Laporan tersebut dibuat apabila enam mahasiswa telah dinafikaan pencalonan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas sebab teknikal yang tiada dalam syarat wajib pemilihan.
Menurut sumber dari Upsikini, kumpulan Mahasiswa Pendidik dikatakan meragui proses pemilihan MPP pada kali ini kerana wujud unsur penyelewengan dan penipuan.
Salah seorang daripada calon yang dinafikan pencalonan, Mohd Shukri berkata, setelah pihaknya meneliti dari sudut perundangan dan pengurusan, beliau yakin dan percaya penolakan enam calon untuk tidak dibenarkan bertanding mempunyai unsur penyelewengan, salah guna kuasa dan sabotaj dari pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) kepada pihak mereka.
Sementara itu, menurut mantan Exco MPP UPSI sesi lepas, Herwana Herman, pada pilihan raya kampus yang lalu tiada calon dibatalkan percalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto pada borang.
"Berbeza pada sesi pemilihan kali ini, enam mahasiswa dinafikan percalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto sedangkan perkara tersebut tidak termasuk dalam syarat pemilihan calon bertanding," katanya sebagaimana dipetik dari laman Mahasiswakini.
Semalam, kumpulan Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) juga membuat laporan polis di Ibu Pejapat Polis (IPD) di Balai Polis Pantai ekoran penyalahgunaan kuasa di dalam pilihan raya kampus sesi kali ini.
Di mana, keputusan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Kampus UM mengekalkan 6 'calon tua' Penggerak Mahasiswa yang didakwa telah melanggar tatacara dan peraturan di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM.
Mereka di bantah kerana dikatakan telah melebihi had semester yang telah ditetapkan iaitu dua semester atau satu tahun daripada tempoh minimum pengajian.
Calon tersebut adalah Cher Ruey Huat daripada fakulti Undang-undang, Lock Li Ping daripada fakulti Kejuteraan, Zulaikha Zulkifli dan Malik Sham daripada fakulti Pendidikan serta Ahmad Syahmi Naim daripada fakulti Kebudayaan.
Menurut Pengerusi Pro Mahasiswa UM, saudara Edikop, pihak mereka tidak menolak untuk mengambil tindakan mahkamah untuk menangguhkan pilihan raya kampus kali ini disebabkan masalah tersebut.
"Tindakan penangguhan ini hendak dilakukan supaya PRK yang bakal dilaksanakan lebih telus dan adil," katanya dalam sidang media. -HD
Kan dah kata PM minta mana2 Timb Reaktor U tentukan kump mahasiswa pro ASPIRASI(BN) yg menang dan jgn sekali yg pro MAHASISWA. Jatuhnya kump pro BN, isyarat tak baik buat kerajaan. Jadi, ada2 aje syarat gila utk batalkan pencalonan mereka trbabit dgn kump pro PR.
ReplyDeleteHarap laporan itu akan membawa kepada penyelesaian masalah ini.
ReplyDeletePerbetulkan keadaan ini agar tidak ada kekeliruan yang berlaku.
ReplyDeleteTak ada masa Pilihanraya lepas tak bermakna tahun ini pun dibolehkan juga...lain kali ikut peraturan yg sedia ada & isi saja mana2 bahagian yg patut...
ReplyDeletepelajar harus sentiasa belajar dan bukannya melakukan sebarang aktiviti yang tidak sepatutnya.
ReplyDeleteLebih baik belajar saja daripada berpolitik
ReplyDeleteLebih baik tempat2 belajar melarang pelajar berpolitik
ReplyDeletepembatalan calon tu sebab tidak memenuhi syarat dan melanggar peraturan. harap calon bertanding dengan cara yang bersih dan adil.
ReplyDeleteSampai main lapor polis lagi mengenai masalah Universiti. Sebaiknya pihak pengurusan menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteMacam mana boleh dicalon bila sepatutnya dari awal lagi kena tahu sama ada layak dicalonkan ataupun tidak.
ReplyDeleteP/raya universiti pun macam ni, apatah lagi bila PRU13 nanti. Entah bagaimana keadaannya.
ReplyDeletepilihanraya kampus dah macm pilihanraya negara.
ReplyDeleteini belum masuk politik sebenar lagi ni, sudah wujud penyelewengan..
ReplyDeletelepas ni anjurkan pula demonstrasi jalanan.. ajak semua pelajar2 berhimpun..
ReplyDeleteCalon Pro-Aspirasi akan tamat pengajian pada Jun 2013 manakala penggal MPP kali ini tamat pada September 2013.
ReplyDeleteIni bermakna mereka berkhidmat tidak sampai setahun “Apabila calon tamat pengajian, ia akan memberi masalah kerana tiada siapa yang berkhidmat untuk mahasiswa
Tujuh calon Pro-Aspirasi yang dicalonkan sudah memasuki pengajian tahun akhir.
ReplyDeleteMengikut Tatacara Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPP-UM), calon yang bertanding mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya setahun pengajian atau dua semester.