Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.
Hal ini disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka, lapor blog really.tigaline.com.
Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu.
Ini bermakna, hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini.
12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.
"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.
Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee. -hd
Tuesday, October 11, 2011
Cukai 6% Ke Atas Pengguna Unifi Dan Streamyx Mulai 1 Jan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebelum ini gagal mengenakan cukai 6% kepada perkhidmatan telekommunikasi, sekarang pula nak mengenakan cukai untuk Streamyx dan Unifi?
ReplyDeletenampaknyai Cukai 6 peratus akan dilaksanakan tak lama lagi.
ReplyDeleteHarap cukai ini akan dibantah juga, ini akan menambah lagi bebanan rakyat.
ReplyDeletekalau tak mahu dikenakan cukai ni tak perlulah guna Unifi dan Streamyx.
ReplyDeletetapi harap2lah cukai perkhidmatan talian telefon prabayar tu pula tidak akan dilaksanakan.
ReplyDeleteharap pekara ini diteliti dengan sebaiknya..
ReplyDeleteBersedialah kita menerima lebih banyak cukai selepas pilihanraya umum untuk menganti perbelanjaan kerajaan dalam bajet 2012. UNDILAH BN (Barang Naik )
ReplyDeleteSana sini nak kenakan cukai. Kewangan bajet tidak cukupkah?
ReplyDeleteApa macamlah ni. Lepas ni entah apa lagi cukai yang dikenakan.
ReplyDeletesampai masa tu nanti bantah la.. biar sampai huru hara..
ReplyDeleterakyat didahulukan bah ini kan? hooooray, 1tembirangMalaysia....
ReplyDeleteLain lagi naik lepas ini..Sekejap saja semua naik, tidak adakah yang kurang?
ReplyDeleteHarap kenaikkan ini perlulah ada kajian terlebih dahulu. Kerana kita tidak mahu ada perkara yang tidak diingini berlaku.
ReplyDeleteApa mau marah2 kawan sedangkan kau orang yang undi BN barang naik so after PRU 13 GST akan diperkenalkan 6% tax so bergembiralah kalian.
ReplyDelete