KENAPA spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan pertukaran asing (forex) dinaikkan pangkat?
Perkara ini dipersoal Lim Guan Eng (DAP-Bagan) kepada timbalan menteri kewangan Donald Lim di Parlimen hari ini.
"George Soros dicaci penyangak yang jejas pertukaran mata wang asing tapi adakah kerajaan sedar masa itu Bank Negara juga terlibat kegiatan sama, berjudi dengan wang negara dalam pertukaran mata wang asing?" soalnya.
Menuding jari kepada Nor Mohamad Yakcop (BN-Tasik Gelugor), Lim berkata, kenapa bekas pentadbir kanan Bank Negara itu tidak dipersalahkan, sebaliknya dinaikkan pangkat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
"Ini bukan 'Janji Ditepati', tetapi 'jampi ditepati'," sindirnya.
Donald sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa BNB rugi RM5.7 bilion pada 1992, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sebagai menteri kewangan pada masa itu mengesahkan dagangan tukaran asing berlaku sehingga menyebabkan kerugian besar dan mahu ia dihentikan serta merta.
Katanya, telah merujuk beberapa pihak, beliau difahamkan aktiviti itu dilakukan bawah seksyen forex BNM bawah selian Nor Mohamed Yakcop. (mkini)
Tuesday, September 25, 2012
Rugi RM5.7 Bilion, Salahkan Soros
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
itu mahadir punya ceritalah, lidah dia byk bercabanglah, dulu cakap soros punya salahlah kerugian wang BNM ,2006 jumpa soros, cakap kononnya soros bukan bertanggung jawap kerugian BNM, SKARANG kononnya PA bersekongkol dgn soros penyangak mata wang....dia sudah nyanyuklah..
ReplyDeletealah, 5 billion bukannya banyak. aku ndak rasa rugi & miskin apa2 pun! lagipun soros akan melabur banyak lebih 100 billion bila regim Najib dijatuhkan! PASTI!! dia akan bantu anwar, kan? pada aku soros sebenarnya adalah penyelamat ekonomi negara malaysia! siap IMF pun akan bantu Malaysia. so, ada aku kisah? cakap pasal merdeka konon!
ReplyDeletebiarlah kita mangikut asalkan kita kaya raya bah. bila anwar diberi jet mewah, dengki & menyalak2 dakwa anwar sayangkan yahudi. yahudi respek & percaya dia. PAS suka dia, Syiah pun tabik dia. Wahhabi pun rapat dgn dia. DAP pun suka dia. Star pun sayang dia. so, ada aku kisah!?? merdeka lah kamu sedangkan kita hanya mengemis. go anwar, go!!
*org cerdik yg positif
Pernah satu ketika era PM Tun Mahathir...bank negara membuat kerja gila dgn membeli saham apa ntah kat pasaran luar. merudum jatuh dan rugi on the spot berbilion ringgit. Apa PM jawab, BNM ndak rugi sebenarnya. itu jumlah atas kertas shj.,duit tak hilang. Tipu org bodo dlm UMNO boleh ler wahai BN siol. Itu wang kamik. Hilang itu wang, kamik yg susapayah. kamurang hanya membalun shj dan bukan wang poket kamu walau kamu kata kamu tu kerjaan. Lepas itu, ckap pulak ANWAR itu yahudi lah. Dia suka yahudi dan yahudi suka dia. Tapi APCO dibayar RM78 juta setahun utk ambil teknologi yahudi dlm telekomunikasi BUKIT AMAN, tu siapa yg buat. BN/UMNO jugak.
ReplyDeletepencuri mengakui jenayahnya???
ReplyDeleteSoros? Bukan orang yang menaja Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN.
ReplyDeleteMungkin ada kebenaran juga yang Gorge Soros menaja Anwar. Kalau tidak mana ada Anwar naik pesawat peribadi begitu saja. Bukan Anwar banyak duit untuk semua itu.
ReplyDeleteDSAI menyebabkan kerujian sehingga RM5.7 billion pada tahun 1992?
ReplyDeleteForex bukan sudah diharamkan?
ReplyDeleteGeorge Soros pulak taja Anwar. Dulu kata Dato' mana ntah. Mcm2 barua umngokk dia punya persepsi. Kah Kah Kkah..UMNgok tu dah lama tipu rakyat. Lepas ni ntah2 sapa pulak yg akan dkata yg taja tuh . Yg bagusnya, kalu Sultann Brunei yg taja,hah mampus UMNo nak menepis.
ReplyDeletesaya orang sabah bah!!
ReplyDeleteyg dikecam, SOROS SOROS SOROS.... yg jadi menteri, BOROS BOROS BOROS, yg makan rasuah, BOLOS BOLOS BOLOS, yg jd perkasa, LOLOS LOLOS LOLOS...oh malaysiaku yg dipimpin oleh, ROS ROS ROS.....yg jadi rakyat dapat, ABU ABU ABU.....kami nak election cepat, ABU ABU ABU....
PENGGUBAHAN WANG DARI DLM M'SIA KE LUAR NEGARA BERLAKU SETIAP MINIT DGN CARA YANG AMAT MUDAH SEKALI. CONTOH SEORANG PEKERJA ASING MENGIRIM WANG GAJI BALIK KE NEGARA ASAL. CONTOH SATU LAGI WARGA ASING ITU DIBERI SAGU HATI OLEH INDIVIDU RAKYAT M'SIA UTK MENGGUBAHKAN WANGNYA KE LUAR M'SIA DLM AMAUN YANG DIA SUKAI MELALUI AKAUN PROKSI DI LUAR NEGARA. ADAKAH PERKARA INI DISEDARI OLEH KITA SEMUA ? DAN BERAPA BILION SUDAH DISALURKAN KE LUAR ? TAK KAN BANK NEGARA TERLEPAS PANDANG ? YANG NAMPAK SKRG SOROS...SOROS...SOROS SEDANGKAN DI M'SIA SENDIRI BANYAK SI BOROS....BOROS....BOROS...(BUKAN SUSAH NAK KESAN...SEBAB SEMUA TRAKSAKSI BERLAKU DI BANK, MELALUI BNM...!
ReplyDeleteSoros bukan 'PENYANGAK mata wang' yang diwarwarkan oleh Mahathir...
ReplyDeleteSoros saorang PENIAGA mata wang, dgn kata lain dia saorang BILLIONAIR , jadi perniagaan dia ialah WANG buat WANG Bursa Saham di Malaysia dan rantau Asia menjadi 'RANCAK' pada satu ketika dulu adalah kerana penglibatan Soros.....
yang PENYANGAK ni dia tiada wang tapi ROMPAK dan REMBAT duit orang..
Dah jadi budaya seorang pemimpin di negara kita. Setiap kesalahan akan menyalahkan pihak lain. Dalam masa yang sama mengwarwarkan merakalah pembela bangsa dan negara tercinta ini. Dah menjadi lumrah negara ini, orang yang membuat salah di naikkan pangkat.
ReplyDeleteSatu lagi projek Barisan Nasional membodohkan rakyat.!!
From Soros
ReplyDelete''Saya sentiasa berkata bahawa Dr Mahathir adalah ancaman kepada rakyatnya sendiri.Kini anda dapat melihat kesan kebodohan beliau apabila ringgit telah susut separuh nilainya dalam masa semalaman dan ekonomi merundum.
Tindakannya telah menyebabkan kepayahan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia sendiri.Mahathir telah membina projek-projek mega yang tidak berguna pada kos yang sangat mahal bagi negara.
Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi di dunia menunjukkan betapa bodoh kamu.
Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan jalan raya, ia benar-benar tidak mempunyai sebarang tujuan.
Jika anda memerlukan tanah tinggi untuk telekom antena, gunung berdekatan di situ ada secara percuma.Menara ini tidak berguna kerana tingginya dari tanah hanya 300 meter.
Satelit menjadikannya tidak perlu langsung. Seorang yang bodoh memang tidak pandai menjaga wangnya.Perkara yang utama ialah anda memang bodoh dan adalah wang itu milik rakyat Malaysia.
Anda memperolehi 20% dalam setiap projek, anda mempunyai hartanah di Jepun dan berbilion-bilion saham melalui rasuah telah diperolehi.
Ketiga-tiga anak lelaki anda mempunyai harta bernilai 8 bilion USD.
Di manakah mereka mendapat wang ini? Sudah tentu, rasuah. Anda dikenali sebagai Marcos Malaysia, memperkayakan diri sendiri sehingga berbilion ringgit.
Anda berani untuk menitiskan air mata buaya semasa mesyuarat perwakilan UMNO mengenai gejala rasuah.Tetapi kamu adalah yang paling rasuah diantara semua perdana menteri sebelumnya.Si pencuri menangis dan berharap rakyat akan memfokus kepada yang lain. Siapa yang berani untuk berkata apa-apa apabila ketua terperangkap dengan tangannya di dalam balang gula-gula?
Anda berkata kebijaksanaan bukan milik orang Barat sahaja, Begitu juga kebodohan.Anda mempunyai kebodohan yang lebih sehinggakan orang tidak akan percaya. Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina dua bangunan tinggi Petronas, bangunan yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab.
Jangan pertaruhkan wang rakyat.
ReplyDeleteYang pasti, George Soros akan tetap diingat dalam krisis kewangan 97/98.
ReplyDeleteNak tutop UMNO punya kegagalan yg akibatnya RM5.7b rugi oleh BNM, maka Soros tu dkatakan penyangak malah selepas tu menaja Anwar pulak. Betul ke Soros tu penyangak atau UMNO yg bangsat ?
ReplyDeleteDato Noh Omar sebagai Menteri Pertanian khabarnya trgesa2 mau jual tanah milik MARDI dSerdang, Selangor dmana lokasi trbabit adalah tapak ekspo hasil pertanian yg selalu dianjurkan dsitu. Noh katanya mau jual tanah seluas 200 ekar dgn hrga RM14.50 sekaki shj dan sudah tntu yg kaya samada beliau sendiri atau kroni. Tanah tu sepatutnya harga RM80 sekaki. MARDI membantah tetapi tak tau lah setakat mana kuasa MARDI tu. Dharap,apa2 tindakan Menteri pun, kena tunggu restu barua2 UBN tau dulu sebab senang nak cover dan spin isu kepada Lim G Eng atau Nik Aziz atau Anwar. Pencacai UBN bole tuduh Anwar yg jual tanah tu nanti yg pentingmereka kena tau dulu.
ReplyDeleteInilah wajah sebenar pemimpin UMNO...mereka menyatakan bahawa Soros yg menyebabkan krisis matawang pada tahun 90an..sehingga kini ramai yg tidak tahu apa yg berlaku sebenarnya..Krisis matawang bukan disebabkan oleh Soros.. tapi kegiatan spekulasi matawang yg diamalkan oleh BNM..dgn arahan Maddey Kutty Iskandar..Tun Daim dan Mohamed Yackub.. inilah Trio Setan yg menyebabkan berbilion wang negara lesap sekelip mata..Soros dijadikan mangsa.. teknik mengalih isu ini memang amalan UMNO..kerana itu rakyat harus sedar..masanya telah tiba utk menghentikan retorik ini.. rakyat tak rugi menolak UMNO ..Malaysia Rahmat Rakyat Selamat..
ReplyDeletemulut hentam soros, tp jasad minta bantuan soros..mmg setan btol laaa...
ReplyDeleteNasib mahathir tak setuju cadangan Anwar nak pinjam wang dari IMF dulu. jika tidak pasti Malaysia sukar nak membangun.
ReplyDeleteMalaysia dah memBANGUN ke sekarang? Kalau setakat BANGUNAN tu ada lah. Tapi kalau pmbangunan dlm pelbagai bidang spt teknologi, infrastruktur, pertahanan tu rasa2nya, 'jauh panggang dr api'. Tau ke apa IMF tu dan apa hubungkait pembangunan negara dgn IMF tu. Atau IMF tu dketahui melalui suratkahbar BH atau Metro je.
ReplyDeleteLim Guan Eng mahu melindungi george soros yang terbukti penyangak matawang?? kalau pun tidak dapat cover Anwar, jangan la sokong penyangak ni..
ReplyDeletejangan2 Lim Guan Eng nipun bakal2 penyangak matawang juga ni.. so berhati2 la..
ReplyDeleteAnwar Ibrahim patut bertanggungjawab dalam kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia Forex.
ReplyDeleteHarap kebenaran ini akan didedahkan juga, mereka yang terbabit perlulah memikul tanggungjawab.
ReplyDelete