Wednesday, October 12, 2011

Ambil Tindakan Atau Letak Jawatan?

MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu; termasuk mereka yang bersubahat mengeluarkan pengesahan, atau meletakkan jawatan serta merta kerana menderhaka kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Mantan Ketua Kampung, KK Basri Ayad, menyifatkan Hajiji gagal memastikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dilaksana iaitu menjaga kepentingan Anak Negeri Sabah, sekaligus menghina DYMM Yang Di Pertuan Agong.

"Di mana logiknya dan atas undang-undang apa, Ketua Daerah Kota Kinabalu boleh yang mengesahkan seseorang itu Anak Negeri, sedangkan butiran peribadinya mengesahkan dia lahir di Negara China dan kedua ibu bapanya juga adalah warganegara China?" tanya KK Basri yang mempersoalkan butiran lanjut salasilah keturunan Pemilik Melangking Oil Palm Plantation Sdn. Bhd, Hon Chung Lip.

Menurut KK Basri, beliau adalah antara pemohon tanah yang telah menjadi mangsa kekejaman Hon Chung Lip bersama seorang rakan niaganya, Wong Teck Sing yang menggunakan pegawai di kementerian Hajiji sebagai ‘Benteng Terakhir’ mempertahankan ‘harta rampasan’ (Tanah Adat) sedangkan Mahkamah Tinggi telah mengesahkan penama berkenaan ‘Bukan Anak Negeri Sabah’.

KK Basri mendakwa beliau sedang merunding dengan beberapa Peguam di Sabah untuk mengatur langkah mengheret kedua-dua Penjenayah Anak Negeri (Hong Chun Lip dan Wong Teck Sing) ke muka pengadilan, walaupun dia tahu mereka sentiasa diberi perlindungan oleh beberapa pegawai Mahkamah Anak Negeri dan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri.

Dalam hal ini, KK Basri mengulangi tuduhannya bahawa Ketua Daerah Kota Kinabalu bersama beberapa kakitangan lain di Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu serta Pegawai di ‘Mahkamah Rayuan Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu’ yang di ketuai oleh Mayor Kota Kinabalu adalah 'Syaitan Bertopeng Manusia'.

“Mereka cukup hebat berlakon, kononnya sentiasa menjaga kepentingan kaum Anak Negeri, tetapi di sebalik tirai merekalah ‘Syaitan Durjana’ yang melindungi kepentingan tauke yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu untuk merampas hak Anak Negeri Sabah,” kata KK Basri yang kesal kerana Hajiji turut menjadi petualang dan dalang.

Kata KK Basri, beliau mempunyai cukup bukti bagaimana mereka ini berlakon untuk melindungi ‘Sijil Anak Negeri Palsu dan Haram’ yang dimiliki oleh Hon Chung Lip, Wong Teck Sing, Kwan Ah Hee, Kwan Ngen Wah, Kwan Ngen Chung dan beberapa tauke lain.

"Beberapa ahli keluarga saya telahpun memfailkan permohonan mereka meminta supaya sijil yang ada dan digunapakai oleh individu berkenaa di semak semula, tetapi dukacita sekali Kakitangan Pejabat Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bersama Kakitangan Pejabat Mahkamah Rayuan Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu mencipta pelbagai alasan atau dalih untuk tidak mendengar rayuan yang difailkan," tambah KK Basri yang menyifatkan Hajiji sebagai pemimpin UMNO yang gagal.

Sehubungan itu kata KK Basri, beliau mengesyorkan kepada Hajiji agar kembali mengucap dua kalimah syahadah dan beristigfar sebelum meneruskan cadangan untuk membina bangunan Mahkamah Anak Negeri dengan harga puluhan juta ringgit .

“Pemimpin munafik seperti Hajiji, sewajarnya kembali sedar bahawa tanggung jawabnya untuk melindungi hak dan kepentingan Anak Negeri Sabah amat berat. Beliau perlu membersihkan barisan kepimpinan di Mahkamah Anak Negeri yang menjadi 'dalang dan pengkhianat’ kepada Anak Negeri,“ kata KK Basri yang menyebut bahawa bangunan baru tidak memberikan sebarang makna kepada penambahbaikan sistem pentadbiran yang kucar kacir di Mahkamah Anak Negeri.

Kata KK Basri, apalah ertinya Bangunan Mahkamah yang tersergam indah tetapi yang bertugas di sana adalah ‘pengkhianat durjana’.

"Yang mengkhianiati Anak Negeri adalah individu yang dilantik menjadi Ketua Daerah atau Pegawai Mahkamah yang tidak amanah seperti OKK William Mojimbun, Azmi Salim dan Mayor Kota Kinabalu," tegas KK Basri yang mencabar Hajiji agar menyiasat segala tindakan mereka selama ini yang telah menyebabkan ribuan penduduk Kinabatangan menjadi mangsa.

Tetapi kata KK Basri, ada baiknya Hajiji meletakkan jawatan sahaja kerana rakyat Sabah tidak perlu menteri yang hanya tahu retorik tetapi gagal menyelesaikan walau satupun masalah yang menimpa kaum Anak Negeri.

KK Basri mendakwa, adiknya turut menjadi mangsa perbuatan durjana OKK William Mojimbon yang diketahui umum pembela kepada pemegang Sijil Anak Negeri Palsu bernama Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung kerana pernah cuba memfailkan permohonan penyemakannya di Mahkamh Anak Negeri Kota Kinabalu.

Kerani di Kaunter Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu kata KK Basri, memberi tahu adiknya supaya memfailkan permohonan penyemakan di Pejabat Mayor Kota Kinabalu.

“Tetapi setibanya di Pejabat Mayor Kota Kinabalu, adik saya, Ternuna Binti Ayad diberi tahu oleh kerani di Pejabat Mayor bahawa mereka tidak boleh menerima permohonan tersebut!,” jelas KK Basri.

KK Basri dengan penuh yakin telah menyerahkan sepucuk surat yang telah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri, ketika itu, Said Hinayat; yang kandungannya menyatakan Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chun adalah Anak Negeri dari suku Kadazan.

Menurut KK Basri, surat tersebut diperolehi daipada Sabahkini.net, sementara sepucuk surat lagi yang dikeluarkan oleh Said Hinayat juga mengesahkan bahawa Hon Chung Lip bersama rakan kongsinya bernama Wong Teck Sing juga adalah seorang Anak Negeri dari suku kaum Sino Kadazan.

Hon Chung Lip bersama Wong Teck Sing kedua-duanya adalah anak kelahiran bangsa Cina kerana sijil lahir Wong Teck Sing No siri 16863 menyatakan ibu bapanya berbangsa Cina.

“Justeru bagaimana OKK William dan Said Hinayat boleh mengesahkan bahawa mereka anak berdarah Kadazan? Dari mana darah Kadazannya datang?" soal KK Basri yang mencabar Hajiji mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Daerah Kota Kinabalu dan Mayor Kota Kinabalu atas tindakan mereka menafikan tuntutan kaum Anak Negeri.

Kata KK Basri lagi, jika Hajiji tidak berani, lebih baik jangan menjadi menteri kerana Anak Negeri Sabah sekarang memerlukan menteri yang mampu menyelesaikan masalah mereka dan bukannya menteri yang hanya pandai bersilat lidah seperti Hajiji dan yang seangkatan dengannya.

(NOTA : Kenyataan media ini dibuat oleh KK Basri sendiri dan tidak ada kena mengena dengan Sabahkini.net atau penulis artikel ini kerana KK Basri mahukan keseluruhan percakapannya dicatat dan diterbitkan tanpa suntingan.) -Sabahkini

55 comments:
Write comments
  1. Tindakan tegas perlulah diambil terhadap mereka yang memegang sijil anak negeri secara tidak sah.

    ReplyDelete
  2. Harap penyiasatan akan dijalankan untuk mengetahui sesiapa yang meluluskan sijil ini kepada orang luar.

    ReplyDelete
  3. Siasat perkara ini terlebih dahulu untuk mengetahui dimana silapnya..

    ReplyDelete
  4. Harus disiasat siapakah dalang disebalik semua ni. Status anak negeri tidak boleh dibawa main.

    ReplyDelete
  5. siasat hal ini ,sijil anak negeri tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  6. Mungkin di dunia dapat terlepas tapi ada pengadilan yang lebih adil lagi di akhirat.

    ReplyDelete
  7. jgn biarkan hal ini berlanjutan.

    ReplyDelete
  8. Kalau ada duit banyak apa pun boleh beli, kalau pasal duit apa pun bole terjual. Dunia2.

    ReplyDelete
  9. Ni sama dengan perumpamaan harapkn pagar tetapi pagar pula mkn padi.

    ReplyDelete
  10. perhatian yang sewajarnya perlu diberikan berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  11. sebaiknya jika pekara ini disiasat..harap penyelesaian akan dapat dicari berhubung isu ini.

    ReplyDelete
  12. Selesaikan isu ini dengan aman.

    ReplyDelete
  13. kalau terang-terangan sudah bersalah wajarlah dikenakan tindakan undang2 kepada pemberi dan penerima rasuah. pastinya ada rasuah dalam kes ini.

    ReplyDelete
  14. Inilah masalahnya rakyat sendiri menjual maruah dan hak2 Anak Negeri Sabah.

    ReplyDelete
  15. memang benar. kuasa dan pengaruh wang sangat kuat..semuanya tidak mustahil kalau ada wang yang banyak.

    ReplyDelete
  16. Jangan terus jatuhkan hukuman kerana masih ada masa untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.

    ReplyDelete
  17. Fikirkan positif, pasti semuanya berakhir dengan positifnya.

    ReplyDelete
  18. "Datuk Hajiji Haji Noor dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu; termasuk mereka yang bersubahat mengeluarkan pengesahan, atau meletakkan jawatan serta merta kerana menderhaka kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong."

    Siasatan diperlukan sebelum mengambil tindakan. Tindakan perlu diambil kepada mereka yang terbukti menyabit kesalahan mengguna kuasa dan wang haram.

    ReplyDelete
  19. Terbuktinya ini lah kuasa "mata wang". SPRM seharus menjalankan siasatan dan hukuman dikenakan agar kes rasuah sebegini diberhentikan.

    ReplyDelete
  20. Who is the man behind the mirror? Please take legal action against the suspects. We reject all kind of "rasuah" in our country.

    ReplyDelete
  21. “Mereka cukup hebat berlakon, kononnya sentiasa menjaga kepentingan kaum Anak Negeri, tetapi di sebalik tirai merekalah ‘Syaitan Durjana’ yang melindungi kepentingan tauke yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu untuk merampas hak Anak Negeri Sabah,”

    Kalau ada bukti yang sah, maka tindakan perlu diambil serta merta. Kes sebegini amat serius sebab golongan inilah yang mengancam ketenteraman dan keharmonian negara. Hak & kepentingan anak negeri seharus dipertahankan.

    ReplyDelete
  22. Ada juga golongan yang sanggup membuat apa jua aktiviti demi "wang". Apa akan terjadi jika golongan ini masih aktif dan mencabar undang-undang negara? Siapakah yang seharus mengambil tindakan terhadap mereka ini?

    ReplyDelete
  23. "Kata KK Basri, beliau mempunyai cukup bukti bagaimana mereka ini berlakon untuk melindungi ‘Sijil Anak Negeri Palsu dan Haram’ yang dimiliki oleh Hon Chung Lip, Wong Teck Sing, Kwan Ah Hee, Kwan Ngen Wah, Kwan Ngen Chung dan beberapa tauke lain."

    kalau cukup bukti kukuh, buat saja laporan polis dan SPRm supaya kes ini disiasat..tidak perlu membuang masa lagi..

    ReplyDelete
  24. apa2 pun, hak anak negeri harus dipertahankan..

    ReplyDelete
  25. perkara ini harus disiasat...mereka yang tidak berhak, harus dihukum..

    ReplyDelete
  26. pihak2 berwajib seperti SPRM harus menyiasat perkara ini.

    ReplyDelete
  27. Jika nak letak jawatan, kenalah berfikir lebih dalam dahulu...jangan-jangan nanti menyesal.

    ReplyDelete
  28. Siasatan harus dilaksanakan secepat mungkin bagi menjelaskan masalah ini.

    ReplyDelete
  29. Membuat keputusan yang salah pada masa lepas, lewatlah sekarang.

    ReplyDelete
  30. Kenalah berikan bukti.

    ReplyDelete
  31. kalau bukti tu cukup, jangan buang masa di media.. teruskan membawa kes ini ke mahkamah..

    ReplyDelete
  32. Hukuman harus dijalankan!

    ReplyDelete
  33. If he proved to be wrong then it is totally wrong.

    ReplyDelete
  34. Betul kata neji, kalau ada bukti yang kukuh, seharus membawa kes ini ke mahkamah. Tiada manfaat menghebohkan melalui media.

    ReplyDelete
  35. Tindakan undang-undang seharus diambil terhadap sesiapa yang tersabit dalam sindiket rasuah sebegini. Semoga pihak berkuasa menjalankantugas untuk mengurangkan kes rasuah sebegini.

    ReplyDelete
  36. Pihak SPRM seharus menjalankan tugasnya berdasarkan bukti-bukti dan details yang dimaklumkan tersebut.

    ReplyDelete
  37. Tindakan perlu diambik kepada pihak yang menyalah guna kuasa yang diberi. Jika tindakaan tidak diambil, pasti makin banyak kes sebegini berlaku dimerata negeri Sabah dan seluruh negara. Tidak dapat nak bayangkan keadaan rasuah dan jual-beli identiti sebegini.

    ReplyDelete
  38. Selagi mereka tidak didakwan, maka mereka ini masih "innocent". Semoga pihak SPRM menjalankan siasatan agar tiada pihak yang dituduh dengan kes yang berkemungkinan tiada kaitan dengannya. jika disabit salah, tiada lain tetapi tindakan undang-undang perlu diambil serta merta.

    ReplyDelete
  39. Teruskan untuk mendakwa mereka, kita lihat dimana kebenarannya nanti.

    ReplyDelete
  40. Jangan was2 ambil tindakan jika salah.

    ReplyDelete
  41. Satu lagi kelemahan pemimpin2 BN (UMNO), sanggup menggadaikan bangsa dan negara kerana kepentingan diri dan membelakangkan rakyat (penduduk asal)...kalau betul kes ni YB, lebih baik berhenti daripada perbuatan ini... tidak aman hidup...

    ReplyDelete
  42. jika benar perkara ini berlaku inilah yang di katakan KEKAYAAN DI DAHULUKAN KEMEWAHAN DI UTAMAKAN...

    ReplyDelete
  43. Ini bukan disbbkn oleh pemimpin2 BN... ini adalah perbuatan org2 yg tidak bertanggungjawab...penting diri sendiri...

    ReplyDelete
  44. Bah cabar sajalah.. Kalau takda bukti, tak ke mana juga tu. huhu

    ReplyDelete
  45. Setakat memanjangkan perkara ini ke media tak ada guna juga melainkan mengambil tindakan yang sepatutnya. Jadi, jika bukti dah ada apa lagi yang nak ditunggu.

    ReplyDelete
  46. Namun ada baiknya juga luahan ini diberi perhatian kerana kata orang pokok takkan goyang kalau takda angin kan:P

    ReplyDelete
  47. Media sudah tolong highlightkan hal ini, jadi harap2 ia dapat perhatian sewajarnya daripada pihak yang ada autoriti.

    ReplyDelete
  48. Apapun kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Harap masih ada pihak yang mahu mepertahankan kebenaran.

    ReplyDelete
  49. Perkara ini hal yg tidak boleh dipandang remeh... harus di siasat dengan teliti...

    ReplyDelete
  50. Tangguhkan agenda mereka, ganti kerajaan yang ada sekarang supaya dasar pun turut berubah...realisasikan pada PRU 13... hello orang muda umur 21 thun ke atas ayu mendaftar sekarang (yg belum) jangan tunggu lagi... dtang di pejabat pos..

    ReplyDelete
  51. Ganti kerajaan pun,sma jg kalo setakat melepaskan batuk ditangga....janji tinggal janji.. sekarangpun kerajaan sudah cukup bagus membantu rakyat..memang ada kekurangan jg.,tp boleh di perbaiki..

    ReplyDelete
  52. nak dibaiki sampai bila dah lama macam tu juga

    ReplyDelete
  53. nak jadi barua la tu..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.