SEORANG pembantu pejabat sebuah syarikat swasta dihukum penjara sehari dan denda RM25,500 oleh Mahkamah Sesyen Tawau, Sabah kelmarin kerana kesalahan memberi suapan kepada seorang anggota polis bantuan pada awal tahun ini.
Sophianshah Ismail, 34, mengaku salah memberi suapan RM5,100 kepada Ak Fazilah Ak Dullah, polis bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kampung Pasir Putih, Tawau pada Januari lepas.
Suapan itu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahannya memindahkan minyak diesel dari tangki simpanan minyak diesel Pencawang Pembahagi Utama (PPU) SESB Kampung Pasir Putih ke lori tangki.
Hukuman dijatuhi oleh Hakim Dean Wayne Daly, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Tawau, Michael Joimin dan tertuduh membayar denda itu, menurut kenyataan itu. (BERNAMA)
Wednesday, October 19, 2011
Pembantu Pejabat Rasuah Polis Bantuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wah ini sudah kes berat! bagus lah tindakan sudah diambil atas kesilapannya sendiri.
ReplyDeleteKejadian ini menjadi pengajaran kepada kita agar tidak melakukan kesilapan.
ReplyDeleteUntuk membanteras rasuah, ia perlulah bermula dari kita sendiri.
ReplyDeleteJangan sekali bagi, ataupun menerima rasuah.
ReplyDeletebagaimana dengan anggota polis bantuan itu sekiranya dia menerima suapan?
ReplyDeleteitulah akibatnya memberi rasuah.
ReplyDeleteAnggota polis yang menerima suapan juga akan dijatuhkan hukuman jika didapati bersalah. nobody above the law.
ReplyDeletejangan sesekali memberi atau menerima rasuah.
ReplyDeleteServe your right.
ReplyDeleteLearn from your mistake dude.
ReplyDeleteharap pesalah tersebut akan insaf..inilah akibatnya melakukan rasuah.
ReplyDeletekepada sesiapa pun, jauhilah rasuah..rasuah hanya memberikan kesan buruk.
ReplyDeletetidak pasal2 kena bayar 5 kali ganda dari nilai suapan..
ReplyDeletejangan sesekali mendekati rasuah.
ReplyDeleteSiapa suruh main rasuah..baru tahu kedapatan oleh SPRM.
ReplyDeleteKerana rasuah kita boleh dikenakan tindakkan undang-undang. Jauhilah daripada rasuah, kerana rasuah boleh menjatuhkan ekonomi negara.
ReplyDeleteperangilah amalan rasuah hingga peringkat yang tertinggi.
ReplyDelete