Sunday, September 23, 2012

Tamu Tukau Jaya Perlu Dinaik Taraf

MIRI - Tamu Tukau Jaya di pinggir jalan Bakam Miri patut dinaik taraf agar ianya nampak kemas dan teratur. Ramai juga pengunjung datang ke Tamu tersebut terutama sekali pada hari Sabtu dan Ahad walaupun nampak sangat daif tetapi ianya cukup stategik untuk menjual hasil terutama bagi penduduk kampung di kawasan tersebut.

Salah seorang daripada penjaja Tamu mengatakan, jika boleh, kerajaan memperuntukkan tapak Tamu khas bagi penduduk di kawasan itu kerana dari situ mereka boleh menjual hasil tanaman mereka dalam keadaan yang lebih selesa bukan saja kepada penjaja tetapi juga kepada pengunjung yang datang ke situ.

Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut bekerja sebagai nelayan dan petani. Dengan pendapatan yang serba sederhana mereka perlu sebuah tapak yang kekal untuk menjual hasil mereka.

Tapak tamu yang mereka gunakan sekarang adalah harta milik persendirian. Mereka hanya menumpang di tapak tersebut sementara masih kosong. Kebanyakan tanah sepanjang pinggir pantai Miri sekarang ini dimiliki oleh golongan elit dan juga golongan hartawan.

Nasib penduduk asal yang tinggal di situ agak terpinggir akibat sukar untuk memiliki tanah sendiri. Mereka umpama menumpang di tanah sendiri akibat sistem pemilikan tanah yang sukar untuk dimiliki sekarang.

Apabila mereka memohon tanah di pejabat tanah dan ukur, mereka terpaksa melalui beberapa proses atau prosidur yang menyukarkan untuk penduduk miskin mendapatkannya.

Tetapi apabila pihak syarikat atau pihak pemaju memohon tanah dengan mudah mereka ini mendapatkan tanah kerajaan tersebut. Inilah persoalan yang sering bermain dalam fikiran rakyat tempatan, mengapa sukar sangat pihak kerajaan memperuntukan tanah untuk kediaman serta tempat bercucuk tanam untuk rakyat tempatan yang memerlukannya.

Mereka berharap pihak kerajaan dapat membantu mereka memperuntukan tapak serta tempat perniagaan kekal. Sekurang-kurangnya Tamu itu nanti dapat memberi mereka peluang berniaga dan menghasilkan pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung bantuan atau subsidi kerajaan.

Kita mendesak kepada pihak kerajaan dan yang berkenaan agar segera mengatasi dan menyelesaikan masalah penduduk kampung Tukau ini dengan segera, supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik lagi. Harap pihak yang berkenaan dapat melaksanakan tugas mereka dengan amanah, jujur dan adil untuk semua.


Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

15 comments:
Write comments
  1. mana pegi RM21b harta keluarga Taib tuh ? Tolong2 le jenguk kawasan kamik nih. Kamik semua tak mau wang kamu ituh tapi kamik mau Tamu ini dnaik taraf shj. Bintulu dah kata suda maju, kamik mau jugak dMiri. Cekali lagih, mana itu RM21b mau kasi tolong kamik. Isteri suda muda. nanti kaluk MB kelantan dtg bagi wang kamuk nanti marah sama kamik.

    ReplyDelete
  2. Siapa wakil rakyat kawasan tersebut? buat permohonan ikut saluran yang betul, kemukakan dengan ADUN2 & ahli parlimen yg berkaitan...

    ReplyDelete
  3. Naiktaraf untuk kepentingan bersama.

    ReplyDelete
  4. Pastikan hal ini diselesaian.

    ReplyDelete
  5. Ini adalah untuk kepentingan bersama, jadi tidak ada alasan untuk mreka tidak menaiktaraf keadaan itu.

    ReplyDelete
  6. kesianlah keadaan gerai dia ni..pasti wakil rakyat pun sibuk2 sudah pasal ni kalau sudah dekat PRU.

    ReplyDelete
  7. Semoga bantuan akan diberikan untuk menaik taraf tempat tersebut.

    ReplyDelete
  8. Taib kan sangat kaya. Hulurkan la bantuan kepada peniaga ini.

    ReplyDelete
  9. Rintihan rakyat perlu didengari kerana mereka yang menjadi penentu masa depan negara pada PRU13 ni

    ReplyDelete
  10. tamu ini wajar dinaiktaraf, ia dah menjadi tumpuan ramai.

    ReplyDelete
  11. semua urusan sekarang mahu guna $$$.. siapa banyak $$$ senang la beli tanah.. kalau tidak ada $$$, macam mana mahu beli tanah? minta percuma?

    ReplyDelete
  12. anyway, gerai tu bagus tukar kepada lot simen.. sediakan kemudahan2 seperti air paip, tandas awam dan apa yang difikirkan sesuai..

    ReplyDelete
  13. Diharapkan pihak berkuasa akan menaik taraf Tamu Tukau Jaya supaya lebih menarik untuk para pengunjung.

    ReplyDelete
  14. Harap kerajaan akan memperuntukkan tapak Tamu khas bagi penduduk di kawasan setempat bagi memudahkan mereka menjual hasil penanaman mereka.

    ReplyDelete
  15. Penduduk situ PATUT buat demonstrasi kalau tidak sampai kiamat pun kerajaan tak hirau! Kalau di semenanjung dah tersebar luas dlm media alternatif. Disarawak penduduk lembab sangat sebab itu isu sebegini kerajaan tak ambik put!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.