Tuesday, September 25, 2012

Calon Pro-Mahasiswa UKM Terima Ugutan Bunuh

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMuKM) mendedahkan, enam calon mereka menerima ugutan bunuh dan culik jika tidak menarik diri dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) esok.

Jurucakap GMuKM, Ahmad Afef Zulkepli berkata, ugutan itu disampaikan melalui panggilan telefon kepada keluarga mangsa.

Beliau percaya, ugutan tersebut kerana ada pihak yang takut melihat kebangkitan pro-Mahasiswa dalam PRK kali ini, lebih-lebih lagi apabila PRK seringkali dilihat sebagai petunjuk kepada pilihan raya umum.

“Malah, sudah tujuh calon kita menang tanpa bertanding…(sedangkan) pro-Aspirasi tidak cukup calon sehingga ada yang dipaksa bertanding oleh pihak pentadbiran universiti,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Menurut beliau, sabotaj turut berlaku apabila sepanduk calon disimbah cat, sama seperti program-program Pakatan Rakyat.

“Kami yakin perkara ini (ugutan dan sabotaj) tidak akan berlaku kecuali ada campur tangan daripada pentadbiran universiti dan Umno BN.

“Justeru, kami tuntut Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pelajar, Profesor Ir Dr Osman A Karim menafikan kewujudan campur tangan universiti dalam PRK,” kata Ahmad Afef.

8 Mei lalu, Gagasan Pro Mahasiswa Nasional mendedahkan operasi ‘Ops 2020′ yang menunjukkan campur tangan Pejabat Perdana Menteri dalam penangguhan PRK yang sepatutnya dibuat Mac lalu.

Berhubung perkara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia pada 29 Ogos lalu meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menilai tahap PRK yang tidak adil.

Sementara itu, Presiden Ikatan Studi Islam uKM (ISIuKM), Muhamad Azan Safar memaklumkan kemenangan tujuh kerusi tersebut masih belum terjamin.

Katanya, ini kerana ada maklumat jelas menunjukkan pihak pentadbiran universiti akan campur tangan untuk menafikan kemenangan calon pro-Mahasiswa.

Tambah beliau, mungkin ada calon yang akan dibatalkan kemenangan mereka melalui kesalahan teknikal sesama pencalonan yang dipandang serius universiti.

Mengiringi mereka dalam sidang media itu adalah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Dua laporan polis dibuat keluarga mangsa yang menerima ancaman bunuh itu.

Pagi tadi, Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto turut lapor polis berhubung ugutan tiga samseng upahan di kediaman beliau di Seksyen 17, Petaling Jaya. -KD

14 comments:
Write comments
  1. Pencacai UMporno memang tak percaya cerita ugut2an nih tambahan pulak jika ugutan dr BN kepada mana2 yg pro PR. Kalau Mahathir dan Rahim Nor dulu boleh dia kata DSAnwar tumbok mata sendiri kes mata lebam, takkan pencacai UMporno tak bole brcakap spt itu dlm kes ugutan trhadap mahasiswa nih. BIASA LE,,UMPORNO.

    ReplyDelete
  2. Kita harap siasatan akan dibuat atas ugutan yang dibuat ini.

    ReplyDelete
  3. Ketua Wira Perkasa Gelang Patah, joHoR, telah memberi amaran agar bendera PAS dturunkan dr premis rumah seorg ahli PAS. Selepas itu pula, waktu subuh hening, 2 markas PAS kena sabotaj dmana bendera PAS serta cermin tngkap kena pacah. Kes trbaru dJohor selepa ssetahun lalu, rumah PjPAS JOHOR kena bakar dan trbakar sekali dgn kereta beliau. Mana siasatannya ? Betul le Mahathir kata MALAYSIA NDAK SALAMAT.

    ReplyDelete
  4. Kenapa perlu sampai main ugutan bunuh ni??

    ReplyDelete
  5. Belum p/raya umum negara. Ini baru peringkat universiti pun ada kes macam ni?

    ReplyDelete
  6. Kalau PRU gerenti lebih 'hebat' dari ini. apapun, laksanakanlah pilihanraya dengan bersih dan adil.

    ReplyDelete
  7. terima sajalah kalau tidak terpilih.jangan buat kerja2 tidak berfaedah.

    ReplyDelete
  8. Ini lah keburukkannya sistem sebegini

    ReplyDelete
  9. Namun bukan semua dpat kita puaskan kerana masing2 mempunyai kepentingan dan kepentingan tersendiri.

    ReplyDelete
  10. pilihanraya kampus pun dah mcm ni.. byk kontroversi

    ReplyDelete
  11. inilah hasilnya jika budak bawah umur dibenarkan terlibat dalam kancah politik..

    ReplyDelete
  12. ini masih student lagi ni,, kalau sudah jadi ahli politik, huru hara la negara dibuatnya..

    ReplyDelete
  13. Enam calon mereka menerima ugutan bunuh dan culik jika tidak menarik diri dalam Pilihan Raya Kampus.

    Perlukah sampai begitu serius?

    ReplyDelete
  14. Diharapkan pihak Universiti akan melakukan yang terbaik demi keselamatan calon-calan ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.