Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu isu penggunaan jet peribadi ketika beliau ke Sabah dan Sarawak tidak pernah disembunyikan.
Malah beliau turut meminta Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk mengambil gambar dan menyebarkannya melalui laman twitter agar semua rakyat tahu apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
"Penggunaan jet peribadi ini adalah bagi perjalanan saya dari Kuala Lumpur, Labuan, Kota Kinabalu dan Kuching seterusnya balik semula ke Kuala Lumpur.
"Saya melihat mereka memperbesarkan isu ini yang lebih kepada kepentingan peribadi mahupun wujud unsur rasuah, malah kita lebih telus memberitahu kepada semua dan perkara ini boleh disemak," jelasnya pada sidang media di lobi parlimen.
Anwar turut memberitahu, beliau telah menjelaskan perkara tersebut melalui laman twitternya sebelum ini.
"Mereka yang ingin mengetahui siapa pemilik jet tersebut boleh menghubungi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia kerana semua maklumat pemilik ada dalam simpanan DCA," sambungnya lagi.
Anwar yang sebelum itu memberitahu, beliau dihubungi rakannya bahawa ada seorang individu yang sanggup memberi kebenaran beliau menggunakan jet peribadi tersebut.
"Jet peribadi ini diuruskan oleh rakan saya dan siapa pemiliknya mereka yang ingin mengetahui oleh hubungi DCA.
"Ia macam saya bila kereta rosak, maka kawan akan memberi pinjam kereta mereka begitulah urusan penggunaan jet tersebut," sambung beliau lagi.
Anwar yang secara berselorok menyatakan beliau hari ini juga terpaksa meminjam baju kot dari rakannya kerana tidak membawa bajunya sendiri serta menyifatkan itu perkara biasa apabila ada rakan ingin membantu.
"Saya tahu banyak isu akan ditimbulkan dan sebelum saya bersetuju untuk menerima bantuan jet peribadi itu, saya telah pastikan bahawa pemilik tersebut tidak mempunyai apa-apa kepentingan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Umno dan MCA cuba memperbesarkan isu ini adalah bertujuan untuk menakutkan ahli-ahli perniagaan agar tidak lagi membantui Pakatan.
"Tetapi mereka terus merahsiakan isu-isu rasuah, penyelewengan serta penggunaan dana awam untuk kepentingan mereka sendiri," tegasnya.
Dalam pada itu, beliau juga turut memberitahu jika ada ruang dari ahli-ahli perniagaan yang ingin meminjam jet peribadi mereka beliau mengalu-alukannya terutamanya apabila hampir pilihanraya nanti.
"Kita perlukan helikopter di Sabah dan Sarawak termasuk jet peribadi untuk urusan kita (Pakatan) jika terlalu terdesak untuk ke mana-mana," tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.
-HD
Tuesday, September 25, 2012
Isu bantuan jet peribadi kepada Anwar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masalah apa kalau Anwar guna jet pun ? Shahrizat Jalil tu sebat RN250 juta pun rasa ok...jer. Tak kan nak kayuh perahu dr semenanjung nun.
ReplyDeleteJangan fikir pengunaan jet peribadi,orang hendak bentu itu hak dia.Tulong fikir harga barang yang melambong naik,terutamanya diSabah dan kerjaan harus buat penapis minyak mentah diKimanis Sabah,bukannya hantar keSarawak.Janji tepati.
ReplyDeleteBila orangbn/umno guna boleh pula tak ada isu pun.......why bila pembangkang guna bnyak pula komplen,,,,, manusia bila dah tak adil dri awal akhirnya juga akan sama dan tak akan berubah...bila orng lain guna takbetul tpi bila mereka rembat wang rakyat boleh pula dan senyap pula mcm tak da telinga. Bodoh sangat nampaknya manusia skrang.
ReplyDeleteAnwar sewa jet dari usahawan melayu. namanya taufik. tapi ndak taula letak nama taufik aja atau pun macamana.. biasalah anwar. pandai sembunyi isu & keluarkan isu..di bawah ini adalah buktinya.
ReplyDeleteKUALA LUMPUR 24 Sept. - Seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet eksekutif milik syarikatnya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun enggan mengulas berhubung kos sewaan jet tersebut.
Beliau yang merupakan Pengerusi TJets Sdn. Bhd. juga menolak dakwaan memiliki jet tersebut.
Begitupun, beliau mengesahkan syarikatnya bertanggungjawab menguruskan jet yang digunakan oleh Anwar selama dua hari ke Labuan, Sabah.
*KASTHURI JEEVENDRAN
Itu Anwar seorg YB Ketua Pembangkang. Ada ratio kalu guna/naik jet. Tapi yg aku rasa peliknya, anak Nazri Aziz tu siap ada pengawal peribadi lagih. Bole tumbok org lagi yg jaga keselamatan pulak kondo. Dah masuk tempat org.,buat le cara dtempat org. Dulu2 dKedah, anak MBnya TS Osman Aroff, pakai kereta rega RM300 000. Itu baru anak MB, hanya MB UMNo takde siapa prtikai ( ramai tak tau pun ). Kalau budak tu anak DS Anwar...alamakk,satu dunia akan kecoh, you. Jadi,berbalik dlm isu jet nih sebenarnya ndak isu pun. hanya parmainan UMNO giler aje. Nak tutop macam kes dlm UMNo yg brlaku dan suda rakyat tau semuanyah. Bikin cerita yg kontra bagi membodokan rakyat dbawah inih.
ReplyDelete**Raja Sulu'
Bukan alang2 transportation Anwar. Jet ba dia naik.
ReplyDeleteAnwar bukan sewa jet. Tu jet loan lagi masih tapi ada 'kawan' dia bayar. Siapa la kawan dia tu
ReplyDeleteNtah2 pak arab yg sponsor jet itu,bah. Fuyyooo..hebat kau,bah. Sakarang jugak aku undi PR bah.
ReplyDeletekenapa perlu hubungi DCA. kan lebih mudah kalau Anwar sendiri dedahkannya.
ReplyDeleteHubungi la DCA jika begitu.
ReplyDeleteMacam banyak yang menaja Anwar and the gang ni.
ReplyDeletelebih mudahlah Anwar bergerak kalau ada jet sendiri. tiadalah kena sekat di lapangan terbang.
ReplyDeleteOrang Melayu tak habis2 nak DENGKI antara satu sama lain.
ReplyDeleteNajib & Rosmah tu, kalau pergi OVERSEA, Duta2 Malaysia banyak COMPLAINT cakap BOROS shopping. Kadang2 siap tempah LIMO lagi nak bawak barang2 shopping mereka.
Tapi kita matang la. Standard dia PM, bukan orang2 biasa.
Kalau DSAI naik JET, tambah2 lagi orang SPONSOR, itu pun kan KECOH ker?
Nampak sangat kita Melayu nie KEBELAKANG.
Orang Putih setakat JET nie tak heran la. Bukan kata JET, Heli, Bot2 Mewah, Kapal2, mereka berlambak2 SPONSOR orang2 VVIP. Membuktikan mereka bukan CAP AYAM punya BUSINESSMAN.
Kita baru ada BMW dah rasa DUNIA nie kita punya. Orang2 BN memang selalu rasa DUNIA nie dia punya. Kereta pun HUTANG, ada hati nak CAKAP BANYAK!!!!
Tu yang tak senang duduk bila ada orang SPONSOR DSAI naik JET. Pigidah BN!!!! Borak jer KENCANG!!!!
KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!
Kesian bn, hari demi hari dok jaja citer x masuk akal. Cuba bayangkan, 2 hari dah utusan meloya dok jaja citer ini, mcm dah x ada citer lain. Ini hanya menampakkan ada pihak sedang terdesak. Klau jet dinaiki Ds Anwar nak dijadikan isu, sbnarnya ini buatkan pihak lain yg terkena. Rakyat akan berkata, yg menteri2 bn dok naik jet peribadi itu apa citer, ek?! Bukan ke itu lagi teruk. Itu kan guna wang cukai rakyat. Ini adalah taktik yg kononnya nak kenakan pihak lawan, tapi akhirnya diri sendiri yg terkena...
ReplyDeleteRakyat tunggu cerita bajet bukan nak cerita hal naik jet. Tumpang jet orang bukannya beli jet sendiri dengan wang korupsi.
ReplyDelete**Gaman Sabah!!
kenapa bengap sgt puak blogger umno sampai jet yg dinaiki pemimpin Pakatan Rakyat khusunya PKR menjadi isu besar atau mimpi ngeri bagi mereka? Apa lagi sibengap dari Tibai menuduh kaitkan jet ini disewa dan dibayar oleh penaja yahudi...mmg mudah untuk menuduh dan membuat fitnah...banjingan mcm ini hidup diatas upah yg mereka dpt untuk membuat fitnah dan menyerang Pakatan Rakyat...mereka banjingan ini sebenarnya sdg memakan meminum nanah dan daging busuk yg mereka cipta sendiri...mereka sensasikan perkara ini untuk kepuasan pemimpin syaitan yg mereka kenali...lihat saban hari mereka sanggup minum nanah dan makan daging busuk dari badan mereka sendiri...nak mampus?
ReplyDeleteTapi bagaimana Anwar mendapat duit sebanyak itu untuk pesawat peribadi ini? Memang ada tajaan dari pihak luar ini kan. Kalau Anwar rasa itu tidak salah jadi kenapa kalau ahli BN yang mendapat kemudahan ini juga dibesarkan oleh pihak pembangkang.
ReplyDeleteMengenai isu Soros itu bagaimana pula? Nampaknya semakin terbongkar rahsia Anwar sekarang ini.
ReplyDeleteMurah hati yang memberi kemudahan kepada Anuar.
ReplyDeleteHal ini akan membongkar rahsia lain Anuar.
ReplyDeleteAnwar bukan sebarang manusia.. cita2nya amat tinggi. dia sanggup buat apa shj demi mencapai cita2nya. cuma aku terpikir bagaimana kemampuan dia `ayat` tokey2 yahudi..
ReplyDelete*selagi kau berpolitik, kau adalah betul! cz.. pengikut2mu sentiasa bersubahat & sehabis daya mempertahankan dirimu! bawalah bukti apa2 pun! pastinya penyokong2mu akan berteriak & buat apa shj bagi membetulkan kamu yg mmg banyak tak betulnya.
*dulu aktivis pemuda umno, reformis anwar & aktivis abim
memasuki politik, manjadikan kita lebih hasad, lebih ndak bersyukur dan berhati busuk sentiasa. itu adalah risiko jika seseorang masuk politik!
ReplyDeletemacam aku!
**yasir arafat
dulu ada juga Menteri Pertahanan guna jet peribadi ke Mekah utk tunaikan haji. Isteri pergi dulu lepas itu,sambut beliau dmekah. Jet tu diatur oleh sahabat beliau Sheikh Rozi dan akjhirnya dapat datuk. Ada jadi kes besar ke? Dsana pulak,siap guna kereta Tabung Haji lagi utk angkut barang2 perubadi..kan salahguna kedudukan tu? Ada sapa2 perasan ke..atau buat2 ndak perasan.
ReplyDelete**yassir arafat
untuk saya orabg sabah bah!!
ReplyDeleteYg UMNO susah hati yg Anwar tu Naik jet Buat Ape.. Bukan Guna Duit Rakyat.. Harta Rakyat macam Rosmah!! Mungkin Orang UMNO Marah bila Anwar Naik Jet Depa tak dapat Baling Cat Merah.. kah kah kah kah.. Kalau Aku ade Jet Pun Aku Taja Anwar.. Memang Aku nak UMNO Cepat mampuih.. Meyusah kan Rakyat.. Ramai lagi Ahli Korperat.. Usahawan Tak Sabar2 Nak Tukar Kerajaan Baru.. Ekonomi Malaysia terlalu Teruk!!
Ada pemimpin UMNO beria-ria mahukan siasatan dijalan...seolah olah naik jet itu kesalahan besar...inilah politician Malaysia.. terutamanya dari UMNO.. non issue dijadikan issue..dan tajuk muka depan media pencacai.. apa maknanya ini semua.??
ReplyDeleteAnwar perlu perjelaskan, siapa taja jet tersebut?
ReplyDeleteTidak cukup dengan bas mewah,Pakatan Rakyat kini mempamerkan jet mewah pula dalam usaha mereka ‘mendekati’ rakyat marhaen.Jika dulu PR sering menuduh pemimpin BN suka bermewah dan membazir dan sering menonjolkan imej pemimpin mereka sebagai zuhud,merendah diri dan berjimat cermat.Tetapi hari ini,itu semua hanya tinggal ‘kenangan’ kerana jelas pemimpin PR adalah jauh lebih mewah dari BN.
ReplyDeleteSebenarnya,kemewahan pemimpin PR,terutamanya Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang rahsia.Melihat dari cara hidup dan jumlah kunjungan beliau ke luar negara dalam setahun atau sebulan,tidak salah untuk dikatakan bahawa kemewahannnya adalah setanding atau lebih hebat dari seorang Ketua Negara.
ReplyDeleteMungkin Anwar yang dilaporkan hampir gila kerana tidak tertahan-tahan ingin menjadi Perdana Menteri sudah tidak sanggup lagi untuk berpura-pura. Beliau yang menjadi mewah secara mendadak,sejurus selepas menjawat jawatan di dalam kerajaan suatu ketika dahulu,tidak mampu lagi untuk menutup citarasanya ke arah kehidupan yang mewah secara melampau.
ReplyDeletedi pihak PR sendiri,belum pun mendapat kuasa,jurang antara pemimpin PR dengan rakyat sudah begitu jauh sekali dan begitu ketara.Tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jika Anwar dan PR benar-benar berkuasa.Agaknya,apakah jenis istana yang bakal didirikan mereka, yang pastinya lengkap dengan sistem keselamatan tercanggih ala Israel.
ReplyDeleteGambar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam sebuah jet peribadi yang dikatakan beliau merupakan sumbangan dari seorang seorang rakan, sebenarnya sudah cukup untuk mendedahkan sikap sebenar Ketua Pembangkang Pakatan Pembangkang itu.
ReplyDeleteAnwar ini kadang-kadang tidak sedar, bahawa dia sendirilah yang mendedahkan siapa dirinya yang sebenar kepada masyarakat awam. Inilah Anwar. Saya sendiri dah kenal dia lama. Kata Datuk Ibrahim Ali
ReplyDeleteKatanya: Saya tak nafikan dia memang orang kaya sejak dari dulu. Semasa bergerak aktif di Yayasan Anda pun Anwar dilihat sebagai seorang lelaki yang mempunyai bercitarasa tinggi.
ReplyDeleteItu belum lagi jadi Perdana Menteri. Saya rasalah kalau dia jadi Perdana Menteri, mungkin setiap seorang dari kepimpinan Pakatan akan beli jet untuk kegunaan peribadi mereka. Selain itu, disebabkan sekarang ini dia banyak masalah, jadi Anwar nak beri keyakinan kepada para pengikutnya, bahawa dia kini sekarang kuat. Kemudian, dia ajaklah dua tiga orang-orang kuat dia naik jet.
ReplyDeleteBagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Anwar akan menafikan segala apa yang didakwanya itu dalam ceramah-ceramahnya yang akan datang.
ReplyDelete