Saturday, September 22, 2012

Hina Warisan : KITA Saran SKMM Jalankan Siasatan

KEMABONG: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) digesa agar menjalankan penyiasatan terperinci latar belakang pemilik laman sesawang suara pakatanrakyat.com yang menerbitkan artikel menghina warisan kebudayaan negeri ini seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan itu.

Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah Mutang Dawat @ Sylvester (gambar) berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Jumaat sebagai mengulas isu kontroversi penghinaan warisan kebudayaan suku kaum di Sabah yang ditulis didalam blog bertajuk “Tarian Sumazau untuk golongan rendah akhlak “.

Beliau berkata, adalah dipercayai kerja kerja seperti itu didalangi oleh golongan tertentu yang tidak bertanggung jawab yang bertujuan untuk mencetuskan kebencian rakyat negeri ini khususnya masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) terhadap pembangkang kerana ia turut memaparkan alamat blog menyerupai sebuah parti pembangkang.

“ Itu sebabnya pihak SKMM perlu membuat penyiasatan rapi siapakah sebenarnya pemilik blog itu supaya kita dapat siasat siapa pelakunya.

“ Kita tidak mahu terperangkap dengan tipu muslihat seperti itu kerana kecanggihan siber dan multimedia masakini macam macam boleh berlaku tanpa mengira kesan penyalahgunaan kemudahan tersebut kepada golongan yang menjadi mangsa fitnah,” tegasnya.

Sehubungan itu, Mutang sependapat dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman baru baru ini bahawa kepelbagaian kaum dan senibudaya yang ada dinegeri ini yang mempunyai 32 etnik perlu dibanggakan walaupun terdapat perbezaan latar belakang kepercayaan agama namun rakyatnya salin hormat menghormati antara satu sama lain.

Dalam pada itu, ketika menyentuh kajian royalti minyak daripada 5 peratus sebelum ini kepada 20 peratus Mutang berkata, tidak ada sebab Sabah yang dilabelkan sebagai salah satu sumber telaga minyak yang banyak menyumbang kepada Petronas hanya mendapat agehan 20 peratus.

Sebaliknya, rakyat Sabah berhak mendapat agehan royalti ke tahap sama rata atau sekurang kurangnya 50 peratus, tegas beliau.

Oleh: Mail Mathew

34 comments:
Write comments
  1. Begitu banyak hackers atau yang pro IT, takkan tiada yang lansung dapat jejak si penulis melampau tu?

    ReplyDelete
  2. KITA ni dimana bah dia punya alignment ini? Kadang kala berpihak kepada kerajaan, kadang2 pula kepada pembangkang...kalau bertanding ni conform hilang duit deposit nih...

    ReplyDelete
  3. KITA tu jugak macam PERKASA. NGO's tapi kerja mcm nak bodek BN. Bukan kah hinaan trhadap 'warisan' klasik tu dtg dr blogger yg menyamar dan mengaku sbg suara pakatan dan penjelasan panjang lebar dah dkeluarkan. Kenapa suka mengeruhkan keadaan yg dah memang sentiasa jernih. DKedah nun, rupanya Pengerusi KITA yg kena tendang tu bekas penagih tegar dan penghuni Pulau Jerejak. Si Jamil namanya, bukan Jamil b Abu yer. KITA ni yg sepatutnya dbubarkan oleh SSM kerana cuba mewujudkan suasana tegang antara kaum dbumi Malaysia,bukannya SUARAM tuh.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  4. Bila pulak PR hina tarian Sumazau...weii !!. Bahalol punya KITA. Blogger tu semua boleh ngaku dr puak mana. Kalau blogger tu kata "aku sepupu Nik Aziz" pun boleh. Ngaku jer. Bukan trkunci mulut dan tgn pun.Lpeas dia ngaku sepupu Nik Aziz, Mutallib M.D pun buat artikel kutuk Mb Kelantan ru tak pasal2 lepas tu pulak ramai le pencacai UMNo dpt DOSA KERING. Sekali lagi djelaskan...hinaan trhadap Tarian Sumazau tu bukan dr blogger PR...OK !!

    ReplyDelete
  5. Kalu aku bah , jadi ahli KITA, aku keluar karena tengok aje muka pemimpin kami, tiada harapan mbah.

    ReplyDelete
  6. perkara ni memang dalam siasatan.harap2 kita tau siapa sebenarnya yang buat kerja hina orang ni.

    ReplyDelete
  7. Inilah keburukannya dengan IT. bukan guna untuk kebaikan.

    ReplyDelete
  8. hina menghina bukan adalah perkara yang baik

    ReplyDelete
  9. Warisan kita seharusnya menjadi kebanggaan kita

    ReplyDelete
  10. harap warisan kita akan berkekalan,

    ReplyDelete
  11. Elok KITA tu dtukar kepada KAMBING.

    ReplyDelete
  12. PR memang perlu disalahkan atas tindakkan ahlinya yang menghina tarian orang Sabah ini.

    ReplyDelete
  13. Semoga siasatan dibuat atas pihak yang telah menghina budaya orang sabah ini.

    ReplyDelete
  14. Memang SKMM perlu membuat siasatan siapa punya blog tersebut. Kita tidak boleh lepaskan pihak yang telah menyalah gunakan kemudahan yang telah diberikan.

    ReplyDelete
  15. mereka yang menghina kebudayaan orang lain perlu dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  16. parti KITA ni macam tiada-tiada di Sabah..

    ReplyDelete
  17. biarlah pihak yang berkuasa melakukan siasatan terhadap pekara ini.

    ReplyDelete
  18. perbuatan menghina adala tidak baik dan boleh memberi kesan negatif.

    ReplyDelete
  19. harap isu seperi ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  20. Ciri-ciri keunikan kebudayaan harus dinikmati dan dihargai.

    ReplyDelete
  21. kita harus hormati budaya orang lain.

    ReplyDelete
  22. siasat siapa yang buat penghinaan tersebut.

    ReplyDelete
  23. IT jika tidak digunakan dengan wajar, buruk akibatnya.

    ReplyDelete
  24. Hayati budaya orang lain, orang juga akan hayati budaya kita sendiri.

    ReplyDelete
  25. Do not insult others to satisfy his/her own.

    ReplyDelete
  26. jangan sekadar menggesa.. buat la laporan polis.. biar berlambak laporan polis..

    ReplyDelete
  27. pemimpin2 Pakatan macam kurang ambil perhatian pasal ni.. kantoi ka?

    ReplyDelete
  28. KDCA mengecam keras tindakan tidak beretika oleh blog tersebut, memang tak patut buat macam tu.

    ReplyDelete
  29. Blog tersebut juga menggambarkan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut sebagai kumpulan minoriti dan tidak penting dalam arena politik negara, ini langsung tidak betul.

    ReplyDelete
  30. Artikel dalam blog itu jelas mengguris dan menyinggung perasaan masyarakat kaum utama di negeri ini sebagai rakan kongsi dalam pembentukan sebuah negara Malaysia, harap penulis blog itu akan memohon maaf kepada semua KDM di Sabah.

    ReplyDelete
  31. Semua persatuan berasaskan kaum KDM meminta pihak berkuasa memburu penulis blog tersebut atau kumpulan yang bertanggungjawab terhadap artikel berkenaan dan segera membawa mereka ke muka pengadilan, semoga pihak berkuasa akan bertindak memburu penulis melampau ini.

    ReplyDelete
  32. Artikel tersebut jelas sekali menghina serta tidak menghormati perasaan keseluruhan masyarakat Kadazandusun Murut, malah bertentangan dengan aspirasi Gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan nasional, kita rasa kecewa ada pihak yang tidak menghormati perpaduan ini.

    ReplyDelete
  33. Orang-orang BN-UMNO yang buat jaguh fitnah Masih ingat kah Tengku Razalih pakai "Sigar" BN mengatakan ada tanda cross dan pengkristianity akan terjadi sekiranya semangat 46 menang Masih ingat kah tunjuk perasaan di sabah setelah PBS menang sampailah dibuat cross dekat masjid siapa kah orang buat itu ? orang sendiri.Fitnah !

    ReplyDelete
  34. Biasa OMNO..mereka cipta isu yg pelik2 utk burukkan nama pembangkang. Mereka kata pembangkang yg kata....lama2 pencacai mereka pun terus berkata2. Fitnah itu trsebar meluar angkara syaitan2 yg dkenali tu lah. Mcm isu Timb KM Penang tu. OMNO kata Timb KM yg kata yg Lim G Eng degil lpas tu minta wartawan syaitan mereka brgegas ambil kenyataan TKM. Tak mnjawab pun jadi masalah tapi kalu jawab pun memang masalah besar. Itu OMNO, parti syaitan yg dkenali.Isu tengkolok melibatkan Tg Razaleigh pun sama. tengkolok tu dpakai ntah zaman bila lagi..tau2 PRU ke 8 ke, akhbar Utusex siar yg Tg Razaleigh dah brbaik dgn kristian ( nak naikkan kristian le tu kononnya) yg menyebabkan org melayu marah dan trbenam lah parti Semangat 46 tu...

    **888

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.