Wednesday, October 12, 2011

UMNO Masih Berpaut Isu Agama & Perkauman

UMNO-BARISAN NASIONAL mendapati setelah tumbangnya beberapa negeri kepada Pakatan Rakyat maka satu usaha dicari bagaimana ingin mengembalikan semula sokongan kepada mereka.

Hj. Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS berkata isu agama dan perkauman merupakan agenda yang boleh dieksploitasi dengan harapan boleh menarik pengundi daripada kalangan orang Melayu.

Menurutnya lagi, UMNO sudahpun mengenalpasti bahawa mereka masih mempunyai 'simpanan tetap' bagi merealisaikan aspirasi itu kerana kuasa yang tinggal hanyalah daripada kalangan pengundi Melayu di luar bandar, para peneroka, kaum bumiputra Sabah-Sarawak dan undi Pos.

''Kita kena lihat UMNO nak lawan Pakatan Rakyat, dengan main isu pembangunan tak boleh. Rakyat dah faham bahawa tanggung jawab pemerintah buat pembangunan.

''Kalau dulu boleh lah. Sekarang kalau kempen macam itu (isu pembangunan) dah tak boleh.'' ujarnya lagi.

Beliau menambah lagi dengan katanya, UMNO mengharapkan dengan dua pendekatan yang diambilnya itu dapat memberi gambaran bahawa PAS tidak boleh lagi menjaga agama sebagai agenda perjuangan parti Islam itu.

''UMNO mengharap PAS tidak boleh jaga Islam. Contohnya di Pulau Pinang. Peringkat awal dituduh Lim Guan Eng haramkan perarakan Maulidur Rasul. Akhirnya didapati tidak betul. Tapi dua minggu kita sakit telinga (isu dimainkan) sedangkan Guan Eng tidak pernah arah sebegitu.'' terangnya lagi.

Disamping itu katanya isu berkenaan agama dan perkauman tidak berakhir disitu. Hal ini seolah-olah sudah dirancang supaya ia mempunyai kesinambungan antara satu sama lain bagi melancarkan serangan ke atas Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu UMNO telah menggunakan Isu Komunis untuk menyerang beliau namun dakwanya percubaan itu menemui kegagalan.

''Percubaan (isu Mat Indera) ini gagal. Ini bukan perkara baru. Dr. Burhanuddin al-helmy turut dituduh ajen Komunis hingga ditangkap ISA. Ulamak pun kena tuduh (Komunis). Apalah aku ini, insan yang kerdil'' katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis ceramah isu-isu semasa di Markas Tarbiyyah PAS Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, di sini, malam tadi.

Beliau berkata lagi apabila isu Komunis gagal ditangani oleh UMNO maka isu Hudud pula ditonjolkan namun ia turut menerima nasib yang sama setelah UMNO terjerat dengan perangkap yang dipasangnya.

''Bila saya berceramah di Labis. Mereka edarkan gambar Tok Guru memegang kepala Guan Eng. Ini tindakan yang primitif.'' bidasnya.

Beliau mengulas tindakan pihak tertentu melancarlan gerakan saraf mengedar risalah provokasi berkaitan Hudud di sekitar Pekan Labis sempena kedatangannya ke negeri Johor jumaat lepas.

Sementara itu beliau menjelaskan bahawa serangan yang disasarkan kepada beliau ternyata dapat diimbangi dengan fenomena kuasa baru 'media alternatif' yang dipelopori anak-anak muda.

Menurutnya kajian mendapati sehingga kini lebih 80 % generasi muda yantg terdedah dengan dunia blog dan facebook telah menyokong Pakatan Rakyat.

''Sekarang kalau pergi minum di JB (Johor Bahru), mana-mana tempat budak main komputer. Budak-budak panggil. Abang Mat mai sini ambil gambar.

''Golongan ini 80 % bersama Pakatan Rakyat. Golongan ini akan menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang. Golongan ini besar (pengaruh).''

''Najib nak tarik sokongan balik dengan naik bas. Ini semua drama minggu ini.'' ujarnya dengan nada sinis.

Terdahulu beliau berkenan melancarkan Kelab Protes BN (Barang Naik) dengan membuka 'riben bunting' sebagai gimik pelancaran kelab tersebut.

Hadir sama Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Hj. Zulkifli Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Suhaizai Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

-Selatanonline

13 comments:
Write comments
  1. Semoga rakyat akan membuat keputusan yang terbaik bila memilih pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  2. Jika UMNO masih mahu mendapatkan sokongan rakyat, mereka perlulah memperbaiki kelemahan diri dan menukar strategi.

    ReplyDelete
  3. Isu agama dan perkauman merupakan isu yang sensitif. sepatutnya ia tidak ditimbulkan sebagai satu bahan untuk dipolitikkan.

    ReplyDelete
  4. terserahlah kepada rakyat untuk menilai setiap tindak tanduk kerajaan mahupun pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  5. tak kira siapa pun, jgn mainkan isu agama dan perkauman.

    ReplyDelete
  6. UMNO harus ubah sikap jika tidak mahu menjadi punca utama kekalahan BN.

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan raindrop. Isu agama dan kaum sangat sensitif. Jangan disebabkan golongan ini majoriti, mereka boleh suka2 menindas mereka yang minoriti.

    ReplyDelete
  8. tidak kira mana-mana pihak pun harus mengelak daripada memainkan isu sensetif..

    ReplyDelete
  9. PAS juga patut menumpukan perhatian kepada parti sendiri dan bukannya sibuk bercakap tentang BN...

    ReplyDelete
  10. selepas 21 tahun PAS mentadbir Kelantan, dia minta peluang 7 tahun lagi untuk selesaikan masalah air.. itu baru negeri,, belum lagi negara..

    ReplyDelete
  11. memang 2 perkara inilah modal UMNO yg paling berkesan utk agenda divide n rule mereka [klu isu moral,memang masuk longkang la]. alaa mcm saiful, bercakap dr mulut 'belakang', bukannya mulut depan...

    ReplyDelete
  12. Maka setiap parti ada cara mereka tersendiri untuk menarik hati rakyat. Jadi mari kita lihat setakat mana kebolehan setiap parti melakukannya.

    ReplyDelete
  13. Isu ini adalah isu sensitf untuk Negara kita Malaysia. Kita perlu ingat negara kita mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama. Maka setiap mereka ada kepercayaan mereka tersendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.