Wednesday, October 12, 2011

Tak Perlu Lapor Polis Lagi Jika Hilang Sijil Lahir, Pasport, Geran & Lesen Memandu

Laporan polis hilang sijil lahir, pasport, geran dan lesen memandu dimansuh

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 September lalu.

Dipetik Bernama Online, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (gambar) berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lepas kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori ‘Rujuk Lain-Lain Agensi’.

“Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

“Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

“Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM,” katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM. -TMI

13 comments:
Write comments
  1. Bagus jugalah kalau begitu, lebih senang selepas ini jika kehilangan mana-mana dokumen.

    ReplyDelete
  2. Jika kehilangan dokumen, rakyat boleh terus merujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan tanpa melaporkan polis.

    ReplyDelete
  3. jadi, mau rujuk mana tu..terus di jabatan yang berkenaan?

    ReplyDelete
  4. ini memudahkan urusan kita untuk proses penggantian sijil.

    ReplyDelete
  5. Tindakan ini juga mungkin secara tidak langsung untuk mengurangkan stress polis yang terpaksa menanggung beban kerja bukan saja di pejabat malah di luar pejabat. Menurut hasil kaji selidik, kerjaya polis merupakan yang tertinggi kadar stressnya berbanding enam organisasi lain seperti pegawai penjara, bomba, guru, jururawat, doktor dan pembantu farmasi.

    ReplyDelete
  6. Diharap semua pihak maklum akan pekeliling baru ini.

    ReplyDelete
  7. Tak payah laporkan jika hilang. Bagaimana jika ianya dicuri? Rasanya perlu buat laporan kot?

    ReplyDelete
  8. jika hilang tidak perlulah dilaporkan..tapi jika dicuri rasanya memang perlu dilaporkan..

    ReplyDelete
  9. ini akan memudahkan semua untuk orang..boleh terus pergi ke jabatan berkaitan tanpa perlu membuat laporan.

    ReplyDelete
  10. kalau dokumen rosak dan masih dalam simpanan pemilik, mungkin ada lojiknya jika tidak perlu buat laporan polis.. tapi kalau dokumen yang hilang atau dicuri??

    ReplyDelete
  11. membuat laporan polis berhubung dengan kehilangan dokumen2 penting tidak pernah menjadi isu atau masalah kepada rakyat. banyak lagi masalah2 yang perlu diperbetulkan, bukannya memperbetulkan yang sudah sedia betul..

    ReplyDelete
  12. Jadi sekarang tidak perlu lagi membuat apa-apa laporan polis untuk kehilangan dan kerosakan dokumen tertentu. Harap polis telah memaklumkan kepada jabatan tertentu mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  13. Baguslah kalau macam itu, tidak perlu lagilah orang bersusah payah mahu membuat laporan polis lagi. Kesana kesini lagi mahu urus.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.