Friday, October 28, 2011

Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit

Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.

NONEPakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya.

NONEKenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.

Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012.

NONEMenurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat. -MK

21 comments:
Write comments
  1. Harap perbuatan mengemukakan laporan kepada kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka ini akan dipertimbangkan lagi samada ia masih relevan.

    ReplyDelete
  2. Kelemahan yang didapati selepas audit dilakukan patut diambil berat, tindakan diperlukan untuk memastikan kelemahan boleh diperbaiki.

    ReplyDelete
  3. pecat hakim, ubah perlembagaan negara, 'rogol' raja2, menafikan hak istimewa kuasa autonomi sabah n sarawak, fitnah, propaganda, sifon dana negara,...apa yg Dr. M x buat semasa pemerintahannya?

    ReplyDelete
  4. Semakin banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof. Aziz ni.

    ReplyDelete
  5. Mungkin ada sebab lain kelewatan ini berlaku. Lagipun bukannya selalu perkara seperti ini berlaku.

    ReplyDelete
  6. Apapun pastikan tidak ada kelewatan lagi yang berlaku pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  7. harap sebarang kelemahan yang ada selepas laporan audit dikemukakan akan dapat diperbaiki agar negara menjadi lebih mahu lagi..

    ReplyDelete
  8. Dr. M ni bijak orangnya namun dalam masa yang sama beliau juga bijak memanipulasi.

    ReplyDelete
  9. laporan Audit menunjukkn byk kelemahan dalam pengurusan kewangan. harap ia dpt diperbaiki pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  10. sebaiknya laporan Audit pada masa hadapan di bentangkan mengikut masa yang ditetapkan. jangan ada kelewatan lagi.

    ReplyDelete
  11. DR M inilah penderhaka kepada raja-raja yang sebenarnya. Inilah UMNO tuduh orang lain sebagai penderhaka kepada raja tapi mereka sendiri tak sedar diri.

    ReplyDelete
  12. nanti tunggu Tun M pula yang jawab..

    ReplyDelete
  13. kenapa kali ini Profesor Abdul Aziz Bari tidak buat kenyataan seperti sebelum ini? cakap la YDPA tidak boleh masuk campur dalam isu laporan ketua audit negara..

    ReplyDelete
  14. Apa komen pakar undang2 Profesor Abdul Aziz Bari tentang 20 perkara Negeri Sabah ? ? ?

    ReplyDelete
  15. Cuba orang2 Negeri Sabah minta apa pendapatnya tentang 20 perkara itu ? . . . ADA kah dia ini betul2 pandai ? ?.

    ReplyDelete
  16. waktu pemerintahan Mahathir rasa berbangga juga sebab tidak banyak kontroversi dan kekecohan yang berlaku. tapi hairan juga apa macam dia handle negara waktu tu.

    ReplyDelete
  17. lepas ni mungkin Aziz Bari ni dikenakan lagi tindakan. makin lantang dia bersuara.

    ReplyDelete
  18. Semakin berani Aziz bari mengeluarkan pebagai kenyataan.

    ReplyDelete
  19. Mungkin ka amalan tu akan berubah dengan memansuhkan artikel 40 (1A) dan mengwujudkan artikel yang baru. Rasanya lebih baik dikaji sama ada masih releven lagi atau tidak.

    ReplyDelete
  20. Kelewatan audit memyebabkan timbul masalah kemudian hari. Jadi sebaiknya bentangkan awal dari yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  21. Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya sama berikrar membentuk Malaysia, tetapi bila Singapura dikeluarkan drp. pergabungan. Sabah dan Sarawak dinafikan dan tidak dibawa berunding terlebeh dahulu, apakah ini adil? Diminta budi baik Pro. Abdul Aziz Bari mengulasnya dgn. terperinci. Supaya kami rakyat Malaysia diSabah dan Sarawak tidak tertanya- tanya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.