Sunday, October 30, 2011

Kegagalan Umno-BN kekang masalah hutang

SAYA mengharapkan bahawa kerajaan memberi jaminan cara untuk mengekang defisit initetapi nampaknya dalam suasana global yang ada hutang dan suasana keberhutangan ini akan terus menghimpit negara kita.Apatah lagi kita mendapat maklumat betapa hari ini ramai yang menjadi muflis.

Muflis salah satu sebabnya adalah kerana berhutang. Jadi, kita harap apa yang disebutsebut dahulu bahawa negara kita akan muflis sebelum 2020 itu adalah suatu yang tidak benar.

Akan tetapi, sebagai melihat trend yang ada hari ini, kita mengharapkan supaya isu hutang ini dapat diselesaikan dengan cara yang bijak.
saya juga ingin memberikan pandangan tentang tumpuan kepada sektor awam. Saya tidak ada masalah apabila sebahagian besar daripada bajet ini meletakkan pendekatan baru tangga gaji, sistem saraan baru perkhidmatan awam.

Cuma, bagi saya, bagi kami kita melihat bahawa persoalan gaji ini apa yang kita cuba dekati dalam permasalahan ini ialah dengan mengemukakan apa yang kita namakan gaji minimum.

Bermakna pemikiran dan kerangka kita dalam melihat permasalahan kehidupan hari ini dengan gaji, kita memperkenalkan apa yang kita katakan dengan gaji minimum.

Saya tidak tahu kerangka apakah yang dipakai dalam melihat tetapi malangnya sektor awam ini hanya diberikan tumpuan kepada sektor awam. Saya di bawah sana apabila berjumpa dengan sektor swasta mereka mengatakan kami tidak ada apa-apa habuan dalam bajet baru-baru ini.

Jadi, saya juga mengharapkan kerangka pemikiran kita untuk meletakkan masalah ini mestilah jelas. Kita mencadangkan kerangka itu di bawah konsep atau kerangka pemikiran gaji minimum ataupun ‘minimum wages’.

Kedua, dari sudut bajet ini saya juga ingin memberikan pandangan tentang apa yang kita namakan bajet seimbang ataupun bajet jangka panjang.

Ya kita ada Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagai satu program jangka panjang tetapi dalam kita menangani suasana yang kita sedang lalui hari ini di negara kita mahupun di peringkat global.

Saya bersetuju bukan semua masalah ini kita boleh longgokkan kepada satu sektor ataupun kepada satu pihak. Ia merupakan masalah global, masalah ekonomi di Amerika, masalah ekonomi di negaranegara membangun. Semua ini bukan masalah kita sematamata.

Oleh DR MUJAHID YUSOF RAWA

19 comments:
Write comments
  1. fikir bagaimana nak menyelesaikan masalah dengan bijak sana

    ReplyDelete
  2. sepertimana pendapat ramai, budger 2012 adalah budget pilihanraya. apa tidak, 1.2 juta kakitangan awam bukannya undi yg sedikit!!!

    ReplyDelete
  3. mengharapkan kerajaan mengambil tindakkan yang sewajarnya utk menangani masalah ini dan jgn abaikan sektor swasta jgk....

    ReplyDelete
  4. Kerajaan perlulah membuat rancangan dan tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah hutang negara.

    ReplyDelete
  5. Harap kerajaan boleh melangsaikan hutang negara secepat mungkin.

    ReplyDelete
  6. Sesuatu perancangan itu haruslah realistik.

    ReplyDelete
  7. Kelebihan memang kepada penjawat awam.

    ReplyDelete
  8. Gaji minimum harus dilaksanakan dan dipantau. Mana2 syarikat atau majikan yang gagal mematuhi gaji minimum harus dikenakan tindakan. Tapi bagaimana pula dengan PATI? adalah mereka pun menikmati gaji minimum? harap2 tidak.

    ReplyDelete
  9. pekerja di sektor awam memang ada banyak kelebihan berbanding swasta. pekerja swasta menikmati kwsp 13% syarikat / majikan bayar untuk setiap pekerja, ini untuk jangka masa panjang.

    ReplyDelete
  10. jangan hanya mengkritik...sebaiknya semua pihak bekerjasama atau memberikan idea.

    ReplyDelete
  11. semoga keperluan semua golongan akan sentiasa diambil berat.

    ReplyDelete
  12. kerajaan kena bijak dalam mengurus kewangan negara.

    ReplyDelete
  13. dan kita semua harus bekerjasama dalam mempertingkatkan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  14. kalau saya berhutang sebab mahu nampak mewah bolehkah saya salahkan kerajaan kerana saya tidak mampu bayar hutang saya?? kalau sokong pembangkang boleh selesai hutang saya, nanti next pru saya sokong pembangkang la..

    ReplyDelete
  15. melaksanakan gaji minimum memerlukan perancangan yang teliti. bukannya main bedal saja.. nanti bila dilaksanakan, berduyun2 pula belia menganggur..

    ReplyDelete
  16. negeri tadbiran Pakatan pun ada yang menyumbang defisit maknanya mereka juga menyumbang kepada hutang negara. sama2lah atasi masalah hutang ni. bukan hanya menuding jari kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  17. lady morgana> benar..bajet tersebut kelihatan memberi kelebihan kepada penjawat awam.

    ReplyDelete
  18. Itu yang kita mahukan. Kita harus percaya dengan kerajaan bahawa kita harus percaya negara kita akan menjadi negara yang membangun 2020 nanti.

    ReplyDelete
  19. Uruslah kewangan kita dengan sebaiknya. Pastikan hutang negara dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.