Dalam ERA
pemerintahan Parti Bersatu Sabah, dilihat amat ketara di mana Ketua
Menteri pada ketika itu adalah Pairin Kitingan. Beliau mentadbir negeri
ini dengan baik. Banyak kemudahan luar bandar dapat di laksanakan;
sungguhpun kurang diberi perhatian oleh kerajaan persekutuan ketika itu.
Negeri
demokrasi terwujud pada ketika itu dan keadaan negri yang aman dan
damai tanpa gangguan. Ia ditambah dengan etnik-etnik suku kaum yang
berbeza namun saling hormat-menghormati antara satu sama yang lain dan
menjadi kebanggaan semua.
Namun
kini, perpecahan telah berlaku dan menyebabkan KDM semakin mengecil.
Semua pemimpin telah mengikut haluan masing-masing dan menyebabkan suku
kaum ini mudah dibolosi oleh anasir luar.
Bermulanya
perpecahan dalam KDM adalah sejak dari PBS kalah dalam Pilihanraya 1994
dengan teruknya. KDM telah terbahagi kepada 3 bahagian dan menyebabkan
suara mereka ini semakin kecil.
Masing-masing
mencari kedudukan dan pangkat; masing-masing ingin menjadi ketua.
Sampai bilakah perkara ini akan terjadi? Sampai bilakah KDM ini akan
bersatu kembali seperti dahulu? Kenapa semua pemimpin KDM ini ego dan
tidak cuba untuk berdamai semula? Kini timbul lagi satu parti
berteraskan KDM dan ia menambah lagi perpecahan sokongan kaum ini.
Masing-masing
bercakaran, masing-masing ingin memberikan hujahnya untuk meraih
sokongan rakyat. Tidakkah mereka sedar bahawa tindakan mereka ini
menyebabkan orang luar mengambil kesempatan sehingga akan merugikan kaum
sendiri?
Pendatang
asing kian merunsingkan kepala. Kebanjiran PATI di Kota Kinabalu,
Inanam, Menggatal, Tawau dan seluruh Sabah menjadi igauan ngeri rakyat
Sabah. Tetapi sedarkah pemimpin kita akan hal ini ataukah mereka sengaja
memakai 'ray ban' berwarna gelap di malam hari?
Apa
yang jelas, satu NGO telah muncul dengan berteraskan suku kaum
Kadazandusun murut iaitu KDM Malaysia yang semakin diterima oleh rakyat.
Ramai di antara penyokong daripada parti-parti pembangkang mahupun
kerajaan telah sama-sama menyertai badan bukan kerajaan ini.
Ini
dilihat amat baik kerana suku kaum ini mula bersatu kembali. Semua
program yang dilaksanakan oleh NGO ini selalu dihadiri oleh ribuan
rakyat dan inilah petanda bahawa NGO ini diterima dan diperlukan oleh
rakyat bagi membela mereka.
Sejak
NGO ini ditubuhkan, program-program seperti jelajah KDM; yang bertujuan
untuk mengumpul ahli dalam menyokong pembangunan yang dilaksanakan oleh
kerajaan.
Mereka
juga menghantar kertas kerja bantuan PPRT terus kepada KKLW, memberi
bantuan kepada anak-anak sekolah, OKU, warga emas, ibu tunggal dan
baru-baru ini program masuk Universiti dengan bekerjasama rapat dengan
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi.
Menurut
apa yang dilihat, semua program yang dijalankan adalah demi kebaikan
rakyat tapi mengapa ramai ahli politik ingin mempolitikkan NGO seperti
KDM Malaysia ini?
Mengapa
semua program yang direncanakan, disabotaj dan tidak kurang juga
pemimpin parti yang berlandaskan KDM sendiri mengkritik dan dengki
dengan kejayaan penganjuran program oleh KDM Malaysia?
Mengapa
harus mempersoalkan apa yang dilakukan oleh organisasi ini? Mengapa
ahli politik itu tidak membahas atau mengkritik serta memainkan isu PATI
yang masih berkeliaran, harga barang naik, minyak naik, royalti minyak,
bantuan kepada orang yang memerlukan, kemudahan yang tidak cukup di
kawasan luar bandar, bekalan air, elektrik sering terputus.
Mengapa
mengkritik soal banner KDM Malaysia yang mempunyai gambar PM? Mengapa
itu pula dipersoalkan? Tidak dinafikan; setiap kali program yang
dilaksanakan oleh NGO ini, Presidennya akan berucap dan menyatakan
bahawa kita semua harus menyokong kerajaan, menyokong kepimpinan PM,
menyokong pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Tetapi
mengapa ahli politik pula, yang seakan-akan tidak ingin NGO ini
bersama-sama dalam memajukan dan mendapatkan sokongan rakyat untuk
menyokong kerajaan?
Apa
yang kita dengar, Presidennya dikatakan rapat dengan Shafee Afdal dan
menjadi tunggangan UMNO dan mendapat projek yang banyak dari KKLW tapi
adakah perkara ini benar?
Salahkah beliau merapatkan diri dengan orang berkenaan bagi tujuan membantu suku kaumnya?
Sama
seperti beliau akrab dengan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi; dan
anak-anak KDM diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti
atas permohonan NGO ini dan sudah terbukti.
Presidennya juga berjaya mendapat kelulusan PPRT dan memecah rekod
di setiap kawasan ADUN dan tahun ini sahaja di kawasan parlimen Tuaran,
sebanyak 180 buah rumah PPRT telah diluluskan oleh KKLW; tapi malangnya
ditolak oleh pejabat daerah. Adakah ini dikatakan kuda tunggangan UMNO?
Bagaimana
pula peruntukan setiap ADUN yang hanya mendapat 20 buah rumah PPRT
sahaja pada tahun ini dan 50 buah untuk parlimen Tuaran? Kenapa tidak
diiktiraf sumbangan NGO ini kepada rakyat? Salahkah mereka menghantar
permohonan itu demi kebaikan rakyat? Kenapa mereka ini harus
dipersalahkan?
Apa
yang pasti, semua kontraktor yang membina rumah PPRT ini adalah atas
pilihan pejabat daerah dan bukan dipilih oleh KDM Malaysia. Jadi di
manakah silapnya mereka ini; sehinggakan dicemuh, dikritik dan disabotaj
oleh parti politik?
Selama
saya aktif dalam blog dan mengikuti program-program parti politik
pembangkang dan BN, saya tidak pernah melihat hadiah tiket bertuah yang
amat lumayan dan NGO ini telah melakukannya.
Sebuah
kereta, tiket pelancongan ke luar negara, 20 buah motosikal, 20 buah
basikal, freezer, kipas, tv, peti sejuk dan termasuk hamper makanan.
Jadi ini membuktikan bahawa walaupun mungkin Presidennya mendapat
projek, tetapi beliau boleh mengagehkan keuntungan itu kepada rakyat.
Boleh menderma dan saya kira perbelanjaan setiap penganjuran program itu
untuk hadiah sahaja boleh mencecah RM 100,000. Pati politik KDM
pernahkan buat seperti ini?
Kalau
benarlah KDM Malaysia ini Kuda Tunggangan UMNO dan barua politik Shafie
Afdal, mengapa Presidennya menghabiskan wang membeli hadiah cabutan
tiket bertuah sebanyak RM 100,000 setiap anjuran program; memberi
sumbangan kepada oku, warga emas, anak-anak sekolah, menghantar
permohonan PPRT terus kepada KKLW dan tidak memerlukan berbulan-bulan
dan bertahun-tahun untuk diluluskan; tapi hanya dalam masa sebulan dan
kurang daripada itu. Berbanding dengan permohonan ke pejabat daerah yang
bertahun-tahun pun belum tentu dapat?
Hakikatnya,
Sumbangan NGO ini harus diterima dan tidak usah dipolitikkan kerana
mungkin perpecahan sokongan akan berlaku kembali. Mungkin ramai antara
pembaca yang tidak setuju dengan pendapat saya ini tapi inilah
hakikatnya. Biarlah mereka ini menjalankan aktiviti mereka tanpa
diganggu oleh parti politik. Biarlah mereka menjalankan kerja-kerja
kebajikan demi untuk semua lapisan masyarakat terutama KDM dan biarlah
mereka berkhidmat untuk rakyat. Hasad dengki yang menebal harus
dihindarkan kerana ianya bakal merugikan kaum.
Oleh : LOPUNG (sabahkini)
KDM Malaysia hanyalah talibarut UMNgOk utk memecahkan perpaduan KDM...
ReplyDeleteSabahkini tu dah kena oleh Shafie. Kan keluar kenyataan MUTALIB M.D yg seakan 'kecewa' dgn pengurusan Sabahkini kerana pembaca tak hulur sumbangan dan jika sumber kewangan tiada merka sendiri yg kena kuar duit poket bg apa2 hal, tak tahan bah. Sebenarnya, nak tutop yg MUTALIB M.D tu dah jual RM2.5 juta Sabahkini kpd UMNO. Merah mata bah, tengok wang ringgit. Banyak itu. Suara kaum Kadazanmurut memang kuat dan UMNo takut suara itu yg akan menghalau PATI dr Sabah ,suatu hari nanti. jadi awal2 kena pecahkan suara keramat Kadazanmurut tu. Muncul le KDM Malaysia.
ReplyDelete**Raja sulu'
kalau namanya NGO yg menyokong kerajaan BN, maka itu namanya talibarut BN lah, itu pun tak faham kah? kenapa penulis ni mengulas hanya sebelah mata? dikhabarkan PBS dulu kalah sbb adanya projrk IC yang ditunjangi oleh BN di sabah'' itu tak mau ulas kah? BN sabah sudah berdosa besar kepada rakyat sabah kerana mahu memerintah dgn cara yg salah. sudah hampir 20 tahun BN memerintah di sabah apa yg rakyat sabah dapat? cuma 2 perkara saja oeg sabah dapat.
ReplyDelete1. Jadi Fix Deposit BN
2. Negeri sabah jadi negeri paling miskin di malaysia.
jadi, apa yg mau di bangga dgn kerajaan BN? penubuhan NGO KDN itu tidak lebih dari cubaan sekali lagi utk memperbodohkan prakyat sabah supaya terus menjadi bodoh. peranan safir afdal dlm NGO ini tidak lebih dari cubaan mempopularkan diri untuk menjadi ketua menteri selepas musa aman.
rakyat sabah sudah pandai bah, rata2 rakyat sabah sudah mula menolak BN. barangkali NGO yg mesra BN tu ahlinya terdidi dari PTI yg dapat IC haram. siapa tahu? pelipin pun boleh jadi ahli UMNO maa..sepeti mahathir kata asalkan pandai cakap melayu, layak dapat IC di sabah. nah ini kali lah.'
Jgn2 NGO's KDM ini dah dipondankan oleh Pemuda UMNO sabah,mbah.
ReplyDeleteJanji Pakatan Rakyat Royalti Minyak untuk Sabah & Sarawak 20%, PTPTN free, Tol free dan lain-lain lagi. Untuk pastikan janji mereka ditepati
ReplyDeletekita undi dan menangkan mereka jadi Kerajaan Persekutuan dahulu kerana
kalau kerajaan negeri sahaja kewangan terhad, belum boleh tunaikan semua janji, seperti Selangor, P. Pinang, Kelantan & Kedah sekarang ini.
Aku amati Sabahan yg kerja dgn kerajaan ( Pusat atau Neg.) memang dah trbuka minda mereka kearah PR. Juga trdapat segelintir rakyat kebanyakan yg faham perjuangan PR. Hanya mereka ini MESTI mmbantu menjelaskan KEBAIKAN PR dengan KECELAKAAN UMNO/BN kpd masyarakat. Insya allah, kami sebagai anak2 Semenanjung akan sama2 menyelamatkan bumi Sabah dr kerakusan UMNO/BN dan mengembalikan kedaulatan Sabah kpd Sabahan. Biar UMNO/BN tumbang asalkan jgn tumbangnya Sabah kpd PATI dmana neraca timbangan Sabah seakan2 telah tumbang kpd PATI , hanya belum meranapkan lagi. Itu lah parjuangan PR.
ReplyDeleteIni KDM bila buat programe memang puluh ribu datang dan terus masuk ahli tetapi orang yang datang tu bukan mau masuk ahli namun terpaksa masuk sebab mau menang cabutan bertuah (kereta/motor/biskal dll)sebab nak ikut cabutan bertuah wajib isi borang ahli KDM wal hal yang masuk dah pun jadi ahli UMNO dalam masa sama mereka bukan kaum kadazan,dusun,murut tapi orang suluk,ubian,brunei,bajau.so memang programe ini gagal tak capai matalamatnya apatah lagi pidatonya pulak menakut-nakutan orang dan perkauman kalau BN kalah,
ReplyDeleteitu dulu bro..sekarang sudah lain, KDM sekarang dah jadi ahli umno. inilah masalahnya entah bila bangsa KDM ni bertukar jadi melayu. inilah buktinya kebodohan rakyat sabah. disebabkan umno/BN, PTI bermaharajalela di sabah tetapi rakyat sabah masih undi mereka. tengoklah sarawak bro..mereka ni walaupun sokong BN tetapi pantang terima umno. org2 sarawak benar2 tak suka umno tak tak mahu umno bertapak di negeri mereka sbb mereka tahu kalau umno jadi parti dominan, urusan negeri semakin sulit.
ReplyDeletesampai bilakah pemikiran rakyat sabah akan jadi bijak macam rakyat sarawak? inlah jadinya sabah sekarang masalah PTI sudah menjadi TABOO di sabah. PTI yg dapat status penduduk tetap (tiada mykad) tetapi anak2 mereka semua ada MYkad. sepatutnya rakyat sabah berfikir panjang adakah undi mereka berbaloi undi BN yang mencipta masalah paling besar di sabah?
oleh itu, kita kena undi PR kerana hanya mereka saja yg menjadi harapan rakyat sabah untuk cuba selesaikan masalah ini. kalau harapkan BN, tunggu kiamat dulu lah biar semua orang mati barulah masalah ini selesai.
Tapi setengah Sabahan ndak suka orang Sememnanjung bah. Meeka hanya suka PATI. Macam mana ituh ? Mngkin org Semenanjung sokong PR dan PATI sokong BN. Tapi bg aku Kadazanmurut mmpunyai suara keramat dn amat di takuti oleh BN/UMNO. Sebab suara itu harus dmusnahkan.
ReplyDeleteIni Kali lah kita muda mudi dah muak ini BN/UMNO so kita tukar ke PR.kalau dula kita dah tukar Usno,Berjaya,PBS bah ini time lah kita tukar ini BN/UMNO ke PR.Orang Sabah berani mencuba penentu generasi akan datang.
ReplyDeleteSial PTPTN boleh tanguh bayaran 2 tahun kalau belum kerja tapi faedah pentakbiran 3%-4% terus jalan,apa ini bukan tolong tapi along kerajaan BN.Tukar ini kerajaan ke PR baru belajar free.INI KALI LAH JATUH KAU BN(BARANG NAIK)/UMNO.
ReplyDeletesekarang ni semua pemimpin KDM adalah BN.Mereka ini adalah penghianat kepada KDM.Jangankan hanya diputerajaya PR kita menangkan,disabah pun harus kita menangkan.Hidup KDM ,hapuskan PATI.
ReplyDeletePenduduk asal adalah Kadazanmurut Dusun sebenar bole mncorakkan pola pentadbiran Sabah. Hanya BN/UMNO takut meeka ndak lagi dpt sapu segala macam hasil bumi, jika Kadazanmurut brsuara maka harus dpecahkan suara mereka ini. Kita kena baca modus operandi BN. Sama spt PRU atau by-election, jika prtandingan 1 lwn 1, BN akan sponsor sapa2 mangkuk hayun utk jadi calon Bebas. Guna bgi memecah undi pembangkang dsamping mengugut pengundi BN. Itu fenomena brkaitan KERAjaan UBN. Kembalikan suara Kdzn Murut ini. Bangsa SUNGAI dKinabatangan juga seolah2 tnggelam oleh kemasukan bramai2 warga asing dsana yg mana hampir 200 000 org pndatang dsituh. Itu fakta brkaitan kerajaan UBN. Makna semakin lama BN mamarintah, bukan kata BARUA Umno jer yg pupus...kita semua trancam oleh situasi semasa. Tukarle kpd kerajaan rakyat/baru agar kedaulatan negara/negeri trjaga.
ReplyDeleteEhh,mana komen dr PENCACAI ANGKAT NAJIS UMNO atau Ustaz2 merekah ?
ReplyDeleteini time lah kau tau tinggi itu lang Bn/UMNO,tukar BN?UMNO ke PR di PRU 13.
ReplyDeletewalaupun saya dari spesis KDM, saya bersetuju bahawa KDM sekarang ini adalah tali barut UMNO @ BN . Dari itu harus hati2 agar Negeri SABAH dan penduduk nya tidak terjerat dalam kemusnahan identiti .Perlu diingatkan UMNO@BN adalah penternak PTI.
ReplyDelete1 org drp 800 000 warga Indon yg dpt ic segera iaitu SYARIPA @ SYARIFAH LAILA BT S. ALWI. Asal dr Nunukan masuk M'sia dgn Pas Lintas Sempadan (PALIBA) kini selamat dr tindkan Jab.Pendaftaran yg menyaksikan beliau memiliki ic brnombol : 550403-12-5446. Walau mngkin JPN tlh membatalkan kad pengenalan lama dr nombol : H 0492001 - H 0494500 tetapi tidak melibatkan kad pengenalan lama milik Syaripa ini. Kini jadi pengundi di DUN Apas. Maknanya, warganegara ituh bah. ADUN Sebatik, YB Muis Picho juga PATI yg masuk keluar masuk keluar Sabah atas alasan trtentu sedikit masa lampau, tau2 sudah dpt ic palsu dan jadi YB lagih. Inilah parjuangan Pemuda UMNO Sabah, bah.
ReplyDeleteKDM tidak akan menang selama-lamanya KDM hanya ikut-ikutan kepada bangsa lain.Lihat sekarang KDM pun masuk BN-UMNO maka UMNO khas untuk
ReplyDeletemelayu semanjung. Semasa perang jepun dulu bila orang KDM bunuh orang Jepun orang-orang KDM cepat-cepat lapor pada Kumpitai maka orang berjuang akhirnya di pancung Bererti Tuhan sudah anugerah KDM hanya bangsa-bangsa ikut-ikutan pada bangsa lain. Apa lagi jangan salah KDM yang lain tapi fikir jugalah !
KDM tidak akan menang selama-lamanya KDM hanya ikut-ikutan kepada bangsa lain.Lihat sekarang KDM pun masuk BN-UMNO maka UMNO khas untuk
ReplyDeletemelayu semanjung. Semasa perang jepun dulu bila orang KDM bunuh orang Jepun orang-orang KDM cepat-cepat lapor pada Kumpitai maka orang berjuang akhirnya di pancung Bererti Tuhan sudah anugerah KDM hanya bangsa-bangsa ikut-ikutan pada bangsa lain. Apa lagi jangan salah KDM yang lain tapi fikir jugalah !