Tuesday, September 25, 2012

Siapa Pelakon Filem Masalah Air Selangor?



Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam pembahagian tong 1Malaysia di balakong sedikit masa lalu yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi.

Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

Jalan cerita filem iklan "Masalah Air Di Selangor mirip dengan pengagihan tong air di Balakong.

Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!

Iklan air masalah air S'gor berjalan 'rahsia' di PJ

Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Selain itu, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.

Babak beratur dapatkan air Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air. -MK

19 comments:
Write comments
  1. Jalan cerita adalah kegagalan SYABAS mngurus air tak trguna spt paip bocor dan sebagainya. Meter air jugak tak dtukar dan meter lama membebankan pengguna krana brlaku peningkatan bayaran pd bil. Isu utama yg mengancam SYABAs pula adalah kerajaan Selangr akan 'rampas' balik SYABAS dr UMNO Pusat jika masih gagal merawat air bocor/ tak pakai. Itu yg UMNO Pusat marah sebab sykt kroni tu. CEO gaji RM400 000 sebulan. Tiada apa kerja SYABAS hanya perah hasil negeri yg sepatut dbekalkan percuma utk rakyat.

    ReplyDelete
  2. byk instrumen kerajaan yg digunakan menjatuhkan pembangkang terutama negeri yg dikuasai mereka...tapi org tahu keburukan BN terutama para para pemimpin mereka....org tahu membuat perbandingan bukan budak2, makin isu, maka makin banyaknya tembelang mereka..! lawan sajja

    ReplyDelete
  3. Jangan kelirukan rakyat dengan drama2 tu

    ReplyDelete
  4. Pembangkang buat cerita tapi salahkan Umno

    ReplyDelete
  5. Benarkah ia orang yang sama??

    ReplyDelete
  6. Pandai2 la pilih calon yang terbaik dalam PRU13 ni.

    ReplyDelete
  7. kerja sampingan ke tu? tu lah pembangkang banyak sangat janji tapi masalah di negeri sendiri belum selesai lagi.

    ReplyDelete
  8. Malu aku jd rakyat malaysia. Dpt kerajaan cam celaka. Takde ke tajuk cerita yg patriotik sikit utk dsajikan pd rakya jelata? JOM TUKAR KJAAN

    ReplyDelete
  9. Dlm keadaan terdesak, bn akan melakukan apa sj, w'laupun tindakan yg bakal menjerumuskannya kedlm gaung. Kita bakal saksikan apa kesudahan tindakan terdesak ini. Apa yg saya dpt ungkapkan, bn amat desperado/terdesak skrg. Adios bn (or should we call it be end?)!...

    ReplyDelete
  10. kalau nak menang p/raya pun janganlah terlalu bodoh nak memperbodohkan rakyat.tidak ada cara lain ke nak menang p/raya?apa salahnya berdebat ttg dasar kalau merasakan dasar kerjaan pusat itu lebih baik drpd kerajaan PR.negara kita negara demokrasi, gentleman la sikit.tak payah nak buat iklan yg bukan2 ni.yg tengok iklan ni pun bukan budak2 tadika.semuanya yg boleh berfikir baik dan buruk.

    ReplyDelete
  11. ini bukan iklan tapi kempen menipu rakyat..dia nak tunjuk masalah air kat selangor ni besar sangat..tunjuk perasaan dan sanggup berlakon hanya kerana dibayar RM50..kalau pelakon tersebut benar2 tak tau anggaplah RM50 tu upah tapi kalau tahu agenda sebenar tapi masih nak terlibat faham2 sendiri la apakah hasil itu halal atau tidak..Sampai begitu sekali buruknya kelaku puak-puak BNgok. Setakat orang2 kampung pendalamn dan ulu-ulu bolehlah ditipu. Apapun rakyat Selangor tahu sapa dalang disebaliknya.......ABU...ABU...ABU...

    ReplyDelete
  12. Bagus juga ada iklan air ini sekurangnya nanti Kerajaan Negeri cuba memberikan perhatian. Jika tidak berbuat demikian pasti tidak akan ada perubahan.

    ReplyDelete
  13. Kalau kepimpinan Pakatan rakyat bagus, kepercayaan rakyat tidak akan pudar.

    ReplyDelete
  14. Selalunya kita melihat masalah orang lain tetapi masalah kita sendiri tidak diambil kisah.

    ReplyDelete
  15. pandailah kita menilai iklan ini nnti.

    ReplyDelete
  16. memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat?? bukan memang sudah buruk ka?? siapa suruh tidak tunaikan janji? asal pilihanraya, main bedal saja buat janji..

    ReplyDelete
  17. kalau perbuatan ini salah, saman saja la..

    ReplyDelete
  18. Adakah Kerajaan Selangor boleh menafikan negeri mereka mengalami masalah air?

    ReplyDelete
  19. MB Selangor akan membincangkan masalah air mereka dengan kerajaan pusat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.