Thursday, September 20, 2012

Arab Saudi tolak permohonan tambah kuota haji

Arab Saudi menolak permintaan 40 negara untuk menambah kuota haji mereka tahun ini kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, lapor akhbar-akhbar tempatan di negara itu hari ini.

"Kementerian memohon maaf kepada semua negara yang telah memohon untuk menambah bilangan jemaah mereka tahun ini... (kerana) projek-projek besar pembangunan di Mekah dan Madinah yang menjadikannya sukar untuk menampung jumlah yang lebih ramai," kata Menteri Haji Bandar al-Hajjar, lapor AFP.

Setiap negara Islam diberi kuota haji sebanyak 1,000 jemaah bagi setiap sejuta penduduk

Sistem kuota dikenakan selepas tindakan polis Arab Saudi untuk menghalang demonstrasi jemaah Iran mengadakan bantahan anti-Amerika dan anti-Israel pada tahun 1987, mencetuskan pertempuran di mana 402 orang terkorban, termasuk 275 rakyat Iran.

Tahun lepas, hampir tiga juta jemaah Islam mengerjakan haji yang merupakan satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia.

Sebelum ini kerajaan Malaysia dilapor berusaha mendapatkan kuota tambahan untuk 10,000 jemaah, sekali gus mengurangkan jumlah yang keciciran pada tahun ini.

Kerajaan sebelum ini mengaitkan pengurangan kuota haji dengan demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lalu.

-MK

12 comments:
Write comments
  1. Inilah akibatnya perhimpunan Bersih yang diadakan Julai lalu.sampai di Arab Saudi pun besar kesannya.

    ReplyDelete
  2. Terima sajalah keputusan tu. mungkin di masa lain kuota akan ditambah juga.

    ReplyDelete
  3. Lain kali jgn bca suratkhabr UMngok atau jgn nengok TV3suku tu. Kuota haji takde kena mengena dgn Bersih 3.0 tu. Kerajaan Arab Saudi tak tau mnahu pun. Cuma kawasan ibadat haji tu dlm proses menambh baik kawasan agar bole tampung jemaah yg ramai pd masa depan. Sementara penutopan beberpa lokasi tu, jemaah dhadkan . Yg tolak tu bukan jemaah yg nak ambil haji, tapi penambahan yg dminta. Maknanya juga kalau selama ni 100 000 org mngkin nak mnta 160 000 org. Memang sah dlm kepala org UMngok kata jemaah haji dtolak oleh Kerajaan Arab kerana trlibat dgn Bersih dsana dulu. Bodoh pnya UMngok.

    ReplyDelete
  4. Apa pun terpaksalah terima keputusan yang dibuat oleh pihak Arab Saudi mengenai penolakan permohonan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Ini tidak akan kaitan dengan BERSIH. Tapi ini disebabkan oleh pembangunan yang sedang dijalankan di Negara tersebut.

    ReplyDelete
  6. Ramai jemaah mahu menunaikan haji

    ReplyDelete
  7. Mungkin setelah projek-projek pembangunan di dua bandar suci Mekah dan Madinah sudah siap, Kerajaan Arab Saudi akan bersetuju untuk tambah kuota Haji?

    ReplyDelete
  8. Harap mereka yang belum pernah berpeluang menunaikan haji di Mekah dan Madinah akan mendapat peluang tahun ini.

    ReplyDelete
  9. Adakah pengurangan kuota haji disebabkan demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lalu?

    ReplyDelete
  10. penambahan kuota ditolak kerana tidak dpt menampung jmlah jemaah yang ramai.

    ReplyDelete
  11. Bila proek sudah siap, mungkin akan dipertimbangkan la permintaan 40 negara tu.

    ReplyDelete
  12. so what? bermakna Arab Saudi bersetuju supaya Ambiga anjurkan lagi demonstrasi di sana?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.