Wah Najib Razak sampai merayu-rayu persis lagu Ziana Zain lah.. supaya rakyat memberinya sepenggal untuk membolehkan dia bawa pembangunan kepada rakyat. Sayu juga mendengar rayuan Najib itu. Beliau membuat rayuan itu ketika berucap di hadapan 1,000 orang semasa melancarkan Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur baru ini.
Najib tidak payah merayu kalau apa yang beliau laksanakan dalam tempoh tiga tahun ini, menampakkan perubahan dan memberi manfaat kepada rakyat. Setelah merdeka 55 tahun rakyat sudah cerdik tidak perlu dipujuk rayu lagi. Tetapi malangnya cara Najib layan rakyat, macamlah rakyat kita seperti penduduk kampung pedalaman di Mongolia.
Tengok bila dia pergi Kelantan dia akan mempermain-mainkan hati rakyat Kelantan dengan bertanya; "hendaklah lebuh raya?".... rakyat pun jawab, "hendak...." Najib tanya lagi, "nakkan air bersih?" Rakyat pun jawab ramai-ramai macam awak-awak fikir barat mengikut kata tok juara, "hendak." Lepas itu dia balik rakyat Kelantan terngangga dan mengetik kuku menanti janji Najib. Politik seperti itulah menyebabkan rakyat tidak menghormati Najib.
Apabila Najib sampai merayu-rayu begitu menunjukkan Najib begitu penat sekarang ini. Dia tahu yang dia tidak poplar dan sedang ditolak oleh rakyat. Makin kuat BN melancarkan strategi pelik-pelik menyebabkan orang makin tahu yang beliau penat. Sehari dua ini Umno memainkan isu DAP dan cuba melaga-lagakan Pas dengan DAP. Untuk pengetahuan Najib, Pas dan DAP bukan jenis macam lembu laki Sharizat? Mereka tidak akan berlaga kerana azam mereka untuk menumbangkan UBN begitu tinggi mengatasi segala yang lain.
Najib perlu menang sepenggal untuk tidak meletakkan dirinya sebagai PM terpendek. Dia mahu mengatasi rekod Abdullah Badawi. Ini yang penting bagi Najib. Kalau dia gagal menyambung jawatannya selepas pilihan raya akan datang bermakna dia berada di bawah Abdullah dan menjadi PM dari Umno yang terpendek tempohnya.
Tugas Najib besar bukan saja dia hendak menjaga kredibiliti dan rekod dirinya tetapi rekod Umno juga. Najib kena pastikan UBN menang. Najib tidak mahu sejarah negara mencatatkan Umno kalah sewaktu ditangan beliau. Ini yang Najib ingin elakkan bagi mengelakkan malu sebesar tahi gajah. Dia juga mahu meninggalkan legasi kononnya baik macam ayahnya juga.
Dua beban atau pun tanggungjawab inilah menyebabkan Najib terpaksa menari poco-poco untuk menghilangkan rasa resah dan gelisah. Namun tindakan beliau silap kerana cara itu mendedahkan yang beliau sedang bermasalah. Buka balik klik video itu dan perhatikan macam mana tarian Najib tidak seirama atau pun sejalur dengan tarian Rosmah. Tarian Najib macam rama-rama kepatahan sayap saja.
Berbalik kepada rayuan tadi saya rasa rakyat tidak akan peduli lagi. Sudah lebih setengah abad rakyat memberi kuasa kepada Umno tetapi Umno semacam mengsia-siakan kuasa berkenaan. Selama 22 tahun kemenangan Umno diperdagangkan oleh Mahatir untuk mengaut keuntungan buat dirinya sendiri dan anak beranak. Rakyat tertipu di sebalik projek mega Mahathir akhirnya rakyat memikul beban masalah hingga kini.
Beban ditinggal Mahathir ikut sama terhandas di bahu Abdullah dan kini tercampak di bahu Najib. Memang ada rakyat yang kasihankan kepada Najib tetapi sikap dan perbuatan pemimpin Umno sebelum ini menyebabkan mereka tidak boleh memaafinya. Rakyat sudah jadi serit dan celika. Jadi rayuan Najib itu tidak akan dihirau lagi.
Cadangan saya Najib baik mengaku kalah saja. Surender yang kita tidak mampu untuk jadi PM. Seseorang untuk jadi PM bukan calang-calang orang. Jawatan ini bukan perkara yang boleh diwarisi dari keturunan atau pun orang tua. Ia juga bleh dikongskikan dengan bini. Jawatan PM berlainan dengan kerja memanjat kepala seperti di Nepal yang dipusakai dari jenerasi ke jenerasi. PM adalah milik rakyat Malaysia yang berani, berwibawa, ada idea serta diyakini oleh semua kaum dan bangsa. Wachou..
Oleh Mohd Sayuti Omar
Monday, September 24, 2012
Tenat Benar Najib Sampai Merayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dari semasa ke semasa, ketrampilan PM negara kita semakin lembik. Tidak brsemangat. Cakap macam brapi2 semasa dpentas sebenar KOSONGG..KOSONGG.
ReplyDeleteTidak ada apa yg menyakinkan kecuali 'simpatism' shj. Brpidato dpentas hanya Tun M sja yg benar2 brwibawa, yg lain tu..OUT !
**888
Lontarkan UMNO/BN ke lubang najis kerana membuat negeri Sabah negeri termiskin di Malaysia. Mana perginya balak dan minyak Sabah?
ReplyDeleteKUBURKANLAH INI bn/umno
ReplyDeletePembangkang selama ini tak merayu-rayu ka? bukan setakat merayu, memaki-maki, menyumpah pun ada...tengok saja la komen2 di atas saya ini...
ReplyDeleteUntuk saudara ku semua d Sabah......selama lebih 55 tahun kita d perintah oleh BN/UMNO dah cukup unk kita bagi peluang pada parti dan puak-puak ini unk memerintah.... rakyat SABAH juga inginkan perubahan dan kemajuan seperti negeri lain...kita dah muak dengan janji-janji pilihan raya selama ini yg tak sesen pun menguntungkan rakyat dan penduduk bandar dan luar bandar.Rasanya tak salah jika kita memilih parti lain juga unk memerintah negara ini sbb mereka juga adalah warga Malaysia dan tak mungkin parti lain nak menghancurkan negara mereka sendiri....betul tak.
ReplyDeletePastikan segala janji ditetapi dan lakukan dengan kadar yang segera.
ReplyDeletePembangunan bukan boleh dilakukan dalam sekelip mata sahaja.
ReplyDeleteSemuanya memerlukan masa untuk pembangunan itu dilaksanakan.
ReplyDeleteSaya dengan ini bg pihak PR...MERAYU agar sdra/i sekalian sokong PR dan tumbangkan UBN ke longkang. Sekali lagi saya MERAYU.
ReplyDeleteAnwar bukan pernah merayu juga ka supaya diberikan mandat menjadi PM Malaysia?? kalau tidak silap masa tu beliau masih dalam kes perbicaraan liwat..
ReplyDeletepemimpin2 pembangkang juga, dalam setiap kempen mereka, pasti akan merayu minta disokong.. jangan tipu la..
ReplyDeletemerayu tu membawa maksud niat yg bersungguh2 bagi memimpin Malaysia! x salah..bagilah peluang. Najib ni muka baru. Krj BN dibawahnya amat terbuka & boleh ditegur bagi penambahbaikan serta kemajuan maslahah yg berterusan.
ReplyDeleteingat, ketika sebelum PRU 12.. negara digemparkan dgn isu murtad, arak, rumah2 urut, RAKYAT DIPANASKAN..DIMINTA TUKAR SAJA KRJ WALAU SEPENGGAL. tengokla apa dah jadi dgn Pulau Pinang, Selangor, Kedah, (pdduk Kg Buah Pala tetap kena main, judi bertambah & dibiarkan, tanah tanah makin bersemangat dijual, disko + rumah rumah urut membiak, IPT yg dibiayai Krj Negeri ntah apa apa, orang orang miskin makin ramai, `aset aset tetap` menjulang tingginya hingga x mampu rakyat pertengahan beli!).
Kelantan ndak maju maju pun. asyik berangan dgn lebuh raya, skim itu, skim ini, dinar emas, keretapi laju..*tunggu duit royalti Petronas yg efisien dilaksana Krj BN, sambil PAS sibuk berceramah memburuk Krj BN, padahal pengangguran amat tinggi di Kelantan. rakyatnya merayu mencari kerja dgn BN, walaupun lupa diri slps itu.. pembangunan Kelantan mcm kampung2 di India (tempat pengajian TG MB Ktan). Balak, Tanah, Bijih Besi, Emas lupa dikutip hasilnya..Air buat x tau sj, *orang perempuan rajin; Orang lelaki pemalas & sibuk mencerca sana sini. gedebeh. ndak boleh ditegur / dikritik.
pembangkang bercakap pandaila. dah memarintah lagi hampeh! isu arak dialu alukan, disco + rumah urut dibiarkan, murtad buat dono. macamana kami mau pecaya dgn PR? tambirang jak
sama sama kita bagi peluang pada Najib bah. mmg dia banyak kelemahan, ditolak..jatuhlah dia! tapi jika dia ikhlas disokong& dibantu kita, dia akan kuat dgn 1000 semangat! BN mmg banyak lemahnya. tapi di antara semua parti yg ada, BN mmg wajib kita utama & pilih!
*hilang abu
APA PELUANG DAH BAGI 49 TAHUN tapi Sabah tetap Miskin,mari kita bagi peluang yang baru pasti menjanjikan harapan generasi kita,bila PR dah perintah Puterajaya baru boleh buktikan,BN suruh PR buktikan n dah pun bukti oleh Audit Negara 4 negeri PR berperitasi baik/cemerlang dari negeri BN termasuk Sabah terniskin walhal kaya habis di tipu BN?UMno.
ReplyDeleteapa salah tukar kerajaan??? jika kerajaan tidak bertukar, semua pemimpin boneka dan bermasalah UMNO/BN masih sibuk kumpul kekayaan untuk keluarga sambil tidur kekenyangan.. cukuplah hampir setengah abad UMNO/BN memerintah..
ReplyDeletesudah sampai masa tukar kerajaan..!!!!!!!
Kalau aku jd PM, Kelantan lah negeri partama aku bantu. Syiar Islam tinggi dan jika dbantu...mngkin aku sbg PM pun dpt saham akhirat. Jugak akan aku banteras sandiri disko, arak, pelacuran dnegeri2 dlm Malaysia tanpa aku perlu pringatan dr MB PR dnegeri2 marekah. Sesiapa murtad, aku sbg PM negara Islam ni jugak akan ku pancung merekah tuh. Sebab aku pemerintah negarah ini,bah. Lagi sabelum PR cakap kerajaan aku BN nih ta nak Islam, aku buktikan hudud dlaksanakan dMalaysia buakn Kelantan jer. Walau UMNO dulu halang Kelantan buat hudud aku pulak sbg PM dan Presidnt UMNO yg baru, aku paksa Kelantan serta negri lain laksanakan hudud.Sesiapa yg hina mana2 tok guru MB PAS, aku panggil polis tangkap dan rotan satu das. Kenapa nak kutuk tok guru, awak nak jadi MUNAFIKIN ke? Aku PM sapa berani halang aku. Trakhir sebelum parti aku jatuh...aku nak semua org UMNO brtaubat dan kembali kepada ISLAM YG SYUMUL.
ReplyDeleteTAKBIR...TAKBIR...TAKBIR
Ada juga orang Sabah yang bodoh sudah BN jadikan Sabah negeri termiskin di Malaysia masih undi BN!
ReplyDeleteKita dapat lihat yang mana Datuk Najib adalah PM yang benar-benar prihatin dengan rakyat. tapi malang kerana PM terpaksa mewarisi pembangunan yang kurang baik yang diperintah sebelum beliau.
ReplyDeleteKita sebagai rakyat perlu yakin dengan pemimpin seperti Datuk Najib. Walaupun tidak sealim Nik Aziz tapi tanggungjawab rakyat itulah yang kita perlu lihat.
ReplyDeletePembangkang bukan setakat merayu malah menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.
ReplyDeleteTukar calon saja, tak payah tukar parti.
ReplyDeleteMalaysia silih brganti pemimpin ( walau dlm 1Parti ) tetapi masih malah makin ke belakang dr segi pembangunan. Bukan pembangunan tu bangunan atau rumah2 kediaman tapi pembangunan dr segi teknologi automotif, pertahanan negara, telekomunikasi, aero-angkasa malah mcm2 lagi. Kita hanya dimomokkan dgn produk hebat negara,walhal tiada pun produk negara. Negara lain, walau pemimpin sentiasa brtukar dan dr brbagai2 parti yg membentuk kerajaan, tetapi mereka dilihat telah jauh melangkah meninggalkan Malaysia kebelakang. Indonesia,yg kita cap sebagai mundur rupanya dlm diam2 telah menghasilkan teknologi pertahanan negara ( satu contoh negara je lah ) . Thailand , walau selalu brtukar kerajaan dan parti memerintah,trlalu jauh kedepan. Jgn lupa banyak pelabur asing yg lari dr Malaysia tatkala Mahathir memfitnah DS Anwar sepuloh tahun lampau, telah melabur dThailand. Pelabur ada yg tidak yakin dgn politik Malaysia malah ada yg boikot kerajaan Malaysia suatu ketika hingga kedengaran suara2 Malaysia dboikot oleh dunia luar tatkala itu yg menyaksikan kerajaan sentiasa menaikan harga barang keperluan asas dr masa ke semasa lantaran 'sekatan' dari luar. Rakyat Malaysia asyik brkata...PEMBANGKANG MAU RAMPAS KUASA, ANWAR IBRAHIM DTAJA OLEH SOROS, NIK AZIZ ADA KERETA MEWAH DAN MACAM LAGI LAH 'LAGU YG DDENDANG' oleh rakyat marhaen.
ReplyDeleteNajib silap, sepatutnya langkah pertama yg perlu diambil najib semasa naik jadi PM dulu ialah membongkar jenayah2 menipu rakyat oleh Dr M, sehingga didakwa dan dihukum (bukan dakwa buat syarat je, mesti sampai terhukum.... penjara sampai dia mampus) kedua: turunkan gaji PM, TPM dan semua menteri2, segala duit rakyat yg di selewengkan oleh menteri2 & kroni2 dipulangkan(paksa menteri2 pulangkan atau didakwa). Segala harta negara cthnya bankbumipura & lain yg dijadikan hak milik keroni atas nama pengabungan ke apa ke jadah semasa Dr M dulu (projek2 Dr M utk tipu rakyat) dikembalikan. Kalau perkara2 tersebut najib lakukan baru le rakyat nampak najib betul2 nak bantu rakyat, ini tidak byk perkara2 nak seleweng rakyat je terus dibuat. Tapi masih belum terlambat lagi jib, raih kepercayaan rakyat dgn menghukum 2 ekor penipu besar dlm spr penjara sampai mampus, dan bersihkan daftar pengudi. Dengan ini memungkinkan rakyat melihat najib hendak membuat langkah pertama utk berubah dan memungkinkan rakyat memberi undi mereka?
ReplyDeleteBetul ke khabarnya Majlis Perbandaran PPinang brtindak menurunkan bendera BN dsalah satu lokasi dPenang. RTM telah menemuramah mana punya UMNO ntah yg mempertikai Majlis brtindak sedemikian. Masalahnya, kenapa RTM tak siarkan sama tindakan Majlis Prbandaran Seremban ke yg brtindak menurunkan semua bendera PAS dan meninggalkan kesemua bendera BN 'trsergam indah'. Di Melaka, bukan kata bendera PAS,lambang PAS yg brkonkrit dsabotaj oleh upahan UMNO utk merosakkan. Trbaru dJohor, bendera PAS serta cermin markas PAS dpecahkan oleh Ketua Perkasa daerah. Mana individu yg nak tampil kedepan brsuara spt yg brsuara dPPinang tu? Di Dungun,sedikit masa lalu, majlis daerah juga menurunkan kesemua bendera PAS yg brkibar atas jambatan dsitu. Boleh pulak.
ReplyDeleteMngkin dua individu yg dlihat brtindak menurunkan bendera BN itu jugak 'upahan' BN utk buat isu. Kalau ahli MPPP, mesti bruniform tapi hanya pakai t'shirts long sleeve dan dua org shj. Biasa mereka brtindak bramai2 bsrta lori majlis. Bg UMNO semua boleh jadi.
**yassir arafat
najib bukan merayu, dia hnya merendah diri.
ReplyDeleteHilang Abu adalah orang sabah yang paling bodohhh skali,mau bg peluang adakah kamu buta hati ka,,,negeri kamu ni memang mundur lagi miskin....adakah kamu udah dtg ka semenanjung bah d negeri pakatan....negeri mereka kebanyakkan yang aku tanya penduduknya semua suka cara urus tadbirrrnya...kamu ni terlalu suka tengok TV malaysia laaaa...sedih la kamu anak bodohhh.
ReplyDeletebukan pemimpin2 pembangkang terutamanya Pakatan paling suka skrip ni ka?? setiap kali berkempen mesti mereka akan cakap, cuba bagi pakatan sepenggal memerintah.. peh!!
ReplyDeleteAnwar masa masih dalam kes perbicaraan liwat pun ada merayu kepada rakyat supaya beliau dinaikkan jadi PM..
ReplyDeletePakatan bukan setakat merayu, malah lebih teruk dari itu.. iaitu meroyan.. tidak cukup kelhulu kehilir meroyan, diajaknya pula rakyat merayau2 di jalan raya sambil membawa sepanduk..
ReplyDeleteThe Pakatan Rakyat (PR) has no credibility to be an alternative federal government as its three partners are not on the same page, Datuk Seri Najib Razak said today.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe prime minister appeared to mock his political rivals as a major threat to the ruling Barisan Nasional (BN) coalition, and dared the fledging PR pact to form a shadow government before dreaming of taking control of Putrajaya.
“I challenge Pakatan Rakyat, show me your shadow government, before talk about forming government.
ReplyDelete“We have our team, and show me your team,” the BN chairman said in opening the Gerakan national delegates conference here this morning.
ReplyDeleteHe sneered at PR’s failure to set up a shadow Cabinet, saying “they are afraid to give answers, they don’t know how to divide the work”.
ReplyDeleteHe stressed that PR has no credibility because the three-party opposition team members were each moving in different directions, raising the dispute between Islamic party PAS and its secular ally DAP over the controversial introduction of hudud, the strict Islamic penal law at the national level.
ReplyDelete
ReplyDelete“We worry that if they form the government, they are not in the same direction and finally the country will be shaken,” Najib said.
He said the BN government had proven its commitment by presenting a responsible Budget last Friday, adding that PR’s proposals “promised the moon, stars and the universe” as a ploy to win over voters at the 13th national polls.
ReplyDelete
ReplyDeleteSingling out the Penang government under Lim Guan Eng’s leadership as an example, Najib ridiculed the state’s “credibility, accountability and transparency” (CAT) motto, which he said now stood for “cockiness, arrogance and ‘tokong’” in reference to the DAP secretary-general’s purportedly iron-clad style of administration in Penang.
ReplyDeletePenang Deputy Chief Minister I Datuk Dr Mansor Othman was alleged to have described his superior using the same words in a leaked statement, and BN-controlled media have been highlighting the remark in their reports. Mansor, who from PKR, has not denied making the remark.
The PM praised instead Gerakan president Tan Sri Koh Tsu Koon for the latter’s hard work in leading the BN’s troops to regain Penang.
ReplyDelete“How to be government? They administer Penang that has been developed because before this the BN government from Tun Dr Lim Chong Eu to Tan Sri Koh had administered well.
ReplyDelete
ReplyDelete“That is why I am confident that we can give fierce opposition in Penang; in fact, we can capture Penang because Umno, MCA, MIC and especially Gerakan in Penang are ready to face the general election,” Najib said.
“Because we are a responsible government, therefore we are better than Pakatan Rakyat
ReplyDelete