Tuesday, September 25, 2012

Belanjawan 2013, apa yang kita harapkan?

28 September ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Belanjawan 2013 atau dalam bahasa sekarang, Bajet 2013.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata ini perlu kerana kos perumahan kini khususnya di bandar raya amat tinggi.

“Di kawasan bandar raya apabila wujudnya projek perumahan baharu, timbul masalah di mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat membeli rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Perumahan adalah diantara masalah besar masyarakat bandar hari ini.

Harga terlalu mahal dan tidak ramai yang mampu.

Harga perumahan dikawasan pinggir bandar juga turut meningkat dengan mendadak, terutamanya dikawasan-kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam.

Kemungkinan besar tuntutan Cuepacs akan ditunaikan kerana maklumlah, penjawat awam bank undi tersebsar bagi Barisan Nasional (BN).

Akan tetapi bagaimana pula dengan pekerja swasta?

Apakah akan terus dianak tirikan dalam bajet kali ini sepertimana bajet-bajet tahun sebelumnya?

Pendapatan mudah kerajaan dalam setiap kali pembentangan bajet adalah kenaikkan cukai bagi produk-produk tembakau dan alkohol.

Tidak siapa akan berani membantah kerana ianya adalah satu tindakan yang “politically incorrect.”

Tetapi kerajaan jangan pula terlupa, sebarang peningkatan cukai tembakau dan alkohol akan menyebabkan aktiviti penyeludupan turut meningkat sama.

Dengan lambakkan produk-produk tembakau dan alkohol yang diseludup, pendapatan kerajaan daripada cukai produk tembakau dan alkohol yang dinaikkan itu tadi akan semakin berkurangan oleh kerana kerajaan tidak mendapat sesen pun hasil daripada aktiviti penyeludupan.

Yang dijangkakan akan turun adalah harga kereta.

Ini adalah kerana Pakatan Rakyat (PR) agresif berkempen mereka mahu menurunkan harga kereta jika mereka dapat menawan Putrajaya.

Tidak ada siapa baik dalam BN mahupun PR membincangkan tentang harga motosikal berkuasa besar yang mahal.

Mungkin kedua-dua BN dan PR tidak mengetahui majoriti pengguna motorsikal yang terlibat dalam kemalangan maut adalah mereka-mereka yang menggunakan motorsikal berkuasa 150cc kebawah.

Saya tidak mempunyai statistik tentang ini akan tetapi saya diberitahu oleh sumber dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mengapa tidak BN atau PR kaji tentang ini?

Saya amat berharap juga agar dalam bajet kali ini, belanja untuk pendidikan dan kesihatan akan melebihi belanja untuk membeli senjata.

Biarlah Malaysia tidak kuat dari segi ketenteraan akan tetapi melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai.

Bantulah industri penerbitan buku tempatan dan juga meningkatkan perbelanjaan untuk menterjemahkan buku-buku yang baik dari luar negara.

Bukan sahaja buku-buku sains tetapi juga buku falsafah.

Wang perbelanjaan untuk ini boleh didapati daripada mengurangkan upcara makan-makan kerajaan yang sebenarnya “membunuh” secara senyap.

Makanan-makanan yang “tidak sihat” yang seringkali dihidangkan dalam mesyuarat atau program-program kerajaan inilah yang menyebabkan ramai berpenyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan banyak lagi punca-punca kematian rakyat Malaysia.

Kerajaan harus tunjukkan yang mereka bijak berbelanja.

Barulah rakyat akan mengikut.

Jangan jadi seperti ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus.

Oleh Amin Iskandar

18 comments:
Write comments
  1. Harapkan lebih banyak peruntukan untuk Sabah.

    ReplyDelete
  2. Banyak lagi yang perlu dilakukan di Sabah.

    ReplyDelete
  3. BN akan terus jadikan Sabah negeri TERMISKIN di Malaysia!

    ReplyDelete
  4. najib akan banyakkan lagi peruntukan untuk kegunaan PTI dapatkan lesen mengundi nanti. negeri sabah, fix deposit, negeri termiskin'' ini kali laa

    ReplyDelete
  5. Kalau mahu sabah ini diberi perhatian dari segi pembangunan dan pengurangan kadar kemiskinan salah satu cara nya adalah penumbangan terhadap regim yang berkuasa sekarang,sebagai contoh penghapusan polisi kabotaj,penurunan harga kenderaan,peningkatan royalti minyak,penghapusan PTPTN...sebagai contoh nya sepatutnya sebahagian rakyaat sabah tidak perlu bergantung kepada pinjaman PTPTN jika harga getah dan kelapa sawit adalah setara dengan semananjung kerana kita tahu bahawa penduduk sabah tidak suka berhutang,jadi kalau kita mahu semua ini direalasisikan kita ubah sekarang bukan saja di sabah tapi di persekutuan.

    ReplyDelete
  6. Pelbagai perkara yang diharapkan untuk kebaikkan. Terutama sekali kemudahan asas adalah dipenuhi dikawasan pendalaman.

    ReplyDelete
  7. Mengenai peluang pekerjaan yang terdapat di Negeri Sabah ini juga perlu diambil perhatian. Gaji minimum yang patut kepada mahasiswa. Kerana jika gaji kecil rasanya memang ada masalah untuk membayar pinjaman pendidikan.

    ReplyDelete
  8. KWSP, PNB, Petronas, Tabung Haji & bank dunia ... akan terus menjadi talian hayat lakonan kekayaan negara tanpa melihat bebanan sebenar hutang negara yg terus meningkat.. Pengaliran duit haram keluar dari negara dipandang sepi kerana juak2 mereka jugak yg terlibat... Hmmm. ntah la Malaysiaku ini!

    ReplyDelete
  9. moga bajet untuk Sabah kali ini lebih besar.

    ReplyDelete
  10. Bajet sudah dibentang. Ramai yang berpuas hati ataupun tidak?

    ReplyDelete
  11. Kita harapkan yang terbaik sajalah.

    ReplyDelete
  12. Bajet 2013 adalah bajet yang baik yang mengambil pertimbangan kebajikan rakyat dari semua lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  13. Pendapatan kukuh pada 2012 membolehkan kerajaan bersikap pemurah dalam bajet tahun depan tanpa membimbangkan pasaran kewangan, lapor Reuters.

    ReplyDelete
  14. Pemimpin kerajaan dan BN memberi reaksi positif terhadap Bajet 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.

    ReplyDelete
  15. Kita wajar sokong bajet 2013 kerana memanfaatkan orang ramai.

    ReplyDelete
  16. dalam banyak2 janji pakatan, cukup lima sahaja dari janji mereka sudah cukup untuk membankrapkan negara..

    ReplyDelete
  17. bajet sudah dibentangkan.. dan sekarang pemimpin2 pakatan mahu bertanding bajet siapa yang lebih baik..

    ReplyDelete
  18. semua bajet baik.. tidak ada yang buruk.. cuma bagaimana di peringkat pelaksanaan?? janji air percuma??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.