapa pula direka reka? semua berita di hujung jari maa..laporan audit negara pun boleh jadi rujukan ttg kelemahan kerajaan dan kebolehan PR mentadbir negara.
ReplyDeletedi sabah, isu PTI bukan cerita rekaan tetapi isu panas yg benar2 terjadi di bawah pentadibran BN. kerajaan memang tak adil. kalau pihak musuh yg salah, tidak kira siang, malam, hujan, panas sprm, polis berebut-rebut pi berkas tetapi kalau org BN, tengoklah para polis ka sprm, mcm pekak badak saja. isu2 rasuah KM sabah dan KM sarawak apa jadi? kalau tak betul kenapa tak siasat saja? pesalah rasuah pula dapat jawatan besar. cehh.. ingat rakyat sabah bodoh ka? org sabah sudah bijak2 maa..
biar berdentum guruh di langit. kilat sabung menyabung, halilintar & petir membelah bumi. aku, keluarga & jiran2 di sini..insyaallah tetap & yakin dengan dacing!!
ReplyDeleteke hulu ke hilir ke darat ke baruh,
timur barat selatan utara,
patah sayap ku tongkatkan paruh,
dengan telunjuk ku kayuh jua
*dacing..dulu, kini & selamanya
dakek sekeluarga ikhlas dgn dacing walau ndak dapat apa2 pun. tapi lillahi taala cz di antara semua parti yg ada..dacing adalah keutamaan!
ReplyDelete*ikhlas dgn umno
ala, dia tinggalkan BN sebab mahu jadi calon bah...dalam BN dia tidak dicalonkan... "James Miki, Ketua Penyelaras Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang juga bakal calon Parlimen Beluran pada PRU 13 nanti "..
ReplyDeletenanti kalau dia menang, mana dia kenal sudah tu 400 orang yang dengar dia berucap...dua2 mata dia tutup tu...sebab objetif dia sudah tercapai..iaitu menjadi calon dan menjadi YB...
ReplyDeleteorang macam dia ni ada gelaran iaitu parasit politik...parasit hanya menumpang untuk kepentingan diri...itulah dia...
ReplyDeleteSaya pun ikhlas dengan BN yang menjadikan Sabah negeri yang termiskin di Malaysia walaupun kaya dengan kayu balak dan minyak. Entah mana pergi hasil kayu balak dan minyak itu munkin HANTU yang suruh bunuh Altantuya telan semua hasil minyak dan kayu balak di Sabah.
ReplyDeletebiasalah politik...kejap ok kejap tidak ok..
ReplyDeleteterpulang kepada beliau untuk memilih dan menilai mana yang terbaik untuk karier politik beliau...
ReplyDeleteTai tasu la kao petrussssssss.....james miki tidak mau tanding bah tu tapi kami rakyat labuk telupid yang minta. sebabbbb dia sebagai bendahari amnu beluran lebi banyak keluar duit untuk bantu ringankan mesalah rakyat berbanding YB datu maikol dan runol kiandi. bila yb badut berdua ni dengar james miki salur bantuan, tida kira siang ka malam ka dorang hantar kunu2 bantuan. takut malu sabap dorang yg yb tpi tida pduli kami. jd apa salanya org yg brjasa jdi wkil rkyt. asik2 disuru tunggu. sampai bila yang tunggu tu. Bn tida pernah kala ba di labuk beluran. sb kami kasi undi menang ni BN. tpi apa yg kami dapat....asap dan maki hamun si maikol saja. INI KALI LA PITTRUUSSSS
ReplyDeleteitu mungkin taktik dia mahu kena jadi calon...malang bagi james, dia tidak disenaraikan sebagai calon..jadi untuk dia cepat jadi calon, dia keluar lah...lompat...trus kana sambut tu pembangkang, dia minta mahu dicalonkan, tu pambangkang kasi jadi dia bakal calon nanti pru13...nah, kalau menang jadi YB lah...kalau tidak, tidak pah...boleh lompat lagi nanti...itulah mainan politik si james...yg penting dicalonkan...
ReplyDeleteapa2 pun, pilihan di tangan rakyat..
ReplyDeletePRU13, PR kelantan ,p pinang , selangor , perak , kedah dan Sabah dan Sarawak .
ReplyDeleteBN Johor dan pahang .
Terenganu , Melaka ,Perlis dan N Sembilan .50/50
Senang saja tu jawapannya sebab tak tercalon next GE:P
ReplyDeleteKalau nak keluar, keluar sajalah tak perlu memburukkan bekas parti. Nampak sangat ada niat tertentu.
ReplyDeleteTerpulanglah pada rakyat untuk membuat penilaian. SEmakin dengan dengan PRU maka makin banyak jugalah artikel yang mahu menggugat kepercayaan kita terhadap BN dikeluarkan.
ReplyDeleteSusah juga rupanya hidup dalam dunia politik ni. Macam semua pun mahu jadi jahat pula. hehe
ReplyDeleteNapa sekarang baru mahu kutuk itu ini. Pedulilah saya mahu undi BN juga nanti.
ReplyDeletendak jugak PR manang tuh..berbuih air liur kamu pun rakyat pilih selain PR jugak tu..hehehe
ReplyDeletekesian melihat keadaan mereka yang hidup terbiar di kampung sendiri
ReplyDeleteorang kampung yang tinggal di pedalaman tidak patut diperbodohkan
ReplyDeletedan tidak patut tanah mereka dirampas tanpa sebab
ReplyDeletebiarlah dilayan dengan adil jika betul tanah yang diduduki oleh mereka itu adalah tanah kerajaan
ReplyDeleteapapun, masa depan terletak di tangan rakyat, maka undilah secara bijak bila tiba PRU13
ReplyDeletedia sebenarnya keluar BN kerana dpt tawaran lebih baik.
ReplyDeletebgs jg keluar dari jadi parasit.
ReplyDeleteharap BN takkan tergugat.
ReplyDeleteAku jugak ikhlas mbah dgn BN. Selagi ndak jatuhnya Sabah pd orang asing dr Pilipin atau Indon atau Indiah sana, aku tatap akan undi itu BN.
ReplyDelete"amenu ikhlas mbah"
Semua ada alasan sendiri untuk keluar.
ReplyDeleteBN sudah buktikan bahawa semua pelan yang dibuat dapat ditunaikan.
ReplyDeleteterpulang kepada rakyat untuk menilai.
ReplyDelete"KENAPA ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang mempunyai pelbagai kedudukan dalam kerajaan negeri dan persekutuan keluar meninggalkan segala jawatan penting dan keistimewaan yang mereka miliki?"
ReplyDeleteKenapa hanya selepas Anwar umumkan akan ada pemimpin-pemimpin BN Sabah keluar menyertai Pakatan Rakyat, barulah selepas itu mereka keluar? adakah pemimpin-pemimpin ini dipengaruhi oleh Anwar sebagaimana Anwar mempengaruhi Yong Teck Lee dengan menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau ketika PRU12 yang lalu?
"Contoh yang terdekat seperti Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Lajim Hj Okin dan ramai lagi dan termasuk diri saya sendiri kenapa harus keluar daripada BN dan UMNO ini tentu ada sebab-sebabnya kenapa kami keluar."
ReplyDeleteSudah tentu mempunyai sebab, lebih-lebih lagi ketika Pilihanraya Umum semakin hampir, selepas senarai calon telah dimuktamadkan, selepas Anwar mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin BN, dan selepas Anwar membuat pengumuman bahawa akan ada pemimpin BN keluar meninggalkan parti.
"Kami dalam Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, walaupun hidup dalam keadaan serba serbi kemewahan, tetapi tiada kebebasan untuk menyuarakan keperitan kehidupan rakyat di luar bandar, malah terus terhimpit dan tertindas, maka hati kami memang tidak gembira dan tidak rela melihatnya."
ReplyDeleteJames Miki mengakui bahawa beliau hidup dalam kemewahan, mungkin sebab itulah beliau tidak pernah ambil tahu masalah rakyat dan tidak pernah membawa masalah rakyat ke peringkat tertinggi untuk diambil perhatian. Sebaliknya menyalahkan UMNO kononnya menyekat kebebasan suara sedangkan dia sendiri tidak berbuat apa-apa melainkan bergelumang dengan kemewahan. Jika benar suara mereka disekat, bagaimana wujudnya geran komunal, RCI, Jawatankuasa Khas royalti minyak, program-program pembasmian kemiskinan dan sebagainya?
"Malahan diberi amaran jangan sekali-kali menentang dasar-dasar kerajaan UMNO/BN, walaupun sekejam mana mereka menyeksa rakyat kerana akan menjadi satu kesalahan besar boleh dihukum."
ReplyDeleteKalau betullah boleh dihukum, sudah tentu ramai orang Sabah hari ini sedang meringkuk dalam penjara. Sebaliknya, apa yang berlaku, rakyat sabah sendiri boleh turun berhimpun bersama-sama pemimpin pembangkang di bandar-bandar, depan mahkamah, padang bandaran, karamunsing dan sebagainya. Bukankah tindakan ini juga disifatkan sebagai menentang dasar-dasar kerajaan secara terang-terangan?
Minta Maaf la James Miki, cubaan saudara bagi menaikkan nama saudara sebagai pejuang tulen Sabah sangat-sangat memualkan. Kegagalan BN sebagaimana yang didakwa oleh James Miki adalah kegagalan James Miki sendiri. BN dan UMNO hanya nama parti, dan yang menggerakkan parti ini pula adalah pemimpin-pemimpin seperti James Miki.
ReplyDeleteHari ini James Miki mengagung-agungkan Pakatan Rakyat. Entah apa pula pandangan beliau berkenaan dengan rampasan tanah kampung Melayu di Pulau Pinang, rampasan tanah orang asli di Hulu kelantan, skandal pasir di Selangor, isu air percuma di Selangor, penyelewengan tender lebih dari RM600 juta di Kedah dan yang paling hangat sekarang ialah penghinaan terhadap Tarian Sumazau oleh blogger Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteKalau di sukan Olimpik, yang lompat paling tinggi akan dapat ganjaran.. begitu juga dalam sukan Politik, yang lompat tinggi juga akan dapat "ganjaran
ReplyDeleteIt's up to an individual to say about it.
ReplyDeleteBagi saya, apa yang penting ialah perjuangan untuk rakyat.
ReplyDeleteIf we continue to debate on why he or she is leaving, I think we all missed out something.
ReplyDeleteJangan la kita layan betul pemergian diorang ni.
ReplyDeleteThis is part and parcel of the politics and I don't think we should take it seriously.
ReplyDeleteIf you desіre to tаke a good dеal from this poѕt then yоu have tο
ReplyDeleteapply such techniques to уour won webρage.
Here iѕ my blog pоst wastewaters