Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendekatan strategi lautan biru membantu kerajaan mencari idea baru dan kreatif dalam memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat.
Beliau berkata pendekatan itu meliputi dua cabang utama iaitu penambahan kadar pendapatan per kapita dan kesejahteraan kepada rakyat.
Di samping itu, pendekatan ini meliputi aspek pembinaan negara bangsa yang menuntut ketamadunan yang tinggi dengan memenuhi nilai keintelektualan, kesenian, kesusasteraan dan kemampuan untuk berinovasi.
"Kalau pasca kemerdekaan lebih 70 peratus bilangan penduduk masyarakat berada di desa dan luar bandar, kini lebih 70 peratus merupakan mereka yang tinggal di kawasan bandar.
"Urbanisasi berjalan pesat sekali. Kita perlu mengimbangkan kemampuan kerajaan supaya selain menekankan agenda luar bandar kita perlu tingkatkan lagi usaha membela masyarakat bandar supaya kesejahteraan bandar diperjuangkan oleh kita.
"Walaupun kita berbangga dengan cerita Malaysia sebuah negara berjaya tetapi cabaran menguruskan kejayaan ini menuntut kita melihat semula, mengorientasikan semula pemikiran kita supaya apa yang dilakukan oleh kerajaan menepati dengan perubahan landskap negara," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bangunan UTC di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Najib berkata pendekatan lautan biru itu mempunyai beberapa ciri yang memastikan objektif, peningkatan keberhasilan dan mampu mencapai objektif dengan kadar pelaksanaan pantas serta perbelanjaan paling minimum.
Kewujudan UTC di tengah bandar raya Kuala Lumpur itu menepati dua cabang utama dalam penambahan pendapatan per kapita dan memberi keselesaan serta kesejahteraan, katanya.
Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang menyediakan perkhidmatan dalam satu pusat sehenti di bawah satu bumbung dan ia juga mencatat rekod yang sama dibina dalam masa enam minggu, seperti UTC di Melaka.
Bangunan empat tingkat itu menempatkan 39 jabatan kerajaan dan swasta serta pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan badan bukan kerajaan (NGO) yang akan beroperasi setiap hari, termasuk Ahad bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata UTC memberi keselesaan dan kemudahan kepada warga kota untuk membuat urusan.
Nong Chik berkata penghuni kota selalu berdepan masalah lalu lintas dan tempat meletak kenderaan dan kewujudan UTC ini dapat menjimatkan masa selain membuktikan semua janji kerajaan kepada rakyat ditepati.
Seorang pengunjung, Mohd Arif Sulaiman, 45, berkata lokasi UTC, di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari itu memudahkan rakyat untuk membuat urusan dengan cepat.
Katanya dengan penambahan penduduk kota, pusat seumpama itu sememangnya amat diperlukan.
"Kita tahu Kuala Lumpur ni selalu ada trafik yang teruk. Untuk buat satu urusan contohnya perbaharui pasport sudah ambil masa satu hari," katanya.
San Tin Sant, 54, turut gembira kerana beliau tidak berkunjung ke Pusat Bandar Damansara untuk berurusan dengan Jabatan Pendaftaran dan Imigresen.
"Dulu saya kena pergi sana...jauh untuk selesaikan urusan pasport dan kad pengenalan anak saya," katanya.
Pelajar kolej swasta, K. Shalini, 23, berkata beliau tidak lagi berasa takut untuk mengunjungi stesen bas di Jalan Pudu selepas kerajaan menambah baik stesen itu sehingga menjadi sebuah bangunan eksklusif.
"Stesen bas Puduraya yang dulunya sangat tidak selamat tetapi sekarang bertukar sekelip mata menjadi bangunan eksklusif," katanya.
Selain menempatkan jabatan dan agensi kerajaan serta swasta, UTC juga memberi kemudahan kepada pengguna menerusi Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia.
UTC juga menyediakan kemudahan rekeasi seperti gelanggang Futsal, 'Wall Climbing', Pusat Kecergasan dan studio Aerobik. (Bernama)
Sunday, September 23, 2012
Strategi Lautan Biru Untuk PRU-13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UTC ni kalau dulu PUDURAYA kot. Plaza Rakyat atau stesen bas Pudu ke..semua tuh dah trbengkalai brpuloh2 tahun sudah. Mana pegi wang prmulaan sbelum projek tu mamposss dtgh jalan ? Projek gajah putih je tu kerana UMNO dah sebat duit dulu melalui kroni. Projek tu bakal dserah kpd UDA, sykt bumi juga kot. Pengerusi UDA tu YB UMNO. Realiti banyaksudah aset UDA trgadai, maknanya trgadai jugak le aset bumiputra.
ReplyDelete**yassir arafat
The Economic Transformation Programme (ETP) agenda is not only to drive the country to be a high-income nation but to improve all areas, including a higher ranking in the happiness index.
ReplyDeleteSecond Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said besides uplifting the per capita income of Malaysians, the government wants to bridge the gap between the higher and lower income group as well as enhance the capacity of the people in urban and rural areas.
ReplyDelete
ReplyDeleteHe said the ETP aims to provide all the possible infrastructure and financial aids to increase Malaysia's ranking in the happiness index.
The goal is to create a country with high per capita income and high happiness ranking. This was mentioned by the Prime Minister after the soft launch of the Urban Transformation Centre (UTC) Kuala Lumpur.Also present was Minister of Federal Territories and Urban Well-being Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
ReplyDelete
ReplyDeleteMalaysia was ranked the second most happiest nation in Southeast Asia behind Singapore, according to the recent United Nations World Happiness Report.
ReplyDeleteOn the UTC, Husni said the government has provided two UTCs for public use within three months. The first one was launched in Malacca in June by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteThere are various services available for the public at UTC such as identity card and passport services, zakat and tax payment services as well as financial and banking services.
ReplyDeleteThe strategic location of the UTC KL, which is supported by the complete public transportation links, provides ease for people to come and do their business under one roof.
ReplyDeleteUTC is part of the government's Blue Ocean Strategy, aimed at providing services and facilities in the city in a comfortable, efficient and fast way and make it easily accessible to all walks of life.
Strategi yang bakal membuatkan BN menang besar dalam PRU akan datang....HIDUP BN!!!
ReplyDeleteHrap strategi ini dapat menyelesaikan masalah yang timbul.
ReplyDeletestrategi ini mesti di beri perhatian penuh.
ReplyDeletePerlaksanaan harus ada kerjasama bersama barulah matlamat akan tercapai.
ReplyDeletengam la.. lautan Biru lawan buku Jingga.. siapa yang menang..
ReplyDeleteyang pasti, pendekatan Najib lebih mantap dari Pakatan..
ReplyDeleteAPA YG MANTAP AKU PUN TAK TAU LER NAJIB TUH ..
ReplyDeleteTengok sendiri apa yang Datuk Najib lakukan. Beliau ingin meminta pandangan daripada rakyat Malaysia untuk kebaikkan kita semua.
ReplyDeleteDatuk Najib bukannya PM yang suka membuat ikut suka hati saja. Tapi beliau meinta pandangan dan pendapat dari semua. Ini satu usaha yang baik sebenarnya.
ReplyDeleteMalaysia was ranked the second most happiest nation in Southeast Asia behind Singapore? Therefore those who are not satisfied with the current govt are minority only.
ReplyDeletePM Najib adalah PM yang mesra rakyat. Ramai yang menyokong Najib.
ReplyDeleteNajib adalah PM yg mesra PATI/warga asing. Ramai PATI/warga asing sokong Najib.
ReplyDeleteDatuk Najib bukannya PM yang suka membuat ikut suka hati saja. Tapi beliau meinta pandangan dan pendapat dari bininya sebab itu dalam budget beberapa tahun lalau ada budget seluar dalam, baju dalam dan semua pakaian dalam bukan begitu Saya orang Sabah bah!!
ReplyDeleteStrategi yang bakal membuatkan BN menang besar dalam PRU akan datang supaya Sabah terus dijadikan negeri termiskin di Malaysia kerana hasil minyak dan kayu balak habis dibaham HANTURAYA yang suruh bunuh Altantuya.
ReplyDeleteharap strategi ini berjalan lancar.
ReplyDeletebiru lawan dengan JingGay, confirm biru akan menang.. biasanya color biru menjadi pilihan ramai berbanding dengan color JingGay..
ReplyDelete"Beliau berkata pendekatan itu meliputi dua cabang utama iaitu penambahan kadar pendapatan per kapita dan kesejahteraan kepada rakyat."
ReplyDeletememang cantik dan mantap la pendekatan strategi lautan biru ni..
Semoga strategi lautan biru daripada kerajaan akan membawa hasil yang positif.
ReplyDeleteDiharapkan pendekatan baru seperti itu akan membawa kesejahteraan kepada rakyat.
ReplyDelete