Wednesday, October 19, 2011

Apa yang boleh Tsu Koon ‘korbankan’?

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/05/Koh-Tsu-Koon-338x300.jpgPertaruhan agak tinggi bagi Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe apabila beliau berkeputusan untuk membuat pendirian bertentangan dengan Presiden parti itu, Koh Tsu Koon. Beliau lemah, katanya, dan menyeru Koh Tsu Koon untuk meletakkan jawatannya.

24 jam kemudian beliau menarik balik kata-katanya, mengisytiharkan ‘kesetiaannya’ kepada Koh, dan berjanji untuk mematuhi segala keputusan yang dibuatnya.

Kebanyakan penduduk Pulau Pinang boleh memberitahu Tan bahawa Koh memang lemah. Ken=banyakan penduduk Pulau Pinang telah menyuarakan pandangan mereka pada Mac 2008 bahawa mereka tidak mahu Koh lagi

Politik parti

Sememangnya, penarikan semula kata-kata Tan yang memalukan itu merupakan simptom politik parti di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional. Dalam kes ini, menurut sumber-sumber parti, kebanyakan kelompok Tan setuju bahawa Koh adalah pemimpin yang lemah, berbolak-balik dan suram.

Sudah pasti kepimpinan Koh tidak akan membantu Gerakan pada Pilihanraya Umum. Tetapi, mereka tidak mahu Tan menjadi wira dengan menjadi individu yang menyingkir Koh.

Jadi, beliau ditinggal sendirian tanpa bantuan dan dipaksa untuk mebuat kenyataan yang sangat hipokrit dengan menarik balik kata-katanya hari ni. Mana mungkin beliau bertukar fikiran secara begitu drastic dalam tempoh satu malam sahaja.

Pengunduran bermaruah

Satu lagi sumber mendakwa satu perjanjian telah dilakukan di mana Koh tidak akan bertanding dalam pilihanraya tetapi Tan Lian Hoe harus menarik balik kata-katanya untuk menjaga ‘perpaduan parti’ dan memberi laluan untuk Koh berundur dengan ‘maruah’. Kelihatan Koh memberi kesahihan dengan menawarkan untuk ‘mengorbankan’ dirinya untuk parti.

Tidak jelas apa sebenarnya yang dikorbankan oleh beliau, melihat kepada beliau telah hidup dengan hasil titik peluh rakyat Pulau Pinang selama berdekad-dekad; dan tanpa apa-apa kesan pun.

Bukanlah ianya akan membawa banyak perbezaan untuk Gerakan, satu parti yang menunggu kepupusannya pada Pilihanraya Umum akan datang. Sebab kenapa Gerakan, dan beberapa lagi parti komponen BN, seperti MIC dan SUPP, akan disingkarkan adalah kerana parti-parti ini tidak mencerminkan kehendak rakyat.

Silap besar lagi

Ada beberapa orang yang masih mengambil berat terhadap Gerakan dan mahu Koh keluar; tetapi politik parti mencegahnya. Rakyat India mahu Samy Velu berundur pada tahun 2008 tetapi politik parti MIC mengekalkan kuasanya dan MIC menanggung akibat daripada itu. MIC masih belum pulih daripada pukulan yang mereka tanggung pada tahun 2008. Dan Samy Velu masih memegang kuasa dalam MIC, beroperasi dari belakang tabir.

Jadi BN tetap melakukan kesilapan, terpotong daripada aspirasi rakyat, di mana mereka melihat coretan di dinding, tidak mampu berbuat apa-apa kerana politik parti dan peribadi. Kepada mereka yang sudah bosan membaca tentang entity-entiti yang tidak relevan sepert Gerakan, mereka boleh bertenang dengan hakikat yang mereka tidak perlu untuk berbuat begitu lagi selepas pilihanraya akan datang.

- Malaysia Chronicle

16 comments:
Write comments
  1. Harap rakyat sendiri akan menilai dengan bijak dan membuat pemilihan yang sewajarnya bila PRU-13.

    ReplyDelete
  2. Apapapun, selamat berjuang kepada semua.

    ReplyDelete
  3. Jika tidak mahu Koh lagi jangan undi beliau lagi.

    ReplyDelete
  4. Mereka sendiri juga yang memilih beliau semasa pilihanraya lalu. Jadi nanti bila tiba masa mengundi, fikir baik2 siapa seterusnya yang akan menjadi pemimpin anda.

    ReplyDelete
  5. nampaknya ramai ahli2 gerakan yang hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tsu Koon.

    ReplyDelete
  6. sebab tidak ada isu yang hendak dibawa, terpaksa la dia buat isu baru dengan mempertikaikan pendirian pihak lawan.. suka hati dia la mahu ubah pendirian. lagipun bukannya mendatangkan masalah kepada rakyat.

    ReplyDelete
  7. Tsu Koon kena buktikan yang dirinya masih lagi relevan untuk memimpin gerakan.

    ReplyDelete
  8. lagi pun tiada yang mampu meramal dengan tepat masa depan Koh sekiranya beliau bertanding kerana pendirian penduduk Pulau Pinang juga boleh berubah bila2 masa..

    ReplyDelete
  9. ramai yang tidak berpuas hati kerana Koh tidak dapat mempertahankan Pulau Pinang semasa PRU-12.

    ReplyDelete
  10. ahli2 Gerakan sendiri ramai yang memberi pandangan negatif terhadap Koh. kemungkinan kepimpinannya tidak akan kekal lama.

    ReplyDelete
  11. Mungkin sudah tiba masanya untuk Tsu Koon bersara.

    ReplyDelete
  12. Jika Koh kurang mendapat sokongan majoriti lagi, mungkin agak sukar bagi beliau untuk menang jika beliau bertanding nanti.

    ReplyDelete
  13. terserahlah kepada ahli gerakan sendiri untuk menentukan apa yang terbaik untuk parti mereka.

    ReplyDelete
  14. lebih baik mereka duduk berbincang mencari keputusan terbaik dan bagaimana meningkatkan kekuatan.

    ReplyDelete
  15. Jadi berikan peluang kepada mereka yang benar-benar boleh diberikan tanggungjawab untuk memerintah pulau pinang.

    ReplyDelete
  16. Bolehkah Koh Tsu Koon memberikan yang terbaik pada PRU13 setelah penduduk pulau pinang menolak beliau pada PRU12 lepas??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.