Wednesday, October 19, 2011

Guan Eng vs Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin menegaskan kenyataannya mengenai dakwaan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tidak salah dan pada masa yang sama beliau melabelkan pihak yang mengkritiknya sebagai hipokrit.

Tengah hari tadi, Lim berkata keluargannya kesal dengan “pembohongan biadab” dibawa terhadap anak lelakinya oleh “pihak-pihak kejam yang pro-Umno” sambil merujuk kepada Khairy dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik,” kata beliau dalam kenyataan.

Menjawab kritikan ke atas beliau menerusi Twitter petang ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) dan keluarga mereka telah berhadapan dengan situasi lebih buruk daripada pihak pembangkang.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN, mengecam ahli DAP bernama Satees Muniandy dari Pulau Pinang kerana begitu “hipokrit” apabila beliau menimbulkan perkara itu menerusi Twitter.

“Saudara, apa yang pemipin-pemimpin BN dan keluarga mereka dapat daripada pembangkang adalah lebih teruk. Jangan hipokrit,” kata Khairy lagi.

Satees menulis bahawa, “anda hanya perlu tunggu! Saya mahu melihat apa reaksi anda apabila Puma & Cougar anda membesar dan dilayan dengan pembohongan dan fitnah!

“Puma & Cougar” merupakan nama timbangan digunakan oleh Khairy untuk merujuk dua anak lelakinya.

“Adakah anda menjustifikasi dan mempertahankan tindakan murahan pemblog-pemblog pro-Umno? Saya tidak terkejut kerana anda juga bergandingan dengan mereka!” kata Satees.

Dia kemudian menyoal Khairy sama ada ahli-ahli DAP ada bertindak sehingga begitu buruk dalam menyerang tingkah laku ahli keluarga menteri-menteri Umno atau saudara mara wakil rakyat itu sendiri, kecuali bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas perdana menteri.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan tengah hari tadi mengecam Khairy kerana menulis komen sinis menerusi Twitter ketika membalas dakwaan ke atas anak lelaki pemimpin itu.

Semalam, Khairy menulis, “mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”

Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.

Dakwaan itu muncul di blog-blog Umno dengan memfokus kononnya salah laku anak Lim di sekolah dan mendakwa remaja itu menggunakan nama dan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Blog itu mendakwa Lim kemudian memindahkan anaknya ke sekolah lain dan membayar RM200,000 untuk menyembunyikan skandal itu.

Khairy terus mempertahankan dirinya daripada kritikan pengguna Twitter termasuk komen Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Seorang lagi pengguna yang bernama “whackalibabas” mengingatkan Ahli Parlimen Rembau itu bahawa “Tuhan sedang memerhatikan anda.”

Kepada mereka yang mempertahankannya, Khairy menulis, “usah kisah. Jelas, standard yang berbeza bagi pemimpin-pemimpin pembangkang.”

Penasihat DAP Lim Kit Siang, yang juga bapa kepada Guan Eng turut berbalas mesej Twitter dengan mengecam dakwaan ke atas cucunya.

“Bagaimana perasaan PM/TPM jika anak/cucu mereka menjadi mangsa serangan buruk berdasarkan pembohongan?

“Adakah Najib/M’ddin (Muhyiddin( akan mengecam serangan sedemikian ke atas kanak-kanak tidak bersalah oleh ‘cybertrooper’ Umno?

Adakah ini dimaksudkan pembaharuan politik Najib?

“Saya akui saya sangat sedih/kesal sejak dua hari lalu kerana tidak dapat melindungi cucu-cucu saya daripada serangan tidak berhati perut ini. Najib/Mddin (Muhyiddin) merestui mereka?” tulis beliau. -TMI

18 comments:
Write comments
  1. Hentikan perbuatan politik yang tidak beretika dan melampau.

    ReplyDelete
  2. Harap ahli politik akan menumpukan perhatian pada isu-isu penting negara dan bukan hanya menyerang peribadi orang lain.

    ReplyDelete
  3. Biarlah persengketaan itu hanya berlaku diantara anda dan dia, janganlah libatkan anak2 nya pula.

    ReplyDelete
  4. Ingat hidup kita seperti roda ada masa kita diatas dan ada masa kita dibawah dan begitulah seterusnya. Mungkin hari ini hari dia, siapa tahu esok2 hari anda.

    ReplyDelete
  5. kalau nqk berpolitik pun, jgnlah sampai hal peribadi dimasukkan.

    ReplyDelete
  6. Kalaulah benar, bahawa anak Lim Guan Eng, Marcus tidak melakukan kerja meramas, kenapa pula ada pelajar wanita yang jadi mangsa? anak pemimpin2 kerajaan juga pernah menjadi mangsa serangan pemimpin2 pembangkang..

    ReplyDelete
  7. macam2 berlaku dalam arena politik.

    ReplyDelete
  8. serangan politik yang dilakukan ke atas anak Lim Guan Eng boleh menjejaskan masa depannya. jadi, janganlah dilibatkan pula ahli2 keluarga beliau. kalau tak berpuas hati, serang saja Lim Guan Eng seorang.

    ReplyDelete
  9. Sekarang anak ahli politik pula jadi taruhan? Sandi juga kan..

    ReplyDelete
  10. Anak Guan Eng pindah sekolah sebab nak simpan rambut panjang? Macam tak logik.

    ReplyDelete
  11. politik masa kini dah berubah. benda tak penting pun dijadikan isu.

    ReplyDelete
  12. kalau semua ini fitnah, saman saja la..

    ReplyDelete
  13. jangan jadi barua sudah..

    ReplyDelete
  14. ada-ada saja isu yang timbul sekarang ni..inilah politik..

    ReplyDelete
  15. kita pandai-pandailah menilai sesuatu isu itu..apa pun, lebih jika semua fokus terhadap isu lain yang lebih penting.

    ReplyDelete
  16. Politik untuk politik dan bukannya ada kaitan dengan kekeluargaan.

    ReplyDelete
  17. Macam tidak ada cerita lain lagi mahu dipolitikan. Kedua-dua sama saja tidak profesional dalam politik.

    ReplyDelete
  18. patutlah, ketua pemuda UMNO ttp x layak memegang jawatan dlm kabinet. rupa2nya oxford menawarkan sijil utk menembirang...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.