Tuesday, September 18, 2012

Suaram mungkin terima hukuman paling buruk?

NGO hak asasi manusia Suaram bersedia untuk menghadapi “kemungkinan paling buruk” dalam tindakan kerajaan ke atasnya, termasuk kemungkinan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.

Anggota sekretariatnya, Cynthia Gabriel berkata Suaram bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu memandangkan menteri perdagangan dalam negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa NGO berkenaan mungkin boleh dituduh atas beberapa dakwaan.

"Beliau juga membayangkan bahawa Suaram merupakan sebuah pertubuhan haram, jadi kita bersedia untuk apa saja," katanya.

Tambahnya, NGO itu hanya akan mendedahkan rancangannya apabila tiba masanya.

Gabriel berkata, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sengaja menggambarkan Suaram sebagai entiti berbeza daripada syarikat yang didaftarkan – Suara Inisiatif Sdn Bhd – untuk mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram.

"Kami percaya pihak berkuasa sebenarnya main kotor kerana mereka cuba bezakan Suaram dan Suara Inisiatif, sedangkan (kedua-duanya) satu (entiti) sama," katanya.

-MK

26 comments:
Write comments
  1. Kalau kerajaan isytiharkan haram, SUARAM perlu tutup la saja pertubuhan tu

    ReplyDelete
  2. Itu yang terbaik untuk NGO Suaram

    ReplyDelete
  3. Hanya bertopengkan NGO saja pertubuhan ini, rupa2nya menerima fund daripada luar negara, & ternyata aktiviti2nya untuk menjatukan kerajaan Malaysia, bagi kepentingan anasir2 luar yang berkepentingan...

    ReplyDelete
  4. Ada kemungkina SUARAM akan disenaraikan dengan pertubuhan haram.

    ReplyDelete
  5. Kita mendapat tahu SUARAM ditaja oleh pihak luar yang kita tidak pasti. Tapi yang pasti Suaram ini ditubuhkan untuk memastikan kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini jatuh.

    ReplyDelete
  6. Ingatkan SUARAM ni SUARA MALAYSIA?

    ReplyDelete
  7. kat Malaysia nih...semua bos2 besar dilantik dgn restu PM/UMNO. Mereka akan brtindak keatas mana organisasi/parti/individu atau seumpamanya jika dilihat merugikan UMNO. Setakat ni SPR, SPRM,PDRM dan SSM sememang nya menjadi suara KERAjaan. Cuba isu kapal selam tu melibatkan MB kelantan atau MB PR...siap le kamu. Mngkin SUARAM tu dpt red carpet lagi dr KERAjaan KARAMjadah utk dedahkan segala aktiviti. Malangnya, segala mcm kecelakaan hanya brlaku dsebelah KERAjaan BN shj. Syukrann.

    **Raja sulu

    ReplyDelete
  8. NGO PEROSAK NEGARA MALAYSIA PATUT DIHUKUM SEKERAS2NYA.HANCURKAN DULU MEREKA SEBELUM MEREKA HANCURKAN NEGARA MALAYSIA.JANGAN BIARKAN NGO TIDAK BERTANGGUNGJAWAP HANCURKAN NEGARA MALAYSIA.JANGAN BERTOPENGKAN NAMA MALAYSIA KALAU BERTUJUAN MEROSAKKAN MALAYSIA

    ReplyDelete
  9. dengan kenyataan kamurang di atas, membuktikan penyokong kerajaan BN semuanya kaki rasuah. apa bezanya kerajaan membayar APCO kerana tujuan kerajaan membayar APCO ialah untuk tujuan menaikkan imej PM selain sebagai penasihat PM menjatuhkan sesiapa saja yg menentang kerajaan. samada betul atau tidak suaram dibiaya oleh agen asing, itu soal kedua kerana dana yg dikumpul suaram adalah untuk membenteras rasuah dlm negara bukan digunakan untuk bikin bom. kalau di perancis atau cina, pesalah rasuah dihukum mati tetapi di malaysia pesalah rasuah diberikan pula dgn pangkat yg tinggi. sepatutnya SSM polis sprm pergi siasat NFC yg penuh rasuah. kes perwaja steel, pkfz pun belum selesai yg mana kes ini ibu segala rasuah yg mungkin dihilangkan begitu saja oleh kerajaan.

    inilah mentaliti penganut parti syaitan yang dikenali. mungkin kamurang semua biasa makan rasuah sbb itu cara berfikir tidak betul dan mcm bodoh.

    ReplyDelete
  10. Bukan NGO yg akan hancurkan negara..tetapi UMNO/BN. NGO ke yg keluarkan ic palsu kpd warga asing ? NGO ke yg sebat duit Petronas utk kroni. NFC tu amik wang RM250 juta dr kerajaan utk beli kondo mewah, lot tanah di Putrajaya dan bagai2 lagih. NGO ke tuh ? PERWAJA dulu zaman Mahathir.. NGO ke yg tutop kes senang2 tuh? FELDA yg arwah Tun Razak wujudkan tetapi dgadai ke bursa saham, oleh NGO ke ? TUDM Sg Besi kena pindah sebab tanah nak dserah kpd seorg cina kroni rosmah...NGO ke bagi ?
    BODOH PUNYA ANYNOMOUS Sept 19 : 3.24 pm.

    ReplyDelete
  11. Kalau betullah SUARAM ni ditaja oleh luar negara, memang bahaya ni. mungkin melalui NGO ni juga orang luar boleh musnahkan perpaduan negara.

    ReplyDelete
  12. mengapa suaram? hina sangatka bantuan dari us & yahudi? dah mereka mau tolong suaram.. go on anwar! hidup yb tian chua! may allah bless you al. mahathirisme harus keluar dari mentaliti rakyat malaysia! bayangkan juga jika soros berada di pihak kita. tentu kita semua akan kaya raya! nda merempat!

    ReplyDelete
  13. Kalau SUARAM boleh cari bukti kes2 yang lain, cubalah pula buktikan sendiri pertubuhan mereka tu tidak haram.

    ReplyDelete
  14. Helo ANYNOMOUS sept 19; 3.24 pm.

    Nak bodek UMNO pun biar le brfikir sedikit, mbah.
    Cuba pejamkan mata...fikir apa yg UMNO lakukan pd masa kini. Pejam mata. Kalau tak nampak juga,aku senaraikan .

    1). Biasiswa pendidikan tiada lagi GANTI pinjaman PTPTN.
    2). Petrol utk rakyat, berapa kali naik dlm 3 tahun trakhir nih?
    3). Harga keperluan asas kita ( barangdapur ) cuba bayangkan harga
    tahun lepas dgn sekarang.
    4). MAS, kenapa rugi wlau tambang mahal tapi AAsia untung, tmbng
    free pulak tuh.
    5). Altantuya tu dbunoh oleh NGO ke atau upahan Najib ?

    Yg lain tu sila pejam mata lagi dan fikir sendiri,yer!

    ReplyDelete
  15. BN/UMNO tahu tiada lagi jalan terbaik,perbuatan mereka sehingga Mahkamah Perancis buat pendakwaan,ia amat berlainan dengan Mahkamah Malaysia kerana Mahkamah Perancis hanya akan kemukakan kes jika terbukti bersalah,proses Mahkamah hanya prosedur biasa sebelum hukuman.

    kurang 1% didapati TIDAK BERSALAH dalam sistem Mahkamah Perancis.Itu yg sebenarnya yg amatmereka takuti.Jadi pembuktian Suara Inisiatif Sdn Bhd dan Suaram adalah entiti yg sama akan membawa mereka terlibat kepenjara.

    Tunggu dan lihat siapa lebih bijak membuktikan fakta,itu penentu siapa kepenjara.

    ReplyDelete
  16. Umno masuk perangkap sebenarnya...suaram memang mahu berlaku begini baru lebih bebas hebahkan di luar negara dan satu dunia kisah kemungkaran kepimpinan msia...sebab media dimsia guna duit rakyat tapi condong ke bn dan jadi keldai propaganda mereka.
    siapa pandai? hahahahaha

    ReplyDelete
  17. ini lah trend BN, bila ada pihak membongkar salah laku, penyelewengan, rasuah, salah gunakuasa yg melibatkan wang yang beratus2 juta RM, mereka akan bertindak ke atas si pengadu atau pihak yg membongkar rahsia mrk..macam2 tuduhan pelik yg dikenakan, semata2 nak spin pemikiran rakyat...pada hal jika mrk di pihak yg benar, mrk kena lawan lah..ini saja cara mrk tutup mulut kita..

    contoh mudah lah : BN tak berupaya lawan BERSIH dulu, lalu mrk spin isu BERSIH kununnya BERSIH PERTUBUHAN HARAM..sedangkan mahkamah membuktikan BERSIH bukan pertubuhan HARAM...amacam? mana mau taruk muka? kat lubang jamban ker?

    ReplyDelete
  18. isu lembu NFC pun samakan. Shahrizat jalil salahguna duit kita(ralyat) RM250 juta. Duit tu kerajaan bg utk projek bela dan bekal daging lembu utk 1Malaysia. Lembu ada le dlm 15 ekor selebihnya duit dsalahguna. Kita tidak tau shingga sdra Rafizi Ramli bongkar bg pihak rakyat. Tapi yg kena tngkapnya pembongkar tu dan bukan pencuri duit kita. Itu la BN namanya. Nak dbela lagi parti SYAITAN ini, tak boleh saudara walau ianya kita kenali.

    ReplyDelete
  19. membongkar salahlaku oleh govt official di negara ini adalah suatu KESALAHAN!!!

    ReplyDelete
  20. jika pertubuhan tak sah, baik bubarkan saja.

    ReplyDelete
  21. jika sah amacam ? Tapi PM minta SSM bubar jugak. Hah,paloii kamik.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  22. Kita tunggu dan lihat apa terjadi kepada SUARAM nanti.

    ReplyDelete
  23. Semoga isu ini dapat diselesai dengan sebaik-mungkin.

    ReplyDelete
  24. tekanan pengharaman ke atas SUARAM bermaksud tuduhan/siasatan di mahkamah france itu BENAR!!!

    ReplyDelete
  25. tujuan dorang untuk memendam SUARAM agar kes kapal selam padam begitu saja, apalagi hampir PRU 13 buduh betull...!

    ReplyDelete
  26. Secara prinsipnya, NGO bebas untuk mendapatkan dana dari mana-mana pihak untuk membantu mereka melaksanakan segala agenda-agenda mereka, tapi dalam soal ini, kita lihat wujudnya campur tangan asing di dalam NGO di negara ini melalui seorang individu yang bernama George Soros yang diketahui umum merupakan seorang penyangak mata wang dan pernah dianggap sebagai musuh negara nombor satu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.