Monday, October 31, 2011

Karpal dangkal fakta hudud

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .

Karpal, seorang peguam yang berpengalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.

Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.

Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi. -mk



Karpal menulas demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Exco Kelantan Nik Amar Nik Abdullah yang dilaporkan memberi cadangan supaya kerajaan negeri untuk meminda undang-undang sivil supaya hukuman jenayah diganti dengan hukum hudud yang termaktub dari undang syariah. Nik Amar beralasan adalah lebih adil hukuman jenayah antara orang islam dan bukan islam dapat dilaksana sama rata.

Apa yang kita lihat kenyataan Pengerusi DAP mengenai hudud di atas tidak bersandarkan kepada fakta tetapi hanya satu alasan dari pemikiran yang dangkal bagi menyembunyikan kebencian terhadap hukum Islam.

Fakta yang jelas ialah jenayah berkurangan dan amat rendah di negara yang mengamalkan hukum hudud. Sila lihat jadual di bawah.Bandingkan angka-angka jenayah rogol di negara yang tidak mengamalkan hudud dengan negara yang mengamalkannya.



Kajian di atas memaparkan pada tahun 2002, di Kanada yang jumlah penduduknya 33.5 juta terdapat 24,350 kes rogol dicatatkan. Di Amerika dengan jumlah penduduk 306 juta, 95,136 kes rogol berlaku. Di Malaysia sendiri yang jumlah penduduknya 28 juta terdapat 1,431 kes rogol.

TETAPI di negara Arab Saudi yang mengamalkan hukum hudud, daripada jumlah penduduknya yang seramai hampir 25 juta, cuma menghadapi 59 kes rogol.

Jadi dimanakah justifikasi kenyataan Karpal Singh yang menuduh hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya?

-kredit : greenboc

14 comments:
Write comments
  1. Dari dulu lg sudah terang-terangan dia sendiri yang tentang pelaksanaan Hudud nie PAS diam jer.Patu duk alih salahkan kerajaan kononya kerajaan punca.

    ReplyDelete
  2. Orang yang tidak paham tentang HUDUD lebih baik diam, kerana anda memang tidak tahu HUDUD sebenarnya....sudah tiba masanya pelaksanaan hukum HUDUD dilaksanakan diMalaysia. Orang bukan Islam tidak perlu takut tentang Hukum HUDUD kerana Hukum HUDUD tidak akan menyentuh anda, dan orang islampun jangan takut dengan hukum HUDUD kerana hanya orang jahat sajalah terkena hukum HUDUD...bermakna hukum hudud terletak keadilan yg seadil-adilnya terhadap manusia.

    ReplyDelete
  3. Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang isu Hudud ini.

    ReplyDelete
  4. Terpulanglah kepada kerajaan kita sama ada Hudud akan dilaksanakan ataupun tidak.

    ReplyDelete
  5. masing-masing ada pandangan mengenai hudud ni..

    ReplyDelete
  6. Keadaan di Arab Saudi berbeza dengan M'sia.

    ReplyDelete
  7. Masa akan menentukan sama ada hudud bakal dilaksanakan atau tidak.

    ReplyDelete
  8. semua pihak harus memahami undang2 hudud sebelum membuat apa2 kenyataan mengenai undang tersebut.

    ReplyDelete
  9. bawa la Karpal berdebat dengan PAS..

    ReplyDelete
  10. parti satu komponen tapi mempunyai pandangan yang berbeza.

    ReplyDelete
  11. kalau ia membawa kesan yang positif, apa salahnya ia dilaksanakan.

    ReplyDelete
  12. terserah pada pemerintah kerajaan mahu melaksanakan hukum hudud atau tidak. Mungkin kajian perlu dilakukan sama ada releven atau tidak hukum hudud dilaksanakan di M'sia.

    ReplyDelete
  13. saya rasa lebih baik pas berikan pemahaman berkenaan dengan hukum hudud kepada rakan sendiri terlebih dahulu sebelum mewar2kannya..

    ReplyDelete
  14. Ini kerana untuk memerlukan 4 saksi kes rogol/zina agak sukar di Negara kita. Sedangkan mahu mencari saksi 2 orang pun susah apa lagi mahu mencari 4orang. Jadi itu mungkin belum sesuai untuk Negara kita ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.