Thursday, October 13, 2011

Buku Sesat Kelab Taat Suami Disekat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Muka belakang buku kontroversi “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” terbitan Kelab Taat Suami.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut,” katanya.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah. -TMI

8 comments:
Write comments
  1. OWC aka sex instructors...siapa2 menghadapi masalah seks boleh mendapatkan perkhidmatan nasihat n latihan praktikal drpd kelab ini. sudah semestinya FOC sbb ditaja sepenuhnya oleh UMNO [pakar seks di malaysia].

    ReplyDelete
  2. Buku apa ni? Siapa yang membenarkan buku macam ini diterbit dan dijual?

    ReplyDelete
  3. Ini ada kaitan dengan Al-Arqam juga ni.

    ReplyDelete
  4. Apa ni? Ajaran sesat?

    ReplyDelete
  5. buku mcm ni mmg patut pun disekat.

    ReplyDelete
  6. buku seperti ini memang patut disekat dan tindakan yang bersesuaian patut diambil...

    ReplyDelete
  7. kalau buku ni tidak cukup, minta tunjuk ajar dari ketua pembangkang.. ala yang suka nafi2 tu..

    ReplyDelete
  8. Siapalah yang cipta buku bukan-bukan ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.