Thursday, October 27, 2011

MP Zul Noordin dipilih naib presiden Perkasa


Perkasa memilih Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai salah seorang naib presidennya pada perhimpunan agung tahunan kedua pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu itu yang berlangsung di sini, hari ini.


Wakil rakyat kontroversi itu dipilih ke jawatan itu selepas anggota majlis tertinggi Perkasa Muhammad Zahid Mohd Arip membawa usul tergempar.

Usul itu kemudian diluluskan sebulat suara oleh perwakilan.

Zulkifli merupakan antara wakil rakyat penggal pertama, yang memenangi kerusi Parlimen atas tiket PKR pada Mac 2008, tetapi telah keluar atau dipecat oleh parti itu sejak awal tahun lalu.

Zulkifli dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali merupakan antara Ahli Parlimen bebas.

Zulkifli menggantikan Datuk Mokhtar Samad, yang mengosongkan kerusinya awal tahun ini untuk memberi tumpuan sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Kerusi naib presiden Perkasa turut disandang oleh Dr Ashraf Wajidi Dasuki, Dr Zubir Harun, Abang Naseer Abang Hadari dan Musli Oli. -TMI

19 comments:
Write comments
  1. Perkasa tidak boleh diharap.

    ReplyDelete
  2. Harap rakyat sendiri pandai menilai.

    ReplyDelete
  3. Bah ngamlah tu Presiden katak naib pun katak. Jadilah Perkasa Katak.

    ReplyDelete
  4. Akan ada perubahan jugakah nanti jika beliau menjadi naib presiden? Hmm.

    ReplyDelete
  5. tahniah atas pelantikan tersebut. walaupun hnya timbalan, harp dpt membawa penambaikan terhdap PERKASA.

    ReplyDelete
  6. nampaknya Zul Noordin dilantik menjadi naib presiden perkasa..

    ReplyDelete
  7. harap perkasa dapat menjalankan peranan dengan baik dan bukannya menimbulkan banyak kontroversi seperti sebelum ini.

    ReplyDelete
  8. apa2 hal berkenaan dengan Perkasa, tidak payah la ba masuk media.. tetap kena kutuk juga tu..

    ReplyDelete
  9. Semoga PERKASA membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu dan bertindak sbg entiti NGO yg membela dgn tulus.

    ReplyDelete
  10. dulu bertanding atas tiket PKR sekarang pula sudah dipilih sebagai naib presiden PERKASA. amacam PKR? pasti rasa tercabar.

    ReplyDelete
  11. apapun, tahniahlah pada Datuk Zulkifli Noordin sebab diberi kepercayaan menyandang jawatan tersebut.

    ReplyDelete
  12. GE13 pun memang tiada yg kc calon pun, ngamlah join PERKASA utk meneruskan agenda 'malay supremacy' - hidup melayu, bangsa lain go 2 hell la!

    ReplyDelete
  13. tahniah kepada naib presiden Perkasa. Harap dapatlah menasihati Ibrahim ali.

    ReplyDelete
  14. muka barua dah naik naib presiden bagus juga la

    ReplyDelete
  15. PERKASA nak memperjuangkan nasib Org Melayu-daripada siapa BN?? UMNO?? pembangkang??

    sebenarnya siapa yg berkuasa ni,pembangkangkah atau....

    ReplyDelete
  16. impian terbesar presiden perkasa ialah kencing atas kubur Dr M, mungkinkah impian terbesar naib presidennya ialah kencing tayar kereta Dr M [4-1 maa]???

    ReplyDelete
  17. dia cakap ada firaun kecil.rupanya dia FIRAUN BESAR.

    ReplyDelete
  18. PERKASA + PERASA = PEKASAM

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.