Siapa dapat menolak hakikat bahawa Umno-BN meraih kuasa dan kemudiannya mempertahankan takhta melalui proses "pembelian undi", dasar "patron-client (politik penaung-dinaung)" dan "rasuah" yang sudah berakar-umbi sejak zaman berzaman serta sukar untuk dicerai-tanggalkan lagi.
Boleh anda bayangkan Umno tanpa rasuah, salahguna kuasa, pembolotan kekayaan negara, monopoli tender projek yang memberi pulangan lumayan?
Maaf cakap, pada hemat saya, Umno mungkin lebih bersedia menerima pelaksanaan hukum hudud daripada hidup tanpa korupsi dan nepotisme. Ya, hudud seperti diamalkan di Arab Saudi dan Pakistan ...
Justeru, biarpun Umno kalah di Kelantan sejak 21 tahun lalu, namun dengan agihan projek daripada pusat yang sarat dengan elemen habuan rasuah kepada setiap hieraki kepimpinannya di sana, parti itu masih nampak bertenaga. Malah, rasuah yang membusuk dalam usus Umno itu akan sentiasa menjadi penghalang daripada mereka kembali bertakhta di Kelantan.
Begitu juga dengan keadaannya di negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat; talian hayat Umno bergantung kepada naungan kerajaan persekutuan, yang turut melimpahkan materi untuk terus "merasuahkan" pengundi dengan niat untuk mengembalikan kuasa. Semangat kesukarelawanan sudah pupus. Lagi pun apa lagi yang mahu "diperjuangkan", 'kan?
Sekali lagi saya bertanya, bolehkah anda bayangkan bagaimana Umno mahu survive tanpa mendakap erat amalan rasuah, tumbuk rusuk atau makan suap itu? Bagi saya, tidaklah sukar untuk membayangkan masa depan Umno jika talian hayatnya itu diputuskan, terutama apabila kerajaan persekutuan bertukar tangan dan Putrajaya diambil alih.
Organisasi Umno sendiri akan menjadi pincang, tempang dan lumpuh jika tidak "dilicinkan" oleh "wang rasuah", yang disalurkan secara rasmi atau tidak rasmi, melalui tabung politiknya, yang dikutip "secara profesional" daripada sumber dana awam.
Bukan berita mengejutkan kita mendengar jutaan ringgit terpaksa "dilaburkan" untuk calon-calon yang bertanding di peringkat bahagian, apatah lagi pusat, memilih saf kepemimpinan Umno. Jawatan dalam parti menjanjikan keistimewaan, sama ada menduduki posisi dalam kerajaan, syarikat berkepentingan kerajaan GLC, pihak berkuasa tempatan (PBT), selain peluang meraih kekayaan melalui penganugerahan tender projek-projek kerajaan.
Soal berapa ramai pemimpin Umno dicekup SPRM, seterusnya didakwa di mahkamah dan akhirnya kebanyakan mereka dibebaskan, bukanlah isu besar. Dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP), terbitan Jabatan Perdana Menteri, halaman 154, dicatatkan: "Pendakwaan yang berjaya terhadap individu yang berkuasa juga jarang berlaku, menyebabkan orang ramai percaya bahawa kami melindungi ahli politik dan individu yang mempunyai hubungan politik."
Mengenali agensi pencegahan rasuah daripada dekat sejak lebih 10 tahun lalu, dengan pengalaman saya membuat pelbagai aduan rasmi membabitkan orang kenamaan (VIP), sudah cukup untuk membuktikan bahawa banyak kes salahguna kuasa bukan saja boleh terlepas, malah tidak mampu pun untuk dihidu SPRM. Mungkin ada kes dilihat salah daripada segi moral dan etika, tetapi "dibenarkan" oleh undang-undang.
Tidak keterlaluan apabila ada pihak secara sinis berkata: "Sistem sedia ada telah menternak perasuiah-perasuah besar." Malangnya, Pelan Integriti Nasional 2004 yang diharap berupaya menjadi formula penyelesaian terbaik masih belum mendatangkan hasil. Konsep integriti belum membudaya dalam diri atau personaliti, apatah lagi dalam sistem dan institusi.
Projek-projek kerajaan, khususnya yang bernilai dan berprofil tinggi, masih diuruskan secara tender rundingan, misalnya pembinaan Istana Negara yang baru. Bukan saja kos projek melambung tinggi daripada harga siling, malah kontraktor kroni yang dipilih langsung tiada pengalaman. Selepas mendapat kritikan hebat, kini banyak projek dianugerahkan melalui proses tender terhad (bersaing sesama suku-sakat) -- bukannya tender terbuka -- sedangkan ia masih terikat kuat dengan amalan kronisme dan pilih kasih.
Justeru, saya tertarik untuk melihat pembentangan bajet 2012 daripada aspek ini. Apakah ruang dan peluang rasuah, penyelewengan perolehan serta ketirisan yang selama ini menghanguskan RM28 bilion setiap tahun, telah ditutup ketat? Buku Jingga yang diterbitkan Pakatan Rakyat juga mencatatkan, tiga kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah, berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.
Usahlah tersilau dengan "kemilau" pelbagai insentif one-off, namun perhatikan juga habuan yang dibolot para kroni dan suku-sakat elit pemerintah, misalnya siapa yang mendapat kontrak pembinaan infrastruktur, penjenamaan semula projek yang gagal, pelepasan cukai kepada kerabat.
Misalnya, kes pemaju hartanah di KLIFD, yang projeknya bernilai RM26 bilion, telah diberikan pelepasan cukai sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun. Pada kadar cukai korporat 25%, sebanyak RM1.3 bilion wang rakyat, yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk pembangunan negara, akan bolos begitu sahaja ke tangan kroni.
Dengan itu, saya cukup bersetuju dengan penekanan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, 10 Oktober lalu: "Belanjawan 2012 ini tidak lebih daripada senarai hadiah-hadiah kepada kroni dan golongan berkepentingan. Ratusan bilion akan dibelanjakan semata-mata kerana kroni akan diterus didahulukan, projek-projek diberi keutamaan, kemudian sisa bakinya barulah diagihkan kepada rakyat."
Benarlah apabila Anwar merumuskan: "Belanjawan 2012 menzahirkan ketagihan BN kepada rasuah dan penyelewengan."
Oleh Ahmad Lutfi Othman (detikdaily)
Wednesday, October 19, 2011
Umno sedia terima hudud daripada tolak rasuah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tiada satu kerajaan yang tidak rasuah.
ReplyDeleteHarap Kerjaan UMNO akan bertaubatlah selepas ini.
ReplyDeletesemasa anwar menjadi menteri kewangan, dia telah menganugerahkan kontrak tanpa tender terbuka kepada kroni utama beliau. setiap seorang dianugerahkan paling minima kontrak bernilai RM1 billion.
ReplyDeleteantara kroni utama anwar yang dapat anugerah ini adalah dato kamarudin jafar, setiausaha agung pas. syarikat beliau yang bernama lankhorst telah mendapat kontrak RM1 billion.
semua pihak harus jauhi rasuah.
ReplyDeletekita harus jadikan negara kita bersih dari rasuah.
ReplyDeleteada satu sahaja misi bagi semua parti politik di Malaysia, iaitu mendapatkan jawatan kabinet.. tidak ada yang benar2 serius membela nasib rakyat. buktinya, selama 21 tahun PAS mentadbir kelantan, mereka merayu kepada rakyat kelantan untuk memberikan mereka tempoh 7 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah air.
ReplyDeleteApa yang berlaku terhadap orang lain pastikan tidak berlaku terhadap diri anda.
ReplyDeleteDalam dunia politik sememangnya seperti ini. Tidak ada yang jujur. kita harus terima ini.
ReplyDeleteBN mahupun Pakatan, kedua2nya ada rasuah. tapi sepatutnya jangan salahkan parti, salahkan individu yang terlibat.
ReplyDeletepihak SPRM perlu lebih giat mencari dan membanteras aktiviti rasuah yang kebanyakannya dilakukan oleh golongan penjenayah kolar putih.
ReplyDeleteMana politik yang 100% bebas rasuah? Ingat senang2 nak ubah tabiat tu kah kalau ahli2 politik ni memang intergritinya rendah?
ReplyDeleteAlahai..rasuah tu kan 'budaya' politik di negara ni.
ReplyDeleteAgenda tersembunyi oleh UBN makin hari makin mencengkam negara. Nampaknya x ada penyelesaian, inikah yang dinamakan tanda Hari Kiamat telah hampir
ReplyDeleteInilah tanda dunia sudah tua, orang telah menjauhkan diri drp. ugama, walaupun sabanhari bersembahyang namun hakikatnya "0" pencapaian.
ReplyDeleterasuah sememangnya perlu dijauhi..sebab itulah Suruhanjaya SPRM ditubuhkan..
ReplyDeletesemua pihak harus bekerjasama membanteras rasuah..bukannya hanya meletakkan beban atau hanya menyalahkan satu pihak saja.
ReplyDeleteSebaiknya fikirkanlah perkara ini.
ReplyDeletePerkara baik kita perlulah sokong dan perkara yang membawa kehancuran haruslah kita tolak sepenuhnya.
ReplyDelete